Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Monday, May 25, 2009

Cinta : Dari Pandangan Seorang Remaja


Bila berbicara tentang cinta.. hati ku bergetar tidak keharuan..

Sangat malu untuk membicarakan tentang cinta..

Menghuraikan cinta bagaikan dipanah lembut..

Oleh satu getaran asing yang tidak pasti dari mana…

Bagi ku cinta adalah perasaan..

Dan cinta juga adalah permainan…

Tergambar di mindaku kini bagaimana indahnya cinta adam dan hawa..

Hawa dicipta kerana adam kesunyian..

Menjadi peneman dikala kerinduan..

Walau terpisah buat sementara..

Cintalah yang menyatukan mereka kembali..

Ku juga teringat akan kisah cinta yusuf dan zulaikha..

Keindahan paras rupa yusuf membuatkan zulaikha tergoda..

Namun kuatnya yusuf menjadi benteng tiap godaan..

Sehingga terpenjara demi mempertahankan imannya..

Lantas kerana cinta yang suci..

Zulaikha menerima hidayah yang murni..

Dari menggoda cinta manusia..

Zulaikha mencari cinta maha pencipta..

Inilah kehebatan cinta..

Setinggi mana pun benteng kejahilan itu..

Cinta yang suci mampu merobohkannya..

Ku inginkan cinta yang murni..

Cinta yg penuh dengan keikhlasan

Bukannya cinta kerana keterpaksaan

Dan bukan juga cinta demi belas kasihan..

Inilah cinta yang ku idam kan….

Sunday, May 24, 2009

Satu Cinta

Emm..dah lama aku tak berkarya. Kali terakhir aku menghasilkan karya adalah tahun 2007. Waktu tu cikgu suruh aku tulis cerpen untuk pertandingan. Dengan sepantas kilatnya aku pun buat jer la cerpen seperti yang disuruh. 100% my idea.. takde ciplak2 erk.. So, this time aku nak try tulis lirik lah pulak.. (lirik yang lame dah berlambak…) Perhaps ade mane2 composer nak amik lirik aku untuk dijadikan lagu. Kalau boleyh.. Heliza yang nyanyikan lagi seronok.. pasti berehh..haha

Satu Cinta

Pernah dulu cinta datang

Walau tanpa diundang

Cuba menakluki jiwaku ini

Menyemai benih cinta di hati

Sendiri ku menyepi

Pendamkan resah di hati

Menolak cinta yang hadir

Tak mungkin aku bercinta

Tak ku ingin cinta khayalan

Yang hanya membawa lara

Lestarikan kasih tiada bermakna

Bagaikan angin menerjah ke sukma

Satu cinta hanyalah di kata

Di hati meratap sengsara

Tiada gunanya kita bercinta

Manis nya tidak pernah dirasa

Rindu memanggil ku datang

Tinggalkan segala duka

Mencari kasih maha pencinta

Ku yakini akan bahagia..

Sebenarnya lagu ini ada mesejnya yang tersendiri. Seperti tajuknya iaitu Satu Cinta. Ia telah menunjukkan bahawa hanya satu cinta yang abadi dan hakiki iaitu cinta pada maha pencipta. Lagu ini keseluruhannya menceritakan bagaimana seorang itu menolak cinta yang datang di dunia setelah cinta nya yang dahulu penuh dengan derita. Lantas dia akhirnya mengambil keputusan untuk mencari cinta yang lebih hakiki yakni cinta yang membawa bahagia.

Sunday, May 3, 2009

Jawapan Cinta

Andainya aku bersuara
Meluahkan rasa di hati ini
Bebanan yang ku rasakan terlalu besar
Yang tidak mampu lagi ku tanggung

Ku telah buka pintu hati
Menerima ketukan salam kenalan
Ucapan mesra tanda ingat
Kuntuman senyuman tanda kenangan

Ini adalah jawapan cinta
yang kini ku berikan padamu
atas soalan yang kau sampaikan
semoga kau fahami isi hatiku

Ku terima dirimu seadanya
bukan kerna kaulah insan teristimewa
tulus ikhlas aku menerima
kerna hati bertaut padanya

kalau kau masih menyimpan perasaan
ku telah sedia menanti
untuk kau luahkan segalanya
aku akan terima cintamu seadanya..

tinta pengarang..
eye_rule

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails