Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Sunday, May 24, 2009

Satu Cinta

Emm..dah lama aku tak berkarya. Kali terakhir aku menghasilkan karya adalah tahun 2007. Waktu tu cikgu suruh aku tulis cerpen untuk pertandingan. Dengan sepantas kilatnya aku pun buat jer la cerpen seperti yang disuruh. 100% my idea.. takde ciplak2 erk.. So, this time aku nak try tulis lirik lah pulak.. (lirik yang lame dah berlambak…) Perhaps ade mane2 composer nak amik lirik aku untuk dijadikan lagu. Kalau boleyh.. Heliza yang nyanyikan lagi seronok.. pasti berehh..haha

Satu Cinta

Pernah dulu cinta datang

Walau tanpa diundang

Cuba menakluki jiwaku ini

Menyemai benih cinta di hati

Sendiri ku menyepi

Pendamkan resah di hati

Menolak cinta yang hadir

Tak mungkin aku bercinta

Tak ku ingin cinta khayalan

Yang hanya membawa lara

Lestarikan kasih tiada bermakna

Bagaikan angin menerjah ke sukma

Satu cinta hanyalah di kata

Di hati meratap sengsara

Tiada gunanya kita bercinta

Manis nya tidak pernah dirasa

Rindu memanggil ku datang

Tinggalkan segala duka

Mencari kasih maha pencinta

Ku yakini akan bahagia..

Sebenarnya lagu ini ada mesejnya yang tersendiri. Seperti tajuknya iaitu Satu Cinta. Ia telah menunjukkan bahawa hanya satu cinta yang abadi dan hakiki iaitu cinta pada maha pencipta. Lagu ini keseluruhannya menceritakan bagaimana seorang itu menolak cinta yang datang di dunia setelah cinta nya yang dahulu penuh dengan derita. Lantas dia akhirnya mengambil keputusan untuk mencari cinta yang lebih hakiki yakni cinta yang membawa bahagia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails