Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Tuesday, June 30, 2009

Bila Ajal Ku Tiba.

Usia semakin meningkat. Dari bayi menjadi kanak2, seterusnya menjadi remaja dan sehinggalah ajal tiba. Kini aku dah berusia 19 tahun. Sudah boleh memikirkan baik buruk, halal dan haram. Tapi, sudah cukupkah amal ibadat aku? Bagaimana lah jika ajal aku datang secara tiba2 padahal aku sendiri tidak pasti timbangan mana yang lebih, pahala atau dosa. Hanya Allah yang tahu akan dosa dan pahala aku. Dalam aku berbuat pahala, mesti dosa akan ikut serta.

Bukan mudah untuk larikan diri dari bersifat riak, takbur dan ujub. Dalam kegairahan mencari kecemerlangan di dalam peperiksaan, aku harus juga mengejar kecemerlangan ibadah sebagai bekalan menuju ke akhirat yang kekal abadi. Aku tidak mahu menjadi golongan2 yang dikurniakan kelebihan dari Allah namun tidak menggunakannya di jalan yang betul. Jalan yang diredhai Allah.

Sebagai manusia, aku tak lari dari melakukan kesalahan. Namun, haruskah aku kumpulkan kesalahan2 yg aku lakukan dan bertangguh untuk bertaubat? Ajal maut di tangan tuhan, bila2 masa sahaja nyawa aku boleh di ambil balik oleh Allah kerana nyawa ku ini miliknya dan aku hanya meminjam buat sementara. Aku tak ingin menjadi hambanya yang tidak bersyukur. Tinggalkan solat, tidak bersyukur, memutuskan silaturrahim, melanggar fitrah alam, membuat maksiat, bebas bergaul dengan bukan mahram. Aku tak mahu terjerumus ke dalam lembah maksiat ini. Ya Allah, kuatkanlah hati ku menjadi ummatmu yang sejati. Tidak mudah tergoda dengan hasutan syaitan. Apakah alasan yg harus aku berikan ketika menghadap Allah kelak jika terus melakukan dosa seperti ini? Adakah alasan aku akan diterima?

Rakan2, aku tak terdaya menegur dan menasihati kalian dari muka ke muka kerana aku tahu agak sukar bagi kalian menerimanya. Namun, aku mohon dan rayu, jika kalian ada melakukan kesilapan dengan Allah, cepat2 lah taubat dan berubah. Aku juga bukan insan yang sempurna dan tidak lari dari melakukan dosa. Mudah2an kita semua ditempatkan bersama dengan golongan yang bertakwa di akhirat nanti.


Aku berdoa agar Allah memberikan hidayah kepada aku, keluargaku, rakan2ku dan sekian kaum muslimin dan muslimat. Berkatilah kehidupan kami semua dan hindarkanlah kami dari melakukan perbuatan keji dan hina.

NOTE: Inni akhafullah.

Monday, June 29, 2009

Nak Tanya Sikit?


NOTE: Asal tiba2 tiga budak nie pakai baju kurung gi kelas semalam? Sangat aneh. Mungkin nak masuk Gadis Melayu kot. Emm.. tak leyh kasi tau..hehe

Sunday, June 28, 2009

Assalamualaikum Jiran!

Korang pernah ade jiran??? Mustahil kalau korang kata korang takde jiran. Even tinggal dalam hutan pon ade jiran. Jiran dengan harimau, monyet dan segala kaum kerabat binatang kat dalam tue. Kat dalam gua aku tak sure lak.

Aku just nak crita tentang jiran2 yang pernah aku ade. Jiran rumah aku memang best la sebab diorg respect each other. Emm.. Jiran kt matrik ngan U je yang pelik skt. Pelik cam ner? hah, itu kita tak tau..hahaha

Emm.. kat matrik dulu, aku ditakdirkan tinggal kat bilik A2-T1-27 (if i'm not mistaken rr).. Masa aku kat matrik dulu.. memang jenis kurang cakap ngan dak2 lain. Dengan budak2 kuliah aku jer aku ramah skt, kalau dengan budak2 kuliah lain...emm.. maaf erk, aku tak pandai nak bergaul. K lah, aku bukannya nak crite sal dak2 kuliah. Tapi jiran2 aku di tingkat 2, blok A2, Kluster Sri Palas...(rindu matrik Kedah). Kalau korg nak tau.. aku tak pernah langsung masuk ke bilik2 diorg walaupon diorg tue selalu masuk bilik aku..(diorg tue kawan2 roommate aku..eh2.. kawan aku gak kot) Aku pon kdg2 jer bertegur sapa dengan diorg. Bukan aku yang sombong tapi diaorg yang cam tak nak tegur aku..sob3. So, ape aku nak kata.. Jiran2 aku kat matrik dulu..jarang nak bertegur sapa walau depan bilik pon. Bukak je pintu bilik, nampak bilik diorg yang bersepah2 tue..hahaha.. (macamlah bilik aku kemas sangat)

Datang UiTM plak, masa sem 1..alhamdulillah, jiran2 aku yg lain2 semua baik2. Selalu tegur dan sapa aku. Ustaz!.. tulah gelaran yg diorg bagi kat aku.hahaha. Klakar je. Bila masa sem 2.huh! Aku masuk bilik Dee.. Bilik kitorg nie happening skt.. Maklumlah, semua penghuni nie artis2 blaka.. Konsert siang malam. Tapi jiran kitorg..emm.. Tak tau nak komen. Diorg senior tp sama jer umur ngan aku. Diorg masuk Julai intake..aku masuk Disember intake. Tapi! nak bagi tau siap2..kitorg masuk Disember intake bukan sebab kitorg bodoh dan tak layak masuk U masa Julai intake. For Your Information, budak2 pre law yg masuk Disember intake adalah pelajar2 dari Matrikulasi, Asasi IPTA dan ada yang dari persediaan luar negara. Aku sendiri pon dpt bertimbun2 tawaran belajar msa Julai intake hari tue tp aku prefer matric. Alasan kitorg masuk UiTM? Sebenarnya kitorg nak cuba yang lain dulu before wat keputusan utk bertukar aliran. Then, after kitorg pikir masak2... kitorg then join la asasi undang2. Jadi, jangan pandang sebelah mata kepada budak2 pre-law Disember intake.

Berbalik kepada crite aku, jiran2 aku kat UITM nie..at this moment rr, kurang mesra la.. Aku pon tak tau kenapa. Maybe diorg tak suka kat kitorg kot sebab kitorg nie tak macam diorg.Huh! (claim yg tak lengkap sbb takde reason..hehe)
Kalau jumpa2 tgh jalan, senyum2lah. Bukan kena charge pon. Then, bila kitorg senyum tue.. tak yah lah buat bdoh jer. Senyumlah balik. Bukankah senyum itu satu perbuatan mulia lagi berpahala?
Renung2kan dan selamat beramal!

NOTE: Tahniah kepada kawan baik aku nie ZUL MOHD HANIF sebab dapat Anugerah Dekan tuk sem ni. Hang dah buktikan bhawa budak2 UiTM Disember Intake (ex-matric) adalah yang terbaik! KMK memang menghasilkan pelajar yg cemerlang.hehehe (nie luahan dari hati je.takde bias2 k)

Thursday, June 25, 2009

Tagged by Aswani

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
no introduction... no body paragraph.. directly go to the conclusion.. break!


2. If you can have a dream to come true, what would it be?

further study..maybe read doctor of medicine at Harvard University


3. Whose butt would you like to kick?

entahlah.. belum trasa nak kick sape2..


4. What would you do with a billion dollars?

hajj,vacation, study, do some businesses..


5. Will you fall in love with your best friend?

aku de best friend pompuan ker??


6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?

both... b'coz it's hurt when u love someone by they do not love u..


7. How long do you intend to wait for someone you really love?

i'm still waiting..and i donno until when..


8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?

accept it.. soal jodoh di tangan tuhan.. Emm.. bila Heliza nak kahwin??hehe


9. If you like to act with someone, who will it be? your gf/bf or an actress/actor?

I prefer my family..coz there no 'pantang larang' that i can't do such as holding hand with non mahram..


10. What takes you down the fastest?

bila melibatkan soal hati dan perasaan..


11. How would you see yourself in ten years time?

Mybe someone yg dah berjaya.. Insya'Allah.. Dr Muhammad Nazrul..hehhe


12. What’s your fear?

Allah s.a.w..


13.What kind of person do you think the person who tagged you is?

aswani.. emmm.. she is very talkative person n very the happy-go-lucky one..hehe


14. Would you rather be single and rich or married but poor?

in the middle of that...


15. What’s the first thing you do when you wake up?

mengeliat..heheh


16. Would you give all in a relationship?

of course.. NOT!


17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?

tanya pipe.. dia tau sal nie..hehe.. emm.. istikharah jalan yg terbaik..


18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?

insyaAllah i will try as long benda tue betul2 not make me annoying..


19.Do you prefer being single or having a relationship?

no comment.


20.List 6 people to tag

semua yg ada dlm list follower..hehehe

I Am Listening To This Song

Yang Ku Tahu Cinta Itu Indah

tak pernah aku membayangkan
bila insan sedang patah hati
kali ini ku rasakan sesungguhnya

siang hari ku bagaikan malam
pelangi pun berwarnakan kelam
inikah yang dinamakan patah hati

tak ingin ku jalani
cinta yang begini
yang ku tahu cinta itu indah

tak ingin ku rasakan
jiwa yang tak tenang
ku mahu kau tetap di sisi ku

benarkan ku tuk terus berbicara
bicara terus ke hatiku
hati yang terus rasa ragu
jangan terus pergi tanpa mendengarku

Tuesday, June 23, 2009

[luvly day]

Huh, finally i have already done my part by delivering a speech in front of numerous pre-lawrians. Seyes gelabah weh.. At that moment, only god know how i feel. Macam nak tercabut je kaki aku. Even though i have experiences with public speaking or yg sama waktu dengan nye..tapi itu dulu.. Waktu aku tgh 'hot'..hahaha. Aku tak tau nak cakap ape. Salah gebang bahaya rr.. Nanti macam2 kutukan dan makian yg bakal aku dapat. When, lutfee called my name.. Oh damn... Gila seram sejuk.. Nak pitam!!!!!!!!!!!!!!!!! But bila dah ade atas stage (stage ker??) aku rasa cam ade aura yang masuk ke dalam badan aku. Setan mana yg menghasut entah.. Aku tengok jer budak2 part 3 yg memang best n havoc.. aku pon bantai je la cakap ape pon.. Then, aku tgk kengkawan yg datang bg support.. fuh, terharu sioot.. Macam nak bagi ucapan 8 jam ja..hahaha.. PL2A is the best!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bila dah habis merapu-papu atas tue, lega giler... Hah, semangat baru dtg balik.. Lepas aku, turn Fairul.. Giler ko Fairul.. Cool giler.. Abang hensam katakan..hahahaha... memang ko la calon pilihan.. Aku vote tuk ko erk..heheh..

Hari ini diikutkan kitorg dah leh promote n berkempen.. tp aku.. maaf lah. Jangan harap aku nak berkempen.. Lagi pon.. aku bukan desprate nak jawatan HICOM.. Maaflah...

NOTE: Korang wat lah pilihan yg terbaik.

Wednesday, June 17, 2009

Nada Melankolik

Hari ini ku rasakan lebih bahagia dari hari semalam..
Entah kenapa, mungkin masalah yang ku hadapi makin menerjah ke penghujung..
Dalam nada melankolik aku terus melafazkan tasbih cinta..
Sehingga terasa seperti menusuk ke kalbu..
Walau pagi ini dinginnya tak seperti di eropah.. panasnya tak seperti di kaherah..
Namun, gemersik lagu nyanyian burung2 tetap ku dengari..
Aku ingin mencari bahagia dalam nada yang berbeza..
Setelah lama ku harungi lara..
kini ku rasakan seperti ke temui sinar cahaya..
Kilau sinar bak jernihnya embun pagi..
Selepas siang menjelma, tak sabar ku nantikan datangnya malam..
Di kala insan lena dibuai mimpi2 indah..
Ku pula sujud pada pencipta Agung..
Dalam tenang ku ingin menangis
kerana ku rasakan hati ku penuh dengan kejahilan..
Ketika ku buka kan mata..
Ku bertasbih kerana masih ada esok untuk aku.

Tuesday, June 16, 2009

Mood: Trauma!

Lokasi : Depan Laptop, A113 - Kolej Malinja A
Waktu : 5:33 PM
Aktiviti : Dengar radio ERA

Ehem2.. memandangkan aku adalah calon HICOM sem nie.(korg yg suruh aku volunteer..huhu) Jadi aku nak tunjukkan manifesto2 aku yang bakal aku tonjolkan ketika hari syarahan nanti.hehe

Kalau aku jadi HICOM Pre-Law Club sem 09/10, aku akan pastikan :

1. Elaun student Pre-Law akan dinaikkan sebanyak Rm 0.10 sen sehari.
2. Hari ahad adelah hari cuti umum kepada semua pelajar Pre-Law.
3. Subsidi makan di kedai kat depan UiTM akan diberikan kepada student Pre-Law.
4. *aku dah takde idea. Korang ade idea??

Kalau macam ni lah manifesto aku nanti, for sure sebelum bertanding aku dah menang. 2/3 majoriti mungkin.hehe

Mood : Trauma!

NOTE: Manifesto tue ape sebenarnya?

Monday, June 15, 2009

T.A.G #1

NOTE: Memandangkan kawan2 blogger aku tak pernah nak T.A.G aku..so, aku amik kesempatan nak mulakan proses T.A.G ini. (maaf bagi pemilik T.A.G nie 'coz aku rompak soklan T.A.G dia from his blog..hehe)

1. Bekas kekasih saya adalah:
Aku blum ade kekasih.. so, part nie aku NO COMMENT! tapi kalau ade awek cam Heliza or Aisya ( watak dlm AAC) pon best gak..hehe.. *gatal*

2. Saya sedang mendengar:
bunyi mouse yg di'klik2' oleh Izdihar dan bunyi lagu dari youtube yang tersekat2 cam !@#$$%^^&.

3. Mungkin saya patut:
Tidor..tidor..dan tidor. *tak baik tidor petang*

4. Saya suka:
Makan + main internet + makan lagi+ tidor

5.Sahabat-sahabat baik saya:
Mereka yang baik dengan saya *general answer*

6.Saya tak paham:
Kenapa aku tak gemok2 even though selalu makan *sumpah aku tak makan ubat2 pelangsing*

7.Saya kehilangan:
Makanan yang aku beli beberapa hari yg lepas. Sape la yg amik dan makan tanpa pengetahuan aku?


8.Ramai yang berkata:
Aku cute! *tak tahu diorg nie ikhlas ke tidak?hehe*

9.Makna nama saya:
Muhammad - Yang terpuji
Nazrul - ?? *aku blum jumpa makna nama aku. Sape tahu bagitau erk*

10.Cinta itu adalah:
Anugerah Allah kepada setiap hambanya.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang:
Asyik bermain MYSPACE sampai aku ajak bersukan kat padang pon tak nak.

12.Saya akan cuba:
Amal makruh nahi mungkar.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud:
English - Forever
Arab - Abadan abada

14.Telefon bimbit saya:
Nokia yg dibeli guna duit elaun. Thanks KPTM.haha

15.Bila saya terjaga dari tidur:
Buat muka blur..pegi bilik air, basuh muka.. pastu masuk bilik, tidor balik.

16.Saya paling meluat:
Kalau dimeluat oleh orang lain.

17.Pesta/Parti adalah:
Parti ape nie? Pas, UMNO? Aku naturalist.
Pesta? I prefer kenduri.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
Blum temui haiwan yang comey.

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
Setiap peringkat umor adalah sangat menyeronokkan.

20.Hari ini:
Aku rasa macam nak demam.

21.Malam ini saya akan:
Tidor. Of course!

22.Esok pula saya akan:
Pegi kelas.

23.Saya betul-betul inginkan:
Kejayaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
Alhamdulillah, takde jerawat. *hahahaha*

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan:
Dok rumah lebih sronok.

26.Makanan Barat atau Jepun:
Setakat nie belum cuba makan makanan Jepon, so I prefer WESTERN.

27.Bilik yang terang atau gelap:
Terang di waktu siang, gelap di waktu malam.

28.Makanan segera adalah:
Instant Food.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Assalamualaikum, bye!

30.Siapa yang anda nak Tag?
Mar, Hasmah, Dafika, Amelia, Hafez, Vina, Aswani, Asyraf, Izdihar, Why, Ila, Laila *korang wajib jawab kalau tak aku..................... (tak mampu nak habiskan ayat)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails