Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Tuesday, June 30, 2009

Bila Ajal Ku Tiba.

Usia semakin meningkat. Dari bayi menjadi kanak2, seterusnya menjadi remaja dan sehinggalah ajal tiba. Kini aku dah berusia 19 tahun. Sudah boleh memikirkan baik buruk, halal dan haram. Tapi, sudah cukupkah amal ibadat aku? Bagaimana lah jika ajal aku datang secara tiba2 padahal aku sendiri tidak pasti timbangan mana yang lebih, pahala atau dosa. Hanya Allah yang tahu akan dosa dan pahala aku. Dalam aku berbuat pahala, mesti dosa akan ikut serta.

Bukan mudah untuk larikan diri dari bersifat riak, takbur dan ujub. Dalam kegairahan mencari kecemerlangan di dalam peperiksaan, aku harus juga mengejar kecemerlangan ibadah sebagai bekalan menuju ke akhirat yang kekal abadi. Aku tidak mahu menjadi golongan2 yang dikurniakan kelebihan dari Allah namun tidak menggunakannya di jalan yang betul. Jalan yang diredhai Allah.

Sebagai manusia, aku tak lari dari melakukan kesalahan. Namun, haruskah aku kumpulkan kesalahan2 yg aku lakukan dan bertangguh untuk bertaubat? Ajal maut di tangan tuhan, bila2 masa sahaja nyawa aku boleh di ambil balik oleh Allah kerana nyawa ku ini miliknya dan aku hanya meminjam buat sementara. Aku tak ingin menjadi hambanya yang tidak bersyukur. Tinggalkan solat, tidak bersyukur, memutuskan silaturrahim, melanggar fitrah alam, membuat maksiat, bebas bergaul dengan bukan mahram. Aku tak mahu terjerumus ke dalam lembah maksiat ini. Ya Allah, kuatkanlah hati ku menjadi ummatmu yang sejati. Tidak mudah tergoda dengan hasutan syaitan. Apakah alasan yg harus aku berikan ketika menghadap Allah kelak jika terus melakukan dosa seperti ini? Adakah alasan aku akan diterima?

Rakan2, aku tak terdaya menegur dan menasihati kalian dari muka ke muka kerana aku tahu agak sukar bagi kalian menerimanya. Namun, aku mohon dan rayu, jika kalian ada melakukan kesilapan dengan Allah, cepat2 lah taubat dan berubah. Aku juga bukan insan yang sempurna dan tidak lari dari melakukan dosa. Mudah2an kita semua ditempatkan bersama dengan golongan yang bertakwa di akhirat nanti.


Aku berdoa agar Allah memberikan hidayah kepada aku, keluargaku, rakan2ku dan sekian kaum muslimin dan muslimat. Berkatilah kehidupan kami semua dan hindarkanlah kami dari melakukan perbuatan keji dan hina.

NOTE: Inni akhafullah.

3 comments:

ashraff said...

alhamdulillah..
aku pon bnyk berdosa kepada Allah..
semoga Allah mengampuni dosa2 aku yg selama ini aku wat....

nurulleqin said...

terima kasih atas ingatan.

dafi said...

manusia sentiasa leka.thnks

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails