Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Wednesday, June 17, 2009

Nada Melankolik

Hari ini ku rasakan lebih bahagia dari hari semalam..
Entah kenapa, mungkin masalah yang ku hadapi makin menerjah ke penghujung..
Dalam nada melankolik aku terus melafazkan tasbih cinta..
Sehingga terasa seperti menusuk ke kalbu..
Walau pagi ini dinginnya tak seperti di eropah.. panasnya tak seperti di kaherah..
Namun, gemersik lagu nyanyian burung2 tetap ku dengari..
Aku ingin mencari bahagia dalam nada yang berbeza..
Setelah lama ku harungi lara..
kini ku rasakan seperti ke temui sinar cahaya..
Kilau sinar bak jernihnya embun pagi..
Selepas siang menjelma, tak sabar ku nantikan datangnya malam..
Di kala insan lena dibuai mimpi2 indah..
Ku pula sujud pada pencipta Agung..
Dalam tenang ku ingin menangis
kerana ku rasakan hati ku penuh dengan kejahilan..
Ketika ku buka kan mata..
Ku bertasbih kerana masih ada esok untuk aku.

2 comments:

ashraff said...

aku dapat merasainya seperti titisan embun yg meresapi sanubariku,
betapa kenyiluan hatimu kian terubat dek kekayaan cinta si pencipta yg membantumu,
dan ku harapkan mu wahai sahabat sentiasa teguh menempuh segala onak dan ranjau dgn bebrbekalkan doa mu....

cayok3!!!!!

ismi_naz said...

insyaAllah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails