Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Wednesday, July 29, 2009

Perubahan

Sejak akhir2 nie ramai yang tegur dengan perubahan yg aku alami. Mula2 aku pon tak sedar tp bila dah ditegur, baru aku perasan.

Fizikal

Kalau nak dibandingkan dulu, kulit aku sekarang smakin gelap. Maybe aku suka sangat berjemur tengah panas kot. Tak kisah lah, lagipun tue luaran jer. Allah tak pernah nilai seseorang itu dari luaran. Kulit aku semakin gelap tak bermakna hati aku pun semakin gelap. Biar gelap di luar asalkan putih di dalam. Tgk bilal bin rabbah, walaupun kulitnya hitam ttp beliau tetap menjadi insan terpilih untuk berada di syurga. Lagi satu, ramai yang tegur aku semakin kurus. Eh, betul ker? Alah, aku kan sakit. No wonder lah aku kurus. Aku cuba nak tambah berat badan macam dulu tp entahlah, makin kurus ada kot. Ada cara tak nak cerahkan kembali kulit dan tambah berat badan?????

Peribadi

Kawan2 lama aku ada tegur yang aku dah sombong. Erk.. sombong erk? Mana ada. Cam biasa jer. Maybe aku jrang mesej kot. Sebenarnya aku sekarang dah malas nak taip2 mesej. Hp aku just tuk dengar lagu and amik gambar jer..hehe. Aku tak sombong ok..hehe


Thursday, July 23, 2009

Gadis!

Tadi masa aku duduk makan2 ngan family, suddenly mak aku bukak crita sal nak cari calon tuk abang aku. Maklumlah, abang aku tue dah cukup syarat nak kahwin. Ada degree, keja, keta.. Cukup dari segi ekonomi r. Nak cari anak dara2 tak susah but nak cari yang elok luar dalam dah agak susah. Abang aku nak cari zaujah yang bertudung labuh, work as ustazah. Emm.. ade ke lagi yang macam tue? Ade kot sebab actually calon dah ada. InsyaAllah tak lama lagi, akan de majlis walimah ar umah aku.

Bercakap sal perempuan, aku tengok perempuan sekarang dah banyak yang agak moden. Agak terdedah di sana di sini. Aku bukan nak hentam kaum wanita tetapi inilah kenyataan. Aku jgak kasihan dengan kaum wanita yg mudah diperkotak-katikkan oleh kaum aku. Tapi perlukan kaum lelaki dipersalahan 100%? Takkan berbunyi kalau bertepuk sebelah tangan. Sesetengah gadis-gadis zaman sekarang mudah memberi segalanya pada lelaki termasuklah maruah dan harga diri. Astagfirullahalazim.

Kalau pergi ke pusat-pusat membeli-belah, bermacam2 jenis perempuan kita dapat lihat. Ada yang berpakaian terdedah sana-sini dan tak kurang yang asyik berkepat dengan lelaki yg bukan mahram. Nasihat aku pada semua gadis2 di luar sana, jadilah seperti jam tangan di dalam kotak yang tidak terdedah pada habuk2 mahupun sentuhan2 tangan pelanggan. Hanya yang terpilih sahaja mampu memegangnya. Janganlah biarkan diri anda disentuh oleh lelaki bukan mahram walaupun lelaki itu adalah teman lelaki korang sekali pon. Malulah pada Allah dan malaikat yang sentiasa mencatat tiap amalan korang. Korang tidak pasti akan berkahwin dengan mereka sebab urusan jodoh ini di tangan Allah. Cuba korang fikir, jika korang bercinta dengan orang lain tapi akhirnya bila berkahwin dengan orang lain. Kalau masa bercinta korang tak berpegang2 tangan atau berpeluk2 ngan bekas teman lelaki korang tak pe lah. Tapi bayangkan kalau sebaliknya. Tambah2 pulak kalau bekas teman lelaki korang adalah rakan suami korang ketika itu. Maknanya sebelum berkahwin dengan suami korang, korang dah berpegang2 dan berpeluk2 terlebih dahulu dengan rakan suami korang. Tak rasa malu dan kotorkah nanti?

Selain itu, aku jgak nak tegur pada kaum2 ku terutama yang suka mempermainankan kaum perempuan. Korang tidak sepatutnya buat macam tue pada mereka. Perempuan itu dicipta dari tulang rusuk yang mana sangat dekat dengan hati. Kenapa? kerana mereka seharusnya dikasihani dan dicintai bukan di sakiti. That's why Allah tak cipta mereka dari tulang kaki mahupun tangan kerana kaki biasanya digunakan untuk memijak dan tangan digunakan untuk menghayun dan memukul. Wanita itu kaum yang lemah dan penuh dengan kekurangan. Kita sebagai lelaki sepatutnya menjadi imam bagi mereka dan membantu melengkapkan kekurangan yang ada. Korang ade ibu, kakak dan adik perempuan. Cuba bayangkan jika orang lain buat perkara yang sama terhadap mereka? Mesti korang akan berasa sakit hati dan marah. Sayangilah kaum wanita dan lindungilah mereka.

NOTE: Masih lagi mencari cinta dari gadis solehah pilihan Allah.

Wednesday, July 22, 2009

Idola

Lepas makan kek tadi, tetiba aku teringat nak update blog. Agak lame aku tak post ape2 entry yg terbaru. Takde cerita yang menarik nak dikongsi. Setakat crita2 bodoh tue banyak ar tapi tak nak ar aku 'kotor'kan blog aku nie ngan crita2 yg bodoh. People can judge kita based on what we write or tell a story about something. Eh, dah melalut jauh nie. Aku memang suka kalau nak memesongkan jalan crita. Kalau wat karangan, sah2 cikgu Rokiah mengamuk.hehe. Back to the main idea of this entry, aku nak share ngan readers semua regarding to my idol. Actually, I had a lot of idols when I was a kid. Well, it's normal for kids to have numerous idols as they have been influenced by mass media such as television and etc..hehe. Power Rangers, Ultraman, Spiderman were my idols when I was at that age. Selalu berangan nak jadi macam tue. Kuat, ade kuasa, leh tolong orang, n macam2 ag ar faktor yg menyebabkan aku nak jadi macam watak2 karton tue. Bodoh jer bila teringat balik. Biasa r budak2.huh. Then bila dah besar skit ,aku baru sedar yang having a right idol is good for us. It's one of the way to motivate us to be as good as our idol. After that baru aku de idol yang betul2 aku kagum. Maybe ni dipengaruhi oleh mak aku yg dulu slalu crita2 kisah2 pada aku. Idola yang sangat2 aku kagumi adalah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Why I choose him? To show that I am such a pious person? Definately NO! Masa aku jadikan rasulullah as my Idol, aku tak tahu ape itu warak atau alim. So, how come it can be a reason for me to make him as my idol. Dulu, mak aku selalu cerita tentang kisah2 baginda. Bagaimana baginda berjaya menyatupadukan umat Islam, sebar agama Islam. Mak aku selalu sangat crita sal kisah2 tue sampai at one level, aku pernah teringin nak jadi macam nabi Muhammad. Disayangi semua manusia until West has labelled him as the most influence man in the world! MasyaAllah. Selawat dan salam untuk junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Besides, my parent is my idol too. They are willing to sacrife their life for us. Emm, eventhough I am a teenager, but seriously I still donno' why the other teens like to make artist as their idol. Hey, do they bring anything for u? Quite bizzare!

Tuesday, July 14, 2009

Childhood Story vol. 1

When I remember back the moment when I was a young boy, it's so nostalgic. Unforgettably.. When I was in primary school, there were full with stories and memories that i can't forget it. Klakar bila teringat balik. Aku de banyak kawan2 masa sekolah rendah esp. dak2 darjah 6 Cemerlang. Masa tue aku rapat ngan Zul Hanif, Zainal Arif Ehsan dan Asyraf. Sebenarnya there have a story how I can be close with Asyraf. Kitorg gaduh dalam kelas sampai my lips berdarah tp aku tak ingat lak waktu darjah berapa. Then, dengan Syafinaz a.k.a pnut pon de gak 'tragedi' ngeri. Pnut tarik baju aku kat ko-op sampai baju tue koyak. Actually, aku yg start at the 1st place. Bila pnut balas balik, tanpa di duga baju aku yang harga nya RMXX.XX terkoyak.hehe.. Kat klas aku, de gak puak2. Memang semangat assabiyah habis r.hehe. Ade geng2 dak pandai dan geng2 yg biasa2 jer. Aku? aku of course kat group2 dak biasa jer sebab aku kan humble!hehehe. Geng2 dak pandai ade la Izzati, Dalilah, Azira, Fariza, Zaity, Asyraf, Amirul, Syahir n sape agi entah. Dah lupa. Kalau dalam kelas, diorg nie la yg jadi student2 top. Tapi de gak student yg top tak join group diorg cam Syafinaz, Atiqah, Afiqah, Amanina, Solehah. Diorg nie masuk dua2 group. Tak kisah lah group mana pon, it doesn't bring anything for me.hehe. Classmate yg lain2 macam Syuhada, Ain, Atina, Kak Yong, Pazilah, Nasiha, Fatimah, Pzah, Husna, Syafiq Aizat, Syafiq Ismail, Hidayat, Aswani, Zura, Jayyidah, Hafizi, Zainal, Zul, Sarah, Aisyah, Fauziah, Najihah, memang baik je ngan aku.. (yg tak mention sorry erk, aku dah lupa). Emm.. Masa budak2 dulu mmg rapat tp skarng nie, jumpa tengah jalan pon belum tentu nak tegur.huhu. Maybe dah besar pakat2 segan. Ye la, sekarng nie semua dah bawak haluan masing2. Blajar sana sini. Asyraf(maktab-Pend. Math), Solehah(maktab-Pend. Math), Zul(UiTM-Banking), Syafinaz(UKM-Biomedic), Iszura(UiTM-Sc Forensik), Fatimah(poli-ke's/u'an), Wani(poli-marketing), Syuk(poli-marketing), Kak Yong(UiTM-Info. Management), Ain(KPTM-Akaun), Afiqah(IIUM-ICT), Dalilah(UiTM-Comp Sc), Fariza(UPM-Kesihatan Haiwan), Azira(UPSI-Pendidikan pe entah..hehe)...tu je kot. Eh2, n don't forget me.. Nazrul(UiTM-Law..hehe). Teringin nak jumpa2 balik kwan2 lame. Hope we can meet someday. InsyaAllah.

NOTE: Next tyme aku crita sal dak2 sek menengah lak erk.

Monday, July 13, 2009

MUET dah kuar!

After waiting for a long time, finally result MUET kuar jugak. Alhamdullilah i really make it. Even though aku hadapi macam2 masalah masa test MUET hari tue but Allah really loves me. Mungkin ini rezeki aku after aku susah payah belajar sendiri (sebab sem 1 tak belajar MUET lagi) but sikit helps from my lecturer (thanks) and also waktu jawab paper listening yang mcm apa entah.huhu. Aku berjaya melepasi syarat2 untuk sambung ke Bachelor of Legal Studies. Thanks to my mom, my dad, my family, my lecturers, my friends and also the examiners yang tanda kertas jawapan aku.

NOTE: Pas nie kena focus for the better pointer lak.

Sunday, July 12, 2009

Luahan Hati [3]

Ku rindui belaian mu
Ku inginkan limpah kasihmu
Kau amat sempurna bagi ku
Tiada yg lain hanya kau yang satu

Lembut bicara mengatur kata
Manis senyuman menambah rasa
Tenang wajah redup mata
Terubat resah hilang lara

Kerana mu ku masih bertahan
Walau ku dihimpit seribu hasutan
Yang seolah-olah menduga iman
Membawa ku ke arah kegelapan

Demi impian kita berpisah
Berpegang kata penuh berhikmah
Tiada apa yang dapat mengubah
Kasih ku pada mak dan abah

NOTE: Love u mak dan abah. Doakan anak mu menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat.

I have a friend?

It came across into my mind out of the blue.

Seriously, do I have a good friend?

Yes, I do.

Wednesday, July 8, 2009

Medical Law

Dah lame aku tak blajar Biology, my fav subject since I was in form 4. Kalau diikutkan hati, macam nak jer aku blajar kat UiTM nie. Nape la kat takde minor subjek biology for law students?hehe. Kalau ade perhaps aku orang pertama yg daftar utk subjek nie. Bagi aku, biologi bukanlah susah sangat tp kalau korg malas baca, for sure r tak tahu ape2. Same gak ngan Law, kalau korang tak baca, ape2 pon korang tak tahu. Tadi masa klas Critical Thinking, lecturer suruh wat premises ngan conclusion. Aku pon buat je la based on pengetahuan biologi aku.hehe. Bukan aku nak tunjuk blagak tp my classmate yg start dulu. Aku cuma menjelaskan yg kabur. Sape entah wat ayat cam nie. All mammals have kidneys..then, diorg stuck kat ini. No idea to continue. So, aku pon tambah r, All mammals have kidneys, all kidneys have bowmans capsule, therefore, all mammals have bowmans capsule. Emm, korang tau bowmans capsule tue ape? Bowmans capsure tue ade kat kidney kita. Bentuk dia macam 'cup' around the glomerulus. Fuction dia as a filter to remove organic wastes, excess inorganic salts, and water. Eh2, dah macam lecturer bio lak rasanya.hehe. Then, aku pon wat lagi satu ayat cam nie. All bacteria are microorganism. All microorganism are procaryote. Therefore, all bacteria are prokaryote. Kat sinni, aku nak betul kan skt, actually most bacteria are prokaryote bukan all bacteria. Camner lah aku leyh lupa tadi.huhu. Korang tahu pe itu prokaryote? Sebenarnye prokaryotes are mostly unicellular organisms yang takde nucleus. The difference between prokaryote and eukaryote cell structure is the most important in the living world. Kalau eukaryote tue macam plant cell, animal cell sebab diorg de nucleus. Macam tue lah. Malas nak terang lebih2 sebab nie bukan kelas bio. Lepas tue, tetiba Prof Madya Alauyah suggestkan aku suh amik Medical Law sebab aku de pengetahuan tentang biologi. Act, aku tak clear sangat sal tue tp seyes memang aku minat nak amik Medical Law. Aku dapat blajar Law n Medic. Tp mostly, yang medic tue aku blajar sal akta ubat2an je kot. Tak pelah, slow2 r. Mula2 blajar sal akta2 pastu aku blajar la sal anatomy, fisiology, biochemistry, patalogy. Mane tahu kalau2 dah jadi rezeki aku dapat buat double degree in Medicine. InsyaAllah.

NOTE: Ade yang kata bukan Medical Law tp Medico Law. Entah lah.

Satu Hikmah

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
Dia datang kan petir dan kilat..
Kita tertanya-tanya ke mana hilang nya matahari..
Rupa-rupanya Allah memberikan kita pelangi..
-Syurga Cinta, 2009

Aku suka kata-kata tue. Sarat dengan makna yang tersirat. Sebenarnya, Allah s.w.t sengaja menguji hambanya dengan pelbagai ujian dan dugaan. Namun, di sebalik ujian dan dugaan itu ada tersimpannya rahmat dan di akhir ujian itu Allah telah menyediakan anugerah yang tidak ternilai untuk kita.

NOTE: Moga aku tak larut dalam ujian-Nya.

Just For Fun!

Masa ngah surf intenet, suddenly terjumpa benda nie kat satu forum. Ni macam nak tgk someone based on zodiak la. Actually, kita as muslim takleyh percaya sangat. But bila baca2 balik, cam ade persamaan jer..hehe..

Aries (21 Mac - 20 April)

Orang Nya: Anak mak! smart mamat. intelligent,
Tips untuk memikat: Bagus untuk minah2 tudung (NO OFFENCE) but its true..Jejaka Aries suka wanita yang sopan, tata-tertib..sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yang bagus punya
WARNING: Jika anda betul anda rasa aries ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jangan lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan di workshop baru baik.

NOTE: Tak sempat nak catat nota..hehe

Monday, July 6, 2009

Jodoh Aku!

Mak aku kata, besar nanti carilah calon isteri yang baik2. Emm.. yang nie2 boleyh tak??














NOTE: Sure semua tak lepas Ujian Penilaian mak n kakak aku..hehehe

Thursday, July 2, 2009

Aku Orang Kedah

Aku dilahirkan di Kedah, dibesarkan di Kedah..Pure jati Kedah and definately i'm proud to be Kedahan. For me, Kedah is everything. I can't find the other states to live in rather than Kedah. This is not because I'm too conservative or 'kolot' but this is about my life. Let's people say anything about me as long as I am happy. Bukan aku nak kata negeri2 lain tak bagus but Kedah is better for me. Since primary school until now, Kedah is a place for me. Some people who still cannot adapt with this enviroment will say that Kedah is boring or what-so-ever. Basically, yang kata Kedah cam tue adalah bdk2 yg datang dari bandaraya yang serba mewah. Sorry to say, Kedah takde KLCC, Midvalley, One Utama or even Pasar Siti Khadijah. Mungkin Kedah takde semua tue untuk dibanggakan tp yang lebih utama, most Islamic scholar was produced from Kedah. And don'f forget, our 1st and 4th Prime Minister was from Kedah. Maybe korang nampak Kedah bukanlah satu negeri yg maju tp biarlah tak maju dari segi pembangunan tp maju dari segi intelektual dan agama. So, east or west, Kedah is the best!

NOTE: Aku orang Kedah yang boleh cakap omputih. Mak bapak aku kat umah mesti bangga!hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails