Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Thursday, July 23, 2009

Gadis!

Tadi masa aku duduk makan2 ngan family, suddenly mak aku bukak crita sal nak cari calon tuk abang aku. Maklumlah, abang aku tue dah cukup syarat nak kahwin. Ada degree, keja, keta.. Cukup dari segi ekonomi r. Nak cari anak dara2 tak susah but nak cari yang elok luar dalam dah agak susah. Abang aku nak cari zaujah yang bertudung labuh, work as ustazah. Emm.. ade ke lagi yang macam tue? Ade kot sebab actually calon dah ada. InsyaAllah tak lama lagi, akan de majlis walimah ar umah aku.

Bercakap sal perempuan, aku tengok perempuan sekarang dah banyak yang agak moden. Agak terdedah di sana di sini. Aku bukan nak hentam kaum wanita tetapi inilah kenyataan. Aku jgak kasihan dengan kaum wanita yg mudah diperkotak-katikkan oleh kaum aku. Tapi perlukan kaum lelaki dipersalahan 100%? Takkan berbunyi kalau bertepuk sebelah tangan. Sesetengah gadis-gadis zaman sekarang mudah memberi segalanya pada lelaki termasuklah maruah dan harga diri. Astagfirullahalazim.

Kalau pergi ke pusat-pusat membeli-belah, bermacam2 jenis perempuan kita dapat lihat. Ada yang berpakaian terdedah sana-sini dan tak kurang yang asyik berkepat dengan lelaki yg bukan mahram. Nasihat aku pada semua gadis2 di luar sana, jadilah seperti jam tangan di dalam kotak yang tidak terdedah pada habuk2 mahupun sentuhan2 tangan pelanggan. Hanya yang terpilih sahaja mampu memegangnya. Janganlah biarkan diri anda disentuh oleh lelaki bukan mahram walaupun lelaki itu adalah teman lelaki korang sekali pon. Malulah pada Allah dan malaikat yang sentiasa mencatat tiap amalan korang. Korang tidak pasti akan berkahwin dengan mereka sebab urusan jodoh ini di tangan Allah. Cuba korang fikir, jika korang bercinta dengan orang lain tapi akhirnya bila berkahwin dengan orang lain. Kalau masa bercinta korang tak berpegang2 tangan atau berpeluk2 ngan bekas teman lelaki korang tak pe lah. Tapi bayangkan kalau sebaliknya. Tambah2 pulak kalau bekas teman lelaki korang adalah rakan suami korang ketika itu. Maknanya sebelum berkahwin dengan suami korang, korang dah berpegang2 dan berpeluk2 terlebih dahulu dengan rakan suami korang. Tak rasa malu dan kotorkah nanti?

Selain itu, aku jgak nak tegur pada kaum2 ku terutama yang suka mempermainankan kaum perempuan. Korang tidak sepatutnya buat macam tue pada mereka. Perempuan itu dicipta dari tulang rusuk yang mana sangat dekat dengan hati. Kenapa? kerana mereka seharusnya dikasihani dan dicintai bukan di sakiti. That's why Allah tak cipta mereka dari tulang kaki mahupun tangan kerana kaki biasanya digunakan untuk memijak dan tangan digunakan untuk menghayun dan memukul. Wanita itu kaum yang lemah dan penuh dengan kekurangan. Kita sebagai lelaki sepatutnya menjadi imam bagi mereka dan membantu melengkapkan kekurangan yang ada. Korang ade ibu, kakak dan adik perempuan. Cuba bayangkan jika orang lain buat perkara yang sama terhadap mereka? Mesti korang akan berasa sakit hati dan marah. Sayangilah kaum wanita dan lindungilah mereka.

NOTE: Masih lagi mencari cinta dari gadis solehah pilihan Allah.

4 comments:

ashraff said...

hmmm, aku agak tertarik nk baca when its relate to "gadis" hehehe, baguih2, ang ni adil la.. hehehe

Mar said...

kan best kalau aku pun baik mcm tu. :(

Muhammad Nazrul said...

asyraf : thanks.. teruskan membaca..hehe

mar : u can be like that 'coz like what sir kamal have said last week.. difficult to find KL girl like u. keep it up!

Muhammad Nazrul said...

eh2.. silap. last sem.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails