Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Saturday, September 26, 2009

Biltaufik wannajah fil imtihan!

1..
2..
3 more days we will going to sit for final exam..
but I still like last semester..
waiting for the last minute to open all the notes..
and start study..
I thought I will change this habit for this semester..
but I'm not..
Still doing the same thing..
Hopefully it works..
even though i know..
the percentage is only 40%..
but whose know??
Ok, stop being 'merapuking'
and start study NOW..

NOTE: Entah ape yg aku post mlm2 nie..

Satu Hari di Hari Raya

celamat hali laya kepada semua muslimin dan muslimat..

haiyaa.. gua sudah lama tarak masuk sini. Gua lindu sangat2 ini punya blog. Hali nie gua rasa..eh2.. gua lasa kita olang dah sambut itu punya rasa dah hali yang ke 7. Waa.. dah seminggu lupanya kita dah laya. Aiyo, lagi 3 hali lagi gua dah nak final examination. Manyak takut oo.. Gua bukan olang pandai. Gua talak lajin macam itu orang yg suka pg study dkt library tiap2 hali woo.. Gua lebih suka on9 dali study. hhoho.. bagus tak gua..??

Deyhh tambi, kalau u takmau study, tak apa lah.. u boleh kerja dgn i dekat ladang. I jadi boss yg baik punya. I nanti bagi gaji u banyak2. Cerita dikembalikan, masa hari raya itu dulu, kawan saya ramai2 dtg rumah makan kuih. Ada kuih macam-macam. Sedap2 pulak. lepas itu, sedih saya rasa bila kubur saya pegi. Arwah nenek saya teringat. Aiyo pa.. aiyo maa.. purahhhh!

Then, bila hari raya ke 3, semua sedara mara balik ke kampung sbb kitorg ade family day for PakAr members. Ade barbeque and sports. Tak lupa jgak AGM dan tazkirah yg dari pak su. Insaf aku dengaq. Hah, session paling best adalah time kasi duit raya kat2 anak2 buah. Gila, aku yg dah nak masuk 20an pun dapat lagi duit raya..hahahaha.. rezeki2. alhamdulillah.

NOTE: Semangat 1 Malaysia ttp utuh di hati. UiTM Di hatiku. ahhahaha

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri: Salam Eidulfitri: Happy Eid Mubarak, 1 Syawal 1430h



After we have celebrated Ramadhan for almost 1 month, finally Eid Mubarak will come to visit us. So, how about our ibadah during Ramadhan? Hopefully it's gonna be alright and will be accepted by our creator, Allah s.w.t.

Now, people are busy with preparation to celebrate Eid Mubarak. At home, mother and sister are baking cookies while father and brother are preparing lemang and ketupat. So, we can see the happiness which do not have in such other days.

While celebrating this coming eid, we should not forget about our fasting that do not complete yet. Use the rest of the time to do as much as ibadah that we can. Zakat fitnah cannot be forgotten because some of us still waiting for helps and attentions.

As a human being, I used to make mistakes with people around me either with intention or not. Thus, I wanna ask forgiveness to all and I hope this Ramadhan will become a good teacher for us to change our attitude and behaviour as a new person.

Salam Eidulfitri, kullu 'amm wan entum bikhair.

Friends: Sorry if i don't reply ur messages due to insufficient credit.hehe.

Wednesday, September 16, 2009

Tahajjud Cinta by Datuk Hajjah Siti Nurhaliza


Ni lah album artis pop pertama yang aku 'ter'beli kat kedai CD masa shopping raya tadi. Sebenarnya aku dah lama aim nak beli album nie selepas aku terbaca kat paper yg DCT nak wat album kerohanian. So, tyme g shopping petang tadi aku amik gak kesempatan belek2 CD kat kedai CD yang aku tak tau nama ape entah. Sorry lah tauke, i tak tau nama kedai u sbb nama kedai u tak brape nak glamer. Next tyme u letak nama yg glamer2 skt cam kedai CD Anak ku ker ape ker..hahaha. Belek punya belek last2 aku jumpa gak CD nie kat betoi2 depan pintu kedai. Cam ner lah aku leyh tak nampak? I pakai spek OK!

Mula2 aku cam segan2 nak beli sebab ada mak cik sorang tue asyik pandang2 aku jer. Malu aku dibuatnya. -_-". Manelah tau nanti dia kutuk aku dlm hati. Eh, budak nie nak beli album Siti? Orang sekarang layan Indie band lah. haha.. atau pon mak cik tue pelik tgk aku. Emm.. aku rasa hari ni aku tak pakai ape2 pelik. Ok, aku mengaku aku pakai t-shirt Malinja yang terchentaa tp what's the problem? Eh, asal ttiba over plak nie. Entah2 aku yg prasan kot.haha.. Mak cik tue sebenarnya tak pandang aku pon tp dia pandang CD2 yg tersusun rapi kat rak2. Rapi lah sangat. Hah, lupakan mak cik tue. Then aku tunggu mak cik tue blah dulu. Tunggu punya pasal aku pon wat2 lah tgk CD cite karton even kat otak aku bukan nak fokus sangat kat CD karton tu tp dok pikir bila lah mak cik tue nak blah. Takkan dia tunggu aku? Pelik2.

Tak lama lepas tue mak cik tue pon blah. hah lega. Lepas tue aku cepat2 amik album CT tue trus bawak g bayar. Macam aku tolong belikan tuala wanita untuk kakak aku beberapa tahun yg lepas la plak.hahaha..

Sampai je rumah aku terus dengaq album CT nie. Pergghh.. Lagu kat trak pertama dah buat aku ter'stuck' seketika. So, dengan excited nya aku nak review la serba sedikit sal album nie.

Cover album
Sebenarnya aku dah predict awal2 lagi cover album mesti macam yg nie. Berdiri di tgh2 padang, pastu menadah tangan di bawah langit yg terbentang luas. Cantik! tapi macam dah streotype. Album2 kerohanian mesti akan ada scene tadah2 tangan. Kalau tak caya cuba tgk cover album Opick. Aku rasa gambar CT pegang buku bawah pokok kat lirik Pintu Rindu lagi cantik dan menarik kalau dijadikan cover album. Letak gambar aku lagi tambah menarik.hehee~

Asma Ul Husna
Inilah the main reason why aku beli album Tahajjud Cinta nie. Bila dengar lagu ni, aku macam nak jer pasang lagu kuat2, tiap2 hari kat kolej nanti. Sangat syahdu dan sayu. Aku tak mau komen sal vokal CT sbb aku tertarik utk beli album nie pon bukan sebab vokal CT sedap ke ape. Janji lagu2 bagus2 dan mempu mendidik jiwa. Eh2, Adi Akmal pon terlibat gak dlm album nie, aku ingat bro Salleh jer. Aku rasa lagu Asma Ul Husna lah yg paling best dlm album nie. Alfun mabruk kepada Erma Fatima coz hasilkan melodi yang sangat2 menarik.

Pintu Rindu
Mmg pure nasyid lah lagu nie tp aku rasa suara CT takdelah ke'nasyid'tan sangat. Suaranya more to traditional pop sound lah. Lirik yang sungguh menarik dan cam syahdu jer.

Tahajjud Cinta
Mula2 aku ingat lagu ni ala2 cam lagu Ayat-ayat Cinta, Syahadat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih tp lagu nie bukan sal cinta suci manusia tp cinta pada illahi. *two thumbs up* Melodi dia menarik untuk didengari.

Batasku Asaku
lagu nie Ct yang compose. Tak sangka berbakat jugak CT nie. Lagu nie aku dah lama dengar. Rasanya dah berbulan2. Memang sedap. Mesra pendengar gak lah.

Ku Percaya Ada Cinta
Mula2 masa aku tau yg lagu ni Audi Mok yang buat, aku dah start skeptikal. How can this Chinese guy can involve in this Islamic-base album. Tapi bila tgk penulis lirik nya, Habsah Hassan. Ok, anda dimaafkan. Agak menarik. Penuh dengan kelainan. Nak kata lagu nasyid pon tak gak. Pop Islamik kot. Layak ker? Ape2 pon layan lah.

Ya Rasulullah
Aku suka lagu nie. Cam nak nangis jer dengar. Sedeh jer. Suara CT lak seolah2 cam merintih. Lagi lah sedih.

Ketika Cinta
Lagu nie aku dah dengar beberapa bulan yang lalu. Aku suka lagu nie. Version asal by Opick tp bila CT nyanyi ade skit lah perbezaannya. Rasanya aku lebih suka version Opick kot. Maaf lah.

Selawat
Jom berselawat bersama2. Aku takde komen sangat untuk lagu nie sbb lagu nie mmg dah perfect pon eventhough sape2 penyanyinya.

Overall aku suka lagu Asma Ul Husna, Ya Rasulullah, Selawat dan Tahajjud Cinta.


TAG by Kak Irah

1) Nama Timangan

Xde nama timangan sbb mak pun panggil Muhammad Nazrul kat umah. Skema tak mak aku?? ;P hehehe

2) Anda seorang yang...

Suka wat muka annoying kat sape2 pon..haha.. Hafez slalu jadi mangsa walau dia tak bersalah. Kesian ko Hafez.hehe

3) Insan Teristimewa

Al-Walidain

4) Lagu Kesukaan

Asma Ul Husna by Tok Ti

5) Makanan Kesukaan

Banyak. Nasib baik babi tue haram, kalau halal entah2 jadi makanan kegemaran aku gak.hahaha

6) Sikap yang membuatkan anda stress

Hipokrit, sombong, bongkak dan yang sama waktu dengannya. Tapi orang kata aku sombong. Haihh...

7) Warna kegemaran

Sebab kulit aku tak putih, siang2 aku dah reject dia from being my fav colour..hahaha. Aku prefer warna biru kot.

8) Benda yang ada dalam beg

Beg duit - ada duit, beg sekolah - ada buku, beg pakaian- ada bangkai binatang.hahaha

9) Bila kali terakhir menangis

Entah.

10 ) Tag untuk rakan anda.

Sebagai balasan, aku TAG mak cik Amy..haha..
Dafi ko pon kena wat..(bagi menyemakkan lagi blok ko)
Mar.. (at least ade gak post yg takde kaitan dgn chenta hati kau kat blog..hehehe)
sape yg baca pon kena wat.. sape suh baca!hehe


Sunday, September 13, 2009

Tagged by Amelia

Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

Mein Name Ist Nazrul.. nie bukan restless nak letak nama nie aku etc.. act, nie bahasa German.. in english My name is Nazrul..

Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

diari-naz.blogspot.com <- sebenarnya dh banyak kali bertukar url blog mengikut cita rasa dan sesuka hati tuan empunya blog..hehe

Apakah method penulisan dalam blog anda?

methodology dakwah ker??hahaha.. Xde method2.. asalkan sedap mulut menyebut dan sedap tangan menaip.. ok lah..

Pernah terasa nak hapuskan blog anda?

tak kot sebab "Mengubahlah sesuatu dengan tangan seiring dengan sekuat2 iman mu".. taip blog pon guna tangan kan??

Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang TAG anda ini?

`OriGinaLLy miLLy's~.. sangat direct bila berhujah.hehe
Amelia - She's HOT..haha..

Senaraikan 10 orang yang akan anda tag.

Mar
Asyraf
Zharif (pre law part 3)
Ashiqin
Why

banyak nie dah la..

Friday, September 4, 2009

Memori Tercipta, Disember 2008-April 2010

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama..kenangan bersama..kenangan bersama..
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa


Dah hampir habis dua sem aku kat UiTM Kedah. Kalau diikutkan sistem matrik, kiranya dah nak amik PSPM 2 dan bermakna pengajian aku diperingkat asasi akan tamat tidak lama lagi. Tapi memandangkan program asasi aku nie mengambil mana 3 semester so, aku akan menempuhi satu lagi semester yg ku harap lebih bermakna.

Sepanjang hampir dua semester di sini, aku kenal banyak jenis raga, dan gelagat manusia. Ade yg dtg dari keluarga berada n ada gak yg datang dari keluarga sederhana cam aku. Namun, status dan taraf kehidupan tak menjadi penghalang untuk kitorg sama2 berusaha mengecap impian dan harapan masing2.

Kitorg di sini bagaikan satu keluarga. Teman di kala senang dan susah. Penilaian dibuat berteraskan akal dan bukan nafsu semata-mata. Tak ingin menyakiti dan disakiti antara satu sama lain. Jika ada yang terluka, prakarsa yang pragmatik akan diambil bagi memulihkan kembali keadaan. Inilah manisnya PL2A.

Pengkongsian akal dan cetusan minda sering dijadikan fitrah di dalam persahabatan. Tiada istilah 'kau hal kau dan aku hal aku'. Yang berat sama dipukul dan yg ringan dijinjing sama. Keakraban yg terjalin tidak pernah disalah gunakan. Nasihat dan tauladan sering diperdengarkan demi melahirkan insan yg terpuji akhlaknya.

Kadang kala pergaduhan berlaku juga kerana inilah asam garam di dalam persahabatan. Tapi tak perlulah pergaduhan itu dibiarkan berpanjangan kerana kasih-sayang dan persahabatan yg telah terbina tidak patut dinoktahkan begitu sahaja. Sebagai manusia, kekhilafan tetap terjadi dan aku sebagai hambanya hanya mampu memohon maaf dan memaafkan sebagai seorang manusia demi menjaga HABLUL MINNAS.

Di kesempatan ini, aku ingin memohon maaf sekiranya terlajak kata, mengguris mana-mana hati dengan kata dan bicara aku selama ini. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah dati kelemahan aku sendiri.

So far, aku dah ada banyak kenangan manis dan kenangan pahit kat sini. Tak perlu nak diceritakan dan biarlah menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan kerana disinilah MEMORI TERCIPTA.

Tuesday, September 1, 2009

Berbuka di Bulan Puasa

Aku dikira budak yang paling untung kot dlm kalangan student2 pre law part 2. Why? spanjang bulan puasa nie.. leyh dikira ngan jari jer bila aku berbuka puasa kat kampus.hahaha.. Maybe 1o hari je kot.hahaha. Lain2 aku buka puasa kat umah ngan family tercinta.hahaha.. Sebenarnya, aku tak minat ar bukak puasa kat kampus sbb makanan langsung xmasuk dengan taste aku. Aku tak demand tinggi tp tak banyak variety cam bazar ramadhan kat umah tue. (umah aku xde bazar tp kat pekan lah) Aku tercari2 gak kuih pelita (atau kuih tepung masuji cam kak nisa kata..hehe) kat dewan makan tp takde. Aku cari puding karemel tp pon takde. Huh! Ape je yang ada?? Kalau nasi plak aku lebih suka makan nasi tomato ngan ayam masak merah pastu ada ayam penggang bahagian peha atau wing.. terus teringatt masa kat matrik. Bazar ramadhan kat belakang blok B serius best. Macam2 ada. Ayam bakar pon best punya. Tp kat uitm nie ape jer yg ada?? Nasi kerabu pon giler biru warna dye. Menakutkan jer nak makan since entah food preservation ape dye masukkan. Petang nie aku tak jadi nak balik umah cam dirancangkan 'coz tonight I have Law test. Law test?? alamak, aku tak baca apa pon lagi! Mati aku. Tadi masa lepas sahur aku de baca sikit tapi baru habis 1 tajuk dah tertidor. Emm..sekarang nie aku ngah dengar Hafez mengadu nasib dye. Ape2 jelah ko Hafez. Malas aku nak layan sbb ko tu aku cakap ape pon bukan nak dengar. Tak habis2 nak melahar laki tu pompuan nie. Huh, sape jer yg sempurna di mata ko Hafez?? Emm.. lupakan sal dak nie.. Berbuka hari nie nak makan ape agaknye erk?? Aku kepingin bangat nak makan nasi briyani ngan ayam masak ros tp kat sini takde.. Kalau ade pon mesti xsesedap kat matrik dulu.huhu.. K lah, nak sambung tidor study skt agi nie.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails