Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Friday, September 4, 2009

Memori Tercipta, Disember 2008-April 2010

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama..kenangan bersama..kenangan bersama..
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa


Dah hampir habis dua sem aku kat UiTM Kedah. Kalau diikutkan sistem matrik, kiranya dah nak amik PSPM 2 dan bermakna pengajian aku diperingkat asasi akan tamat tidak lama lagi. Tapi memandangkan program asasi aku nie mengambil mana 3 semester so, aku akan menempuhi satu lagi semester yg ku harap lebih bermakna.

Sepanjang hampir dua semester di sini, aku kenal banyak jenis raga, dan gelagat manusia. Ade yg dtg dari keluarga berada n ada gak yg datang dari keluarga sederhana cam aku. Namun, status dan taraf kehidupan tak menjadi penghalang untuk kitorg sama2 berusaha mengecap impian dan harapan masing2.

Kitorg di sini bagaikan satu keluarga. Teman di kala senang dan susah. Penilaian dibuat berteraskan akal dan bukan nafsu semata-mata. Tak ingin menyakiti dan disakiti antara satu sama lain. Jika ada yang terluka, prakarsa yang pragmatik akan diambil bagi memulihkan kembali keadaan. Inilah manisnya PL2A.

Pengkongsian akal dan cetusan minda sering dijadikan fitrah di dalam persahabatan. Tiada istilah 'kau hal kau dan aku hal aku'. Yang berat sama dipukul dan yg ringan dijinjing sama. Keakraban yg terjalin tidak pernah disalah gunakan. Nasihat dan tauladan sering diperdengarkan demi melahirkan insan yg terpuji akhlaknya.

Kadang kala pergaduhan berlaku juga kerana inilah asam garam di dalam persahabatan. Tapi tak perlulah pergaduhan itu dibiarkan berpanjangan kerana kasih-sayang dan persahabatan yg telah terbina tidak patut dinoktahkan begitu sahaja. Sebagai manusia, kekhilafan tetap terjadi dan aku sebagai hambanya hanya mampu memohon maaf dan memaafkan sebagai seorang manusia demi menjaga HABLUL MINNAS.

Di kesempatan ini, aku ingin memohon maaf sekiranya terlajak kata, mengguris mana-mana hati dengan kata dan bicara aku selama ini. Yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah dati kelemahan aku sendiri.

So far, aku dah ada banyak kenangan manis dan kenangan pahit kat sini. Tak perlu nak diceritakan dan biarlah menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan kerana disinilah MEMORI TERCIPTA.

4 comments:

Mar said...

:')

Mar Zamani likes this. *thumbs up*

sayang each and everyone of you byk sgt sgt! selamat hari raya! :D

Muhammad Nazrul said...

aku pon suka post aku yg nie..hehee~

selamat hari raya gak..

duffluv said...

syg kau byk laut! :)

young-mind lifestyle! said...

x aci ni.. 10 hari je bkak pose kat kampus.haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails