Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Wednesday, September 16, 2009

Tahajjud Cinta by Datuk Hajjah Siti Nurhaliza


Ni lah album artis pop pertama yang aku 'ter'beli kat kedai CD masa shopping raya tadi. Sebenarnya aku dah lama aim nak beli album nie selepas aku terbaca kat paper yg DCT nak wat album kerohanian. So, tyme g shopping petang tadi aku amik gak kesempatan belek2 CD kat kedai CD yang aku tak tau nama ape entah. Sorry lah tauke, i tak tau nama kedai u sbb nama kedai u tak brape nak glamer. Next tyme u letak nama yg glamer2 skt cam kedai CD Anak ku ker ape ker..hahaha. Belek punya belek last2 aku jumpa gak CD nie kat betoi2 depan pintu kedai. Cam ner lah aku leyh tak nampak? I pakai spek OK!

Mula2 aku cam segan2 nak beli sebab ada mak cik sorang tue asyik pandang2 aku jer. Malu aku dibuatnya. -_-". Manelah tau nanti dia kutuk aku dlm hati. Eh, budak nie nak beli album Siti? Orang sekarang layan Indie band lah. haha.. atau pon mak cik tue pelik tgk aku. Emm.. aku rasa hari ni aku tak pakai ape2 pelik. Ok, aku mengaku aku pakai t-shirt Malinja yang terchentaa tp what's the problem? Eh, asal ttiba over plak nie. Entah2 aku yg prasan kot.haha.. Mak cik tue sebenarnya tak pandang aku pon tp dia pandang CD2 yg tersusun rapi kat rak2. Rapi lah sangat. Hah, lupakan mak cik tue. Then aku tunggu mak cik tue blah dulu. Tunggu punya pasal aku pon wat2 lah tgk CD cite karton even kat otak aku bukan nak fokus sangat kat CD karton tu tp dok pikir bila lah mak cik tue nak blah. Takkan dia tunggu aku? Pelik2.

Tak lama lepas tue mak cik tue pon blah. hah lega. Lepas tue aku cepat2 amik album CT tue trus bawak g bayar. Macam aku tolong belikan tuala wanita untuk kakak aku beberapa tahun yg lepas la plak.hahaha..

Sampai je rumah aku terus dengaq album CT nie. Pergghh.. Lagu kat trak pertama dah buat aku ter'stuck' seketika. So, dengan excited nya aku nak review la serba sedikit sal album nie.

Cover album
Sebenarnya aku dah predict awal2 lagi cover album mesti macam yg nie. Berdiri di tgh2 padang, pastu menadah tangan di bawah langit yg terbentang luas. Cantik! tapi macam dah streotype. Album2 kerohanian mesti akan ada scene tadah2 tangan. Kalau tak caya cuba tgk cover album Opick. Aku rasa gambar CT pegang buku bawah pokok kat lirik Pintu Rindu lagi cantik dan menarik kalau dijadikan cover album. Letak gambar aku lagi tambah menarik.hehee~

Asma Ul Husna
Inilah the main reason why aku beli album Tahajjud Cinta nie. Bila dengar lagu ni, aku macam nak jer pasang lagu kuat2, tiap2 hari kat kolej nanti. Sangat syahdu dan sayu. Aku tak mau komen sal vokal CT sbb aku tertarik utk beli album nie pon bukan sebab vokal CT sedap ke ape. Janji lagu2 bagus2 dan mempu mendidik jiwa. Eh2, Adi Akmal pon terlibat gak dlm album nie, aku ingat bro Salleh jer. Aku rasa lagu Asma Ul Husna lah yg paling best dlm album nie. Alfun mabruk kepada Erma Fatima coz hasilkan melodi yang sangat2 menarik.

Pintu Rindu
Mmg pure nasyid lah lagu nie tp aku rasa suara CT takdelah ke'nasyid'tan sangat. Suaranya more to traditional pop sound lah. Lirik yang sungguh menarik dan cam syahdu jer.

Tahajjud Cinta
Mula2 aku ingat lagu ni ala2 cam lagu Ayat-ayat Cinta, Syahadat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih tp lagu nie bukan sal cinta suci manusia tp cinta pada illahi. *two thumbs up* Melodi dia menarik untuk didengari.

Batasku Asaku
lagu nie Ct yang compose. Tak sangka berbakat jugak CT nie. Lagu nie aku dah lama dengar. Rasanya dah berbulan2. Memang sedap. Mesra pendengar gak lah.

Ku Percaya Ada Cinta
Mula2 masa aku tau yg lagu ni Audi Mok yang buat, aku dah start skeptikal. How can this Chinese guy can involve in this Islamic-base album. Tapi bila tgk penulis lirik nya, Habsah Hassan. Ok, anda dimaafkan. Agak menarik. Penuh dengan kelainan. Nak kata lagu nasyid pon tak gak. Pop Islamik kot. Layak ker? Ape2 pon layan lah.

Ya Rasulullah
Aku suka lagu nie. Cam nak nangis jer dengar. Sedeh jer. Suara CT lak seolah2 cam merintih. Lagi lah sedih.

Ketika Cinta
Lagu nie aku dah dengar beberapa bulan yang lalu. Aku suka lagu nie. Version asal by Opick tp bila CT nyanyi ade skit lah perbezaannya. Rasanya aku lebih suka version Opick kot. Maaf lah.

Selawat
Jom berselawat bersama2. Aku takde komen sangat untuk lagu nie sbb lagu nie mmg dah perfect pon eventhough sape2 penyanyinya.

Overall aku suka lagu Asma Ul Husna, Ya Rasulullah, Selawat dan Tahajjud Cinta.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails