Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Monday, December 13, 2010

Aku ni bila dah rasa serabut, mula la nk tukar itu ini, sama jugak dengan blog ke facebook ke. Bila dah serabut sangat, terus aku buat baru. So, aku dah ada blog yang baru. Semua ni gara-gara blogger yang dah takkasi aku tukar font dan mengucar-kacir kat setting blog yang nie. So, jemput ke sana. Blog yang ni esok, lusa aku delete la.

Monday, November 15, 2010

Current Relationship

Muhammad Nazrul is in relationship with ALL HIS NOTES AND BOOKS and it is complicated.

Note : Don't try to steal 'em from me.

Thursday, November 4, 2010

Sweet November

When I was having my breakfast tadi tibe2 teringat nak post something kat my blog. Eventhough I have nothing to share with but saje jer nak kongsi cerita my life kat UUM since this my first semester pon dah nak tamat. Sekarang nie tgh mood study week. Study? Oh no. Banyak lagi mende lain yang aku dah buat rather than get ready for next and next paper. One of them, accompanied my mother went shopping for my brother's wedding. Sakan nooh. Eventhough this is the second time in our family having this wedding ceremony tp kemeriahannya tetap ada. Mungkin kali ni anak lelaki yang pertama, nak sambut menantu pilihan la konon-kononnye. Haha.

Oh my, dah lari topik nampaknye. dari nak cerita pasal life kat UUM, termasuk story pasal wedding. Ok, stop right here. Story pasal wedding nanti I post on my special entry ok. Sekali dengan hantaran aku kasi. haha!. Emm, back to topic pasal life kat UUM sepanjang satu semester nie. Banyak jugak nak aku cerita. Lagi2 pasal budak2 yg aku takbrape suka. Bukan nak mengumpat but I wanna make it as a lesson for me.

The story begin pasal my super close friend kat sini. Maybe for guys yang slalu nampak aku kat UUM will know who actually I'm talkin' about. Aku takramai kawan sini sebab aku masuk lambat. Masing-masing dah pakat buat puak sendiri and I cannot even try to join them. Bukan taknak tp biarlah diorang, lagipon aku lebih suka sendiri-sendiri. Dialah kawan tempat aku mencurah kan segala mcam benda and sometimes tempat aku bergosip jugak..haha. Dia ni lah yang akan dapat tempat duduk VVIP kalau aku kawen nanti. Tapi kesian kat dia kalau weekend menjelma coz aku slalu balik dan tinggallah dia bersama monyet-monyet di Bukit Kachi tu. Sorry lah Ikhwan, rumahku syurgaku. hehehehehe~

Taklupa kawan melahar, bergosip dan ape2 aje lah, Nurul Hidayah Zainal. Eventhough aku jarang jumpe dia sebab kitorg berlainan residential hall but aku still sayangkan dia as my friend who first bring me to STID class and sometimes she quite concerns tentang kesihatan aku. Thanks a lot ye Nurul. Whatever happen, u are still best friend here and forever keyh.

Then my new friends yang makin hari makin rapat sampatkan makan pon asyik same2. Haha!. Aimi, Leena, Ti, Que, Jackie and few names lagi yang aku taklarat nak taip. I will never forget them coz diorg nie yg accept aku as their friend walaupun ade sesetengah yang kutuk aku mcm aku bodoh-bodoh sangat sebab masuk sini lambat, lagi lambat dari budak second intake tapi diorg baik betul dengan aku and sometimes help me dalam pelajaran gak. Sape2 rase yg berkenan dgn budak2 nie boleh la aku tolong rekemen kan sementara stok masih ade.

Sesi induction dah habis, ulasan subjek2 sem nie that I feel quite tough la pulak. Macam Contract Law 1 tue, aku minat subjek nie sebab related dengan what happen in our sekeliling, tp nak hafal case tue yg little bit mencabar sebab macam2 name ade. Moral of the story: don't create so many cases. Backlog cases pon dah berlambak weyh.

Malaysian Legal system nie for me takde lah susah tahap supreme tue tp yg menyebabkan subjek nie agak payah sebab for every point there need cases. Macam sources of law tue, klu mase asasi dulu just discuss the sources and put few examples tp masa degree ni kena ade case support every source yg kita bagi. Susah la jugak. Pasal jurisdiction of courts nie aku takrase susah sangat tp ade lah certain part yg aku masih lagi nak paham mcm waktu2 privy council tue. Kalau setakat discuss the jurisdiction of superior courts during the present time tue boleh lagi la aku goreng. Hah, native law pon macam susah sebab nak kena ingat case2 yang pelik. Apa2 pon harap2 soalan final nanti taksusah. Ameen~

Islamic law nie bila study rase agak senang but when it comes to tutorial question, susah jugak. Menangis nak jawab kalau macam mid sem test hari tue. Aku nie jenis hafal bulat2 ikut buku dan kalau change a few words aku dah menggelabah. Pada aku, Islamic law nie should improvise la dia punya silibus. Make it rationale to law students. Yang pasal sources of Islamic law tue can compile as one topic and other topics can discuss about islamic legal system, appointing Syarie judges and qualification of syarie lawyer, application of Islamic law in malaysia, introduction to mal, islamic criminal proceeding, and something yang boleh digunapakai oleh law students yg berminat nak jadi syarie lawyer macam aku.

Subjek teras universiti macam Titas ngan aplikasi komputer tue boleh la tahan. Best jugak. Tp paling best lecture titas yang just belajar 30 minit je seminggu padahal dalam schedule sepatutnya 3 jam. Hebat tak lecturer titas aku? She made such a loooong class to the shortest ever. hahaha.

Ape2 pon I can feel that aku dah mula masuk dengan suasana kat sini tapi merbok-sick still ade sampai bile2 and I can be accused as a big liar kalau aku kata aku dah lupakan all the memories in merbok. Kill me please! haha.

Merbokian, I miss you guys. Eh, shah alamrian too =)

Sunday, October 24, 2010

Final Exam akhirnya.

Nyah2 semua ape khabar? Rindu mak tak?? Rindu2x cangat kan? Muahhhh!!

Eeeeee.. geli2. Asal tetiba terkena virus pondan-nyah-nok2 nie. ******** tol la.

Hari ni kan mak nak....erkk.. Sekali lagi plak...siot!

Bismillahirrahmanirrahim,

Dah lama aku tak bukak blog nie. Kalau boleh masuk serangga, memang penuh la dengan segala mak nenek binatang. Jin dan hantu pon mungkin tumpang sama duduk di sini. Amacam, hyperbola tak ayat nie? (lega, masih jantan aku nie)

Diam tak diam, eh dah nak final dah. Rasa macam baru semalam je aku masuk UUM nie. Study pon tunggang langgang lagi, tup2 esok lusa dah masuk dewan exam jawab ikut suka hati. Memang dasat genius. Kalau genius betul tak ape kan, kan kan?.

Bosan ah ngomel2 nie. Nampak sangat aku rakus nak update blog tp taktau nak tulis ape kan. Mengarut je lah k. Lagi pon aku memang tengah bosan. Pandang kiri kanan nampak buku jer. Eh, aku kat bilik ye bukan dekat library. So, bayang kan lah kalau bilik penuh dengan buku2. hebat tak, hebat tak? haha

Bercakap pasal nak final nie, aku bosan ah dengan diorg2 tue yang asyik kate "Omegod, aku tak study ag nie" padahal mata dah macam panda, study bagai nak gila. Hello, ngaku jer yang korg dah study. Aku tak sedut pon ilmu-ilmu korang tue. Cam aku senang, bila orang tanye dah study blum, aku jawab je, dah genius..buat ape nak study. hahahaha! Class tak jawapan aku? haha

Okey lah, awek tengah tunggu. Study! study! study!

wassalam.

Thursday, September 16, 2010

Happy Eid Mubarak and Happy Malaysia Day!

Walaupun dah masuk 7 Syawal tetapi harap2 masih tidak lambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin kepada semua muslimin dan muslimat.

Taklupa jugak untuk mengucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA kepada semua rakyat malaysia. Jadikan perpaduan teras kehidupan kita semua.

Kepada rakan-rakan sekuliah, jumpa di Universiti Utara Malaysia nanti. Semoga kita semua sudah bersedia untuk mid term test Islamic Law dan Computer Application in Management.

Friday, August 27, 2010

Impian

Saye nie bukan budak pandai dan bijak macam diorang2 semua tue,
tapi boleh tak saya ade cita-cita dan impian macam diorang?

Tuesday, August 24, 2010

Universiti Utara Malaysia

Dah almost sebulan aku kat UUM nie tapi aku xpenah cerita life aku kat sini kan. Tapi ade ke yang nak kesah kan life aku kan sini? Takpelah, ingat aku kesah ke kau nak kesah ke tidak. *pening.

Kat sini aku stay Dewan Penginapan Pelajar (DPP) SME Bank kat Bukit Kachi. DPP nie agak jauh dari main campus UUM. Kalau nak g kelas memang kena naik bas ulangalik hari2. Kalau dulu2 masa kat Shah Alam, aku selalu kutuk dak2 pompuan yang terpaksa naek bas dr kolej mawar ke cempaka. Tapi sekarang nie aku pulak yang kena naik bas. Ye la, masa kat uitm dulu kolej perindu ngan cempaka dekat je. Jalan kaki kejap dah sampai. Tapi sekarang.. Huh!. What comes around, goes around. Serve ur right!haha..

Kelas tiap2 hari kol 8 except ahad dan rabu. Pulak tue ade aku 3 hari yang kelas habis pukul 7 lebih. Dah la nak kena kejar bas balik DPP plak. haishh.. Bas bukan kerap sangat macam rapidKL kat UiTM Shah Alam tue. *eh, aku xrindu Shah Alam pon okeyh.

Sini best sebab students are provided by note for every subject. Takde nye nak susah2 cari senior buat muka kesian-sebab-kau-junior nak mintak notes diorg. Bukak jer learning zone then download je notes tue. Senang kan?

Lecturer for every subject twice a week. Tutorial plak fortnightly. Means that, kalau minggu nie ade tutor, minggu depan takde dan seterusnya. Best kan, best kan? Tak payah nak pegi tutor tiap2 minggu. Kau boleh tidor jer kat bilik layan facebook.

Dan yang paling utama adalah AKU BOLEH BALIK TIAP-TIAP MINGGU tanpa risau takcukup duit nak tambang bas ke ape ke sebab ade orang yang akan datang ambik. Tak payah nak tahan2 bas, duduk berjam-jam lamanya atas bas sampai tertidor abis air liur basi terkeluar semua. Kat sini nak balik umah, tak sempat nak panas b***** dah sampai umah. Itu yang saya suka!!

p/s : Esok aku ade mid term test untuk subjek MLS (can be referred as Malaysian legal System or MaLaS as well, haha) tapi notes satu pon tak bukak ag. Baget dah jadi genius bila dapat je question paper dah dapat agak skema jawapan terus. hahaha!! Good Luck lah Nazrul ;)

Thursday, August 19, 2010

Everything is going fast

Dalam sedar tak sedar, dah masuk hari yang kesembilan umat Islam seluruh alam semesta nie menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan tak lama lagi dah nak eidulfitri. Rasanya macam baru semalam baru sampai 1st day ramadhan. Cepat benar masa nie berlalu. Cepat jugak lah usia kita bertambah ye. Amal ibadat macam mana? fikir-fikirlah sendiri.

Minggu nie macam sibuk jah. Macam2 benda nak kena settle. Assignment lah, mid sem test lah. Semuanye nak kena buat within the close time. Asignment jangan cakaplah. Satu ape pon tak siap lagi. Asyik2 nak releks je sampai tunggu duedate yg makin mendekat. Baru dapat ilham katanya.

Bulan puasa nie harapnye semua benda nk puasa tp kadang2 terlepas lah jugak mulut nie. Orang buat ketupat bila nak raya, tp kita buat ketupat awal2 ramadhan ag. hahaha. Nampak sangat nak raya cepat kan..

Esok aku ingat nak balik rumah tp taktahu lagi lah macam mane sebab aku taktahu nak balik naik apa. Naik bas mmg nampak cam mudah tp kau kena berebut2 macam anak ayam nak dapat makanan. Pulak tue, kalau kurang bernasib baik kena berdiri dari Sintok sampai lah Shahab Perdana. Mau patah kaki aku cam tue.

Ok lah, aku ade kelas japg. Selamat Berpuasa! Bye~

Sunday, August 15, 2010

Sabarlah Sayang

Aku tak suka
Aku tak minat
Aku tak tahan
Huh, tak menarik langsung..
tapi..
sabarlah sayang..

4 tahun je lagi.. sabar k?

Saturday, July 31, 2010

From The Best To The ??

Akhirnya aku kini bergelar mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Sebuah universiti yang menjadi kebanggaan Malaysia amnya, dan rakyat Kedah khususnya. Walaupun keputusan yang aku amik adalah secara mengejut tetapi aku tetap bersyukur kerana aku pasti, inilah keputusan yang tepat. Jiwa aku tiada di tempat lain.

Everyone keep asking me this question "why do u leave the best law school in Malaysia and come to UUM?"

What should I answer?

Ya, aku tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kasi di UUM. Sebagai pelajar? oh, jauh sekali.

Memang agak payah untuk aku menjawab soalan-soalan yang macam tue. Bukan aku senang-senang buat keputusan ini. Aku takde masa langsung untuk membuat pilihan. Aku terpaksa membuat keputusan dengan sangat pantas. Kelewatan yang hanya seketika akan membuatkan hidup aku menderita bertahun lamanya.

Di sini, aku takjugak merasakan kegembiraan seperti orang lain tapi satu yang buat aku bahagia, aku ada keluarga yang dekat dengan aku. So that, aku langsung takkesah kalau takde kawan pon di sini.

To end this post, I got note for my friends.

Dear my beloved friends,
I'm soooo sorry coz I quit from UiTM without telling you.
I have no time to tell since I have to rush to go here and there to settle everything.
I know some of u might angry with me coz I don't tell the truth.
I got the reasons of what I have done.
I promise I will not forget uolls.
My body us is here but my soul is still with you.
Lets us praying each other for our happiness, blessing and successful.

Wednesday, July 7, 2010

T.A.G

nama diberi :
MUHAMMAD NAZRUL BIN ABD RANI

tarikh lahir :
4th APRIL 1990

tinggal di :
JENIANG, KEDAH

pernah bersekolah di :
BANYAK SANGAT ;P

persatuan yang pernah disertai:
PERSATUAN MAMAT HENSEM

hobi :
FACEBOOKING, BLOGGING, EATING, SLEEPING..

minat :
HELIZA AF4 DAN JESSICA ALBA..hahaha!!

cita-cita :
PAK ANDAM ;p

sangat suka subjek :
LAW OF CONTACT 1

kegemaran dan tak gemar:
TAKMO JAWAB SEBAB MACAM SOKLAN DAK PRASEKOLAH

tengok suka duka:
JADAHNYA SOKLAN NIE?

souvenir tuk anda :
GITA KASI BAJU MERAH LENGAN PANJANG

suka :
BODOH LAH SOKLAN NIE

aku sukakan suasana yg :
DAMAI MACAM DALAM MASJID..kih3


time2 kecik2 dlu,aku slaloo :
BERGADUH DGN BUDAK2 KAMPUNG


tak suke / tak gemar :
LIFE DI UITM SHAH ALAM [NK BALIK MERBOK]

tentang keluarga pulak:

nama abah : ABD RANI BIN HARUN
nama mak : ZAINAB BT ARIFFIN

ada duit ja:
GUNAKAN SBB KLU SIMPAN NANTI ORG KATA KUFUR NIKMAT.


aku pernah...
TERINGIN NAK JADI ANAK RAJA..[omegod!!].

aku keturunan?
BANGSAWAN, DERMAWAN, HARTAWAN BUT NOT YET JUTAWAN.

impian untuk masa depan:
NAK BALIK KAMPUNG.
TUKAR COURSE PENDIDIKAN INSTEAD OF LAW YANG TGH AKU BELAJAR NIE.

nah, ak nk korg buat lak. ok?
SAPE2 JE LAH YANG NAK BUAT.

Tuesday, July 6, 2010

Menanti talak satu

Aku dah start sesi pengajian kat UiTM Shah Alam. Sem nie aku amik kelas arab weyh. terror tak?haha. Kokurikulum lak nak amik kesatria. Taksabar nak kawad nie..hahahahahahhahaha

First class aku ok lah. Takde lah bosan sangat sbb lecturer pon best gak. CTU551 - Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Sebenarnya aku nie xminat sangat sejarah2 nie tp dah sebab nie je subjek dalam bahasa melayu yang ada untuk sem nie, so aku target dapat A kot subjek nie.

Second class sangat disaster. Sumpah!. Takpernah lagi masa kat merbok, hatta kat sekolah aku kena attack dengan mana2 lecturer dalam kuliah yang ade ramai student. Aku rasa takbest bila jadi macam tue. Mungkin nak melawak tp aku rasa cam tak kena ar. Bukan aku sorang je kena, ade 2-3 orang lagi pon kena. Kesian weyh. Dah la lecturer tue garang, sarcastic plak. Takut plak aku time tutor nanti. Dah la aku takminat + takpandai subjek law nie. Kompem ar lepas nie asyik kena jer.

Aku taksabar nak tanggu minggu depan. Nak pastikan sama ada talak akan dijatuhkan atau tidak. Perhubungan tanpa rela dan redha biasanya tak ke mana. Aku harap, Allah maha berkuasa dan adil mampu memberikan yang terbaik untuk setiap hambanya,

Saturday, July 3, 2010

Shah Alam is welcoming you. Hah??!!!

Hari ni dah masuk dua hari aku berada di perantauan. Agaknya apalah yang ibubapa aku buat di rumah ya? sudah makan ke belum mereka? cececece... pura-pura concern, macam orang lain tak tahu.hahaha.

Dah dua hari ada kat Shah Alam, maknanya dah dua hari aku bergelar mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang UiTM. Oh, sungguh tidak seronok. Tapi yang paling best, setakat nie aku belum lagi homesick walaupun ni kali pertama aku belajar jauh, jauh dari rumah. Oh, bangga!

Petang tadi ada program pemantapan mahasiswa dan taklimat bersama dekan, timb. dekan. Ok, dah jumpa semua budak2 asasi dr Shah Alam. Macam2 jenis dan fesyen pon ada. Takpe, kita satu batch, satu fakulti, satu kampus dan satu Malaysia (eh, tibe2 lak). Aku takkesah la sangat. Lagi pon kitorg nie yg agak tua berbanding diorang. So, kena jadi lebih mature la dari diorg. Tunjuk sikit teladan dan nama baik bekas2 prelawrian UiTM Kedah.

Tapi lifestyle kat sini je aku takbape nak suka. Aku prefer kat Kedah ag sebab aku boleh selalu balik rumah.hahahahah. Kat sini jarang2 je boleh balik tp kesah lak aku. Kalau nak balik, aku beli je tiket dan balik. Xde sape nak larang plak.

Nampaknye aku dah cam xde ape2 nak tulis. Hah pengumuman sikit, permohonan biasiswa JPA sudah dibuka mulai 3 Julai sehingga 16 Julai 2010. Apply jangan tak apply. Sekurang-kurangnye kalau dapat JPA, seminggu sekali boleh makan Secret Recipe. Oh, lapar sangat nie.

Monday, June 28, 2010

It should be your name infront of mine

"Love will comes in many ways and you could not stop it
once it close to your heart.
"

Whoot!! whoot!!

It just a nice introduction *i guess hahaha. I don't know if I had a western breakfast this morning. A pancake with a cup of coffee. So, it suddenly makes me feel like orang putih.

Ok, cakap melayu lagi best.

Aku ditinggalkan keseorangan di rumah dan hanya bertemankan selesema dan batok, oh damn. Bosan doe. Time nak masuk blajar balik lah, baru selesema dan batuk nie nak datang. Hey, please get away from me now!

Tapi bila aku mengeluh bodohnya selesema dan batuk nie, mak aku sound. "Sakit nie tuhan bagi sebagai penghapus dosa. Apalah bodoh sangat anak aku nie". Eh tak, mak aku xkata bodoh pon. Aku saja reka2 kasi thrill sikit. hahahaha

Mesti korg tertanya2, ape kaitannya tajuk post ngan cite bodoh2 nie kan, kan kan?? Eh, suka hati lah aku nak cerita ape pon. Blog lu atau blog gua? Erkk...

Ok lah, mak aku panggil lipat baju. Choww!

Tuesday, June 22, 2010

Barakallah - Maher Zain

We're here on this Special Day
Our hearts are full Of pleasure
A day that brings the two of you
Close Together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(2X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir

(chorus)

From now you'll share all your joys
Through hardships,support each other
Together worshiping Allah
Seeking His Pleasure
We pray that He will feed your life
With Happiness and Blessings
And grant your Kids
who make your home filled with laughter
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(2X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir

(Chorus)

(4X)
Barakallah

(2X)
Barakallahu lakuumwalanaa

Allah bariklawhuma
Allah Hadhum hubbahuma
Allah Solli wasallim a'la rasulillah
Allah tub'alaina
Allah irdha anna
Allah ihdhi khuthoona a'la sunnat nabiina
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(4X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir

Lagu ni dah banyak kali aku try download tapi akhirnya berjaya jugak. Gigih sangat kan aku. haha. Nak buat macam mana, dah suka tu suka la jugak.

Checklist

Lagi 10 hari nak daftar kat UiTM Shah Alam. Semalam aku call Bahagian Pengambilan Pelajar, tanye diorang sama ada former pre law students still kena buat MC ker and then dia kata xasasian yang masuk degree will be treated as a new student. So, everything should be new lah. Cumenye we are exempted from joining the orientation week.

Ok, buat medical check up dah satu hal. Kalau kat government hospitals memang murah tapi kena buat temu janji dulu la pulak. Nak buat kat private clinics memang lah cepat tapi mahal bebenor + UiTM cakap macam nie "Buat je lah medical check up tue. Kalau nanti diorg nak, dah ade, kalau diorg tak nak, simpan je lah..." Simpan je lah kan. Senang je cakap. Habis tue, kira burn je lah duit yg buat medical check up tue. Kikis duit mak bapak kau baru tahu.

Other stuffs memang tak well prepared lagi. Nak tunggu last minute baru nak kemas kan semua. Nak beli baru macam xpayah je sebab barang2 masa asasi dulu still can be used dan kalau polish2 balik, nampak cam baru jugak. Tapi kalau ade yang nak kasi baru2, cantik2, bau kedai punye boleh jugak..

Bab nak hantar-menghantar nie pon satu hal. Mak aku kata pegi naik bas je la sebab kereta in service lagi. Aku no hal tapi nanti kena cari cab yang murah2 lah sbb nak kena hantar g UIC lagi, kolej lagi, shopping lagi [hahahaha]. Abang aku offer nak hantar ngan keta dia, ok tapi mesti kena singgah Bangi dulu. Tak kesah lah, nanti leyh calling2 Dafi pegi skali sbb abang aku xarif sangat jalan Bangi - Shah Alam.

Emm, tue je lah checklist aku. Medical check up, barang2. Jumpa korang nanti kat Shah Alam ye kawan2. Daa~

Saturday, June 19, 2010

Finally, keluar jugak tawaran degree.

MUHAMMAD NAZRUL BIN ABD RANI
F-193 KAMPUNG BATU 34
JALAN BUKIT SELAMBAU
08700, JENIANG
KEDAH
No Pelajar: 2010******
No Kad Pengenalan: 9***********
Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM:

Program: (LW213) Sepenuh Masa
SARJANA MUDA PENGAJIAN UNDANG-UNDANG (KEPUJIAN)
FAKULTI UNDANG-UNDANG
Kampus: B - UiTM Shah Alam Semester: JULAI 2010

Sila datang mendaftar di tempat yang ditetapkan.

Tempat: BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR, BANGUNAN UiTM INTERNATIONAL CENTRE (UIC),
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, 40450 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh: 2/7/2010 Masa: 8:30AM - 4:00PM


Alhamdulillah, dah lame sangat tunggu tawaran ni last2 kuar jugak. Syukur lah.

Tapi aku belum lagi lah decide nak accept atau reject the offer sebab aku belum ready nak belajar undang-undang dan masih berharap nak amik TESL [serius weyh!]

Haishh, buat apa sakit kepala nak pikir2. Baik kawen je lah. Senang cerita.

Friday, June 18, 2010

Perempuan Sekarang Semakin Cantik

Ye, memang perempuan sekarang semakin cantik.

Kalau kita pergi ke mana-mana shopping complex, kenduri kahwin atau pon ke kelas (Institusi Pengajian Tinggi), memang dapat lihat perempuan yang cantik-cantik ini.

Kalau dahulu, anak-anak perempuan sangat takut untuk tunjukkan wajah sampaikan nak jalan pun tunduk je. Tapi sekarang, bukan main berani lagi mendabik dada time berjalan konon2nya nak tunjukkan wajah yang cantik. Itu pon lepas repair mane yang patut lah..hehee. Kalau pegi dekat2 dan cube scan wajah diorg, berlapis2 make up dipakai. Tak cukup lipstik, bedak alas, maskara, eye shadow, bedak2 yg kasi pipi jadi kaler merah macam badut pon diorg pakai. Mananye tak cantik kan?

Itu bab make up, belum lagi bab berpakaian. Bagi yang freehair tue, no comment lah. Jawab sendiri bila malaikat tanye kat kubur ye. Trend skrang ni dah jadi fesyen Yuna. Semua nya Oh bulan. Eh, korang pernah dengar tak kisah org puja bulan nak cantik, mesti diorg amik ilham dari lagu Yuna nie kan?hahah. OFF TOPIC!!!

Sekarang nie, banyak nye perempuan kalau kuar pakai selendang je. Gamak takde duit kot nak beli tudung bawal atau tudung yg besar sikit. Pastu pakai selendang, sanggul2 tinggi kat belakang lak. Macam bonggol unta pon ade. Eh, diorg tak tahu ker yang sanggul tinggi macam bonggol unta tue xboleh dalam Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w: Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini –hadith riwayat Muslim.

Kalau dah nak cantik2 ni, haram halal letak je ketepi. Agak2 nanti kalau dalam kubur pun, masih cantik macam tu kah?

Tapi tak semua perempuan-perempuan yang cantik-cantik macam aku katakan tu. Masih lagi yang jaga batas-batas dalam berhias. Ye, berhias takdelah salah tapi kalau sampai over tue. Takyah lah ye.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails