Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Tuesday, March 30, 2010

Cuti-Cuti Malaysia ; Langkawi

Plan nak pegi holiday ke Langkawi akhirnya termakbul jugak. Walaupun kitorang pergi berempat (plus gita yg dah tunggu kat sana), tp rasa best cam ramai yang pergi. Maklumlah yang pegi semuanya bagai mulut2 mak temah, mak senah dan mak leha.haha. Mula2 yang buat masterplan nak pegi Langkawi sebenarnya si Amera anak perempuan Razali tue. Tapi last2 dia lak yang takleyh pagi. So, aku yg dah excited nak pegi ni ajak r Pipe, Dee ngan Ari. Kesah ape korg free ke tak, mesti ikut aku gak..haha

Lepas je final, masing2 dah prepare nak pgi Langkawi. Budget nak stay kat hotel 3 stars la, 4 starts la tp alih2 motel jugak yg kitorg duduk. Yang klakar nya mase tgh final lagi sibuk dok cari2 hotel2 yg best2 macam Grand Continental, Bayview and so on lah. Ya ampun, kau tau satu malam je dah RM140.00 ++.. Kau ingat mak aku Duta Malaysia kat England?

So, tak mau cakap banyak meh aku share segala benda aktiviti kitorg selama 4 hari 3 malam di Langkawi.

Hari Pertama

Mula2 kitorg plan nak gerak dr UiTM kol 8.00 pg tp gara2 aku lom buat clearance bilik, so kitorg extend pukul 9.00. Naik teksi pak cik mane entah kena lah RM50 dari merbok ke Kuala Kedah. tak kesah lah, bahagi sama rata. Atas teksi masing2 excited badget dah macam sampai ke Langkawi. Sampai je kat Kuala Kedah, terus pg beli tekit feri. Harga tiket feri dari Kuala Kedah - Langkawi RM23.00 sorg. Ok lah, takde mahal sangat. Kalau dari Kuala Perlis - Langkawi harga tiket RM18.00. Alah, beza RM5 je pon. Dalam feri tue memang bosan lah tp nasib baik diorg pasang cite Jin Notti, ade gak benda nak tgk. Dah la budak kecik kat belakang tue asyik nak merengek ja. Bising betoi. Pulak tue asyik2 tendang sit kitorg. Klu diikutkan hati, memang aku nak campak je budak ke dalam laut tp sabar je nazrul.

Finally, after 1 jam lebih dalam feri, kitorg sampai jugak ke Langkawi. Weh, first time weh. Sape je tak excited. Rasa cam nak buat rumah banglo tengah2 laut mengadap dataran helang tue je. Biar semua org nampak rumah aku then masing2 teruja dan kagum "Wah, best nye rumah tue.."haha. Sampai2 je agenda pertama kitorg adalah MAKAN. So, kitorg gerak ke KFC yg ade kt Jetty point tue. Bile lagi nak makan kat KFC yang takde tax. Selalunya tgk kat menu harga nampak murah tp sekali byar, hambik kau..segala mak nenek tax nak ade. Memang manipulative tol. Ok, aku xnak cite sal makan kt KFC. Menyakitkan hati je.huhu. Lepas makan, kitorg gerak ke motel tempat kitorg nak tidor. Actually, motel tue milik bapak kawan kepada kawan aku, Gita. Dapat la discount sikit. Name motel tue D'sa motel. Satu malam kitorg dapat harga rm60 dan harga asalnye rm90.
Lepas check in hotel, kitorg lepak kejap dalam bilik. Ade yang on9 internet dan ade gak yg tgk tv. Lepas tue..semua terus tiidor..haha. Penat sangat tue senah oii.

Lepas masing2 terbongkang tidor, kitorg g jalan ke pekan kuah. Jalan kaki je weh. Pekan kuah dengan motel tempat kita tidor tue xdelah jauh sangat cume jalan
lame2 skit mmg letih la jugak.

ni mase kitorg jalan kaki ke kuah.

Kitorg pusing2 pekan kuah sampai ke malam. Solat pon buat jamak lah. Kitorg pusing2 pegi Haji Ismail Group, Langkawi Parade sampai ke Hotel Grand Continental. Bajet2 nk
tanye quotation bilik. Pipe yang paling excited sbb hotel tue ade kolam mandi. Nak berenang2 la konon2nye. Nak mandi kolam, baik pg umah gita..umah dia pon ade kolam.haha

Hari kedua

Hari ni kitorg plan nak pg naik kereta kabel ngan Gita. So, kitorg gtau la nak greak dalam pukul 9 alih2 gita dah sampai kat motel tue pukul 8 lebih ag. Awal gile budak nie. Sembang2 kejap, mak cik yang bg sewa kete tue pon call. Kete dah sampai. Kitorg amik kete persona untuk satu hari setengah. Kena r bayar rm100. Driver? sape lagi, pipe lah sbb dia sorg je yg ade lesen. Eh, ari ade gak tp dia xpandai sangat. Aku nak bawak bolh tp lesen tak dapat ag. So, kitorg pon mula kan perjalanan ronda2 satu Langkawi starts ngan pegi kereta kebal. sampai je kat sana masing2 kecewa sebab kereta kebal takleh naik ,under maintainance. Eh, aku xkecewa sbb mmg aku xnak naik.hahaha. lepas tue, Gita bawak kitorg tgk kapal2 kat telaga habour. Posing2 amik gambar dulu then kitorg nek ke petrosains. Best la jugak.

ni la kat telaga harbour.

Then, Gita bawak kitorg pg mandi-manda kat Lubuk semilang tp aku xmandi pon, just pipe, ari ngan dee je yang mandi. Aku malas nak salin2 baju sbb ptg nie pon nak mandi laut ag.


Bile dah pukul 2.30 ptg, kitorg gerak nak ke umah cik Gita. Besar dowh umah dia. Mmg istana tuan puteri lah.haha. Mak dia jamu kitorg makan laksa penang. Not bad. Aku pon cuba lah skit. Dee ngan Ari memang makan sampai tak ingat dunia lah.hahaha. Ayah Gita mmg peramah. Fuuh, bab politik semua on his finger tip. Aku pon xtau nak sampuk ape. Diam je lah.

Lepas solat dan rehat2 kt umah gita, kitorg terus ke Pantai Pasir Hitam. Nak tgk macam mane lah pasir tue leyh hitam. Pipe sempat amik pasir sikit tuk bawak balik umah. Seterusnya kitorg gerak ke Kompleks Kraf Langkawi. Tgk cam ne diorg bikik kristal. pastu tgk hasil2 kraf2 warisan melayu. Wah, Malaysia nie ade banyak jugak erk hasil2 kraf tangan. Bangga aku jadi rakyat Malaysia.

ni kat Pantai Pasir Hitam

After visiting Kompleks Kraf Tangan tue, Gita pon bawak kitorg ke Tanjung Rhu tuk mandi manda lah. Ape lagi.hahaha. Lame gak kitorg kat situ. Almost sampai pukul 7 kot. Gita pon nak solat, so kitorg cepat2 habiskan mandi-manda then gerak ke nearest masjid. Lepas gita solat, kitorg pun g makan kt kedai ape entah. Aku order chicken grill. Sedap gak cam rasa kat Hotmas pon ada gak tp gerai tue tepi jalan je. Lepas makan2 kitorg g hantar Gita balik sbb bapak dia pon dah dok risau anak dara dia keluar ngan budak laki sampai maghrib. Ampun ye pak cik. Then kitorg terus balik motel. Pipe ngan dee kuar kejap g hantar baju kat dobi sementara aku ngan ari nak mandi n tgk tv kejap.

ni kat Tanjung Rhu. Pipe tgk je.

Dalam pukul 10 lebih cam tue kitorg kuar jalan2 g dataran helang. konon2 nak amik gambar tp sampai je sane dah tutup. nk lepak pon xleh. So, pak cik sorg tue suggest kan kitorg suh g pekan rabu tue.. dia kate situ pon best tp kiotrg pg xde pape pon. baik balik bilik then tdor..

Hari ketiga

hari ketiga bermua dengan kitorg pegi sarapan kat umah gita. makan nasi lemak mak dia buat mmg sedap. aku yg xmakan pagi2 pon terasa nak makan. lepas tue kitorg pegi tgk cara memproses ikan bilik kt mane ntah. Then, kitorg pg eagle feeding. nak pg tgk helang makan pon kena sorg rm20.00 tp ok lah setakat rm20 tue berbaloi la jugak. Then, kitorg g Galeri Perdana (nak tgk hadiah tun dr mahathir pon kena rm5.00) dan jalan2 kat depan makam mahsuri. Bile masing2 dah lapar kitorg gerak ke pantai cenang. makan2 kt pantai tue. ramai gak mat saleh kat sana tp xminat nak tgk2 sangat. bukan taste aku pon..haha. lepas tue kitorg g shopping2 coklat n baju2. Then, hantar gita balik dan kete pon dah kena pulangkan. Pukul 9 mlm kitorg pon gerak ke pasar malam berdekatan.





gambar2 nie mase kitorg pegi eagle feeding, gua kelawar dan sangkar ikan.


Hari keempat

nie la sarapan aku. sedap kan?haha

Pagi2 kitorg g dataran helang then pukul 12 kitorg pon check out balik Merbok. (aku ringkaskan je lah sbb dah tak larat nak taip ag..hehe)

Sunday, March 21, 2010

Rindu

semalam saya rasa macam dah rindukan seseorang,

adakah itu awak??


Saturday, March 20, 2010

What a nuisance!

Dulu bila masih kat sem 1 dan 2, masing2 tulis blog konon2 nya bila lah nak cepat habis asasi nie. Ada yang dah menyumpah keramat lah, ade yg dah nak berenti lah, macam2 lagi propa2 yg ada. What a nuisance!

Lepas tu masing2 kata "eee, tak best nya uitm nie..", "busuk nya bau merbok yang macam *^%%$$%#$", banyak lagi lah. Kalau nak aku taip dah jadi skrip drama lak nanti. Boleh tak korang duduk diam2 sambil hirup udara merbok yg sangat fresh dengan tenang? Ok, aku pon xsanggup.

Tapi tu dulu, waktu2 masing2 tak ingat yang nanti bile dah habis 3 sem, kau takkan datang merbok lagi. Sekarang nie, masing2 dok update status kat facebook yg tak sanggup nak tinggalkan merbok macam kau dah bercinta dengan bangla2 buruh binaan kat uitm tue. Konon2 terpaksa tinggalkan yg tersayang demi mengejar impian dan cita2. Hah, macam drama melayu lak. Bila hero dan heroin bercinta, mesti ada halangan. Sorang kena pergi ke bandar konon2 demi cita2. yang heroin lak dok mengangis bergolek2 kt kampung pastu sampai bengkak bijik mata. Bila mak bapak tanya kenapa, dia jawab "takde ape2 mak." WTH! Syurga di bawah kaki ibu, nak buat cam ne.

Aku pon sayang korang dan akan ingat korang sampai bila2. Kalau jumpa tengah jalan ker, atas bas ker, atas flight ker.. Jangan segan2 nak tegur aku sbb kalau aku tak ingat korang pon, aku akan cuba jadi plastik dan pura2ingat kan korang. OK?

Thursday, March 18, 2010

Kau sombong erk?

Dah bertahun2 aku hidup, tp ade lagi yang belum kenal aku betul (baget kau popular, semua org nak kenal kau?). Ye la, semua orang sangka aku sombong. Tak2, aku tak sombong tp aku kurang mesra dengan orang yang aku tak kenal.

bunyi vibrate hp


1 message receive

tik! Effect bunyi keypad lah weh..haha

"Eh, sombong kau skrg nie?"


Erk, tu je ke mesej yang nak hantar? Aku ingat pesanan pe lah tadi.

Aku sombong dah ker sekarang? Tapi bukan ker 19 tahun dulu lagi aku dah sombong? Mesti silap nie. Haha.. Emm, memang sejak akhir2 nie, ramai kawan2 aku tegur yang aku dah sombong. Mesej takberbalas, jumpa tengah jalan pon xbertegur-sape. Apatah lagi jumpa orang yang tak kenal.

Entahlah, aku rasa same je tp maybe ade lah sikit2 perubahan. Tapi takdelah drastik sangat. Lagipon ape yang aku buat tue beyond my control. Setahu aku, selama nie pon aku memang macam nie. Aku nie memang kurang mesra ngan orang. Kalau kat facebook ker, myspace ker..saling balas komen2 bagai nak rak, tp kalau jumpa kat realiti.. entah aku tegur pon tidak sbb aku memang xbiasa bergaul dengan org yang aku tak kenal. Kalau korg tegur aku dulu, baru aku tegur korang..

Contoh yang terdekat, aku selalu gak komen2 kat facebook junior2 aku kat sini. Kalau kat FB, ya Allah..punye lah friendly aku (konon2nye) tp kalau kat luar, berselisih bahu belum tentu aku tegur. Sorry erk! kesian lak aku rasa. Bukan ape, aku mmg lack of communication skill.

satu lagi, sem nie aku jarang pakai spek. Kadang2 orang yg aku rapat pon belum tentu aku dapat cam kalau jumpa. So, pandai2 lah datang tegur. Nak harap aku tegur korang? Memang harapan je lah...

So, kalau sape2 nak tegur aku tue..tegur je lah. Aku memang memang baik dan sangat friendly tak malu promosi diri..haha.

Sekian,
Saya yang baik dan peramah

Berniaga

Time2 orang len sibuk menelaah buku, aku lak sibuk menelaah internet orang lain. Takpe, orang2 tua kata sambil menyelam kita minum air. Kalau air tue sedap ok lah, tp kalau air tue masin + pahit + tawar, kita yg akan tanggung akibatnya nanti. Korang paham ke tak maksud dia? Tak paham sudah. Aku cepat bosan kalau asyik pandang2 lecture note je. Dah la colour hitam putih, klu ade karton2 ke, warna-warni ke, baru lah bernafsu skit aku nak tengok note2 tue. Nie tak, ish2..

Hah, tadi aku terpikir nak berniaga. Ye la, dan ade hadith yg mengatakan 9/10 rezeki tue datang dari perniagaan tp nak berniaga ape? Ada idea?

Aku try ler tgk2 blog2 orang lain, ade yg berniaga cupcakes, selendang, baju, kasut dan macam2 lagi r tp aku nak try yang something new. Agak2 klu aku jual sayur, ikan, ayam kat blog nie, ade mak senah, mak leha, mak timah nak beli tak?hahaha. Lawak bodoh, jangan gelak.

Aku ingat nak jual buku2 terpakai, sebab kat umah tue banyak sangat majalah, buku, novel terpakai yang dah taktau nak letak mana. Baju2 terpakai pon banyak tp baju2 aku semua bukan branded pon. Beli kat pasar malam je.

Tengok lah cam ner, biar aku pikir dulu, nanti bila aku dah decide, aku post kat blog aku ape aku nak jual. Tunggu..!
cam ade je yg nak tunggu..haha


Commercial Break = Rehat Komersial?

Finally, exam untuk paper law dah habis.

tinggal satu je lagi paper..


so, tunggu apa lagi, pi lah study.. ;)


Wednesday, March 17, 2010

Esok exam ke?

Tadi masa aku bangun tidur, aku cepat2 pegi mandi. Yang pelik nya roommate aku masih tidur nyenyak macam baby dalam buaian. Ala kucikuci.. Tapi xpelah, maybe japg bangun lah. Bile aku kt toilet, xnampak lak budak2 pre law part3 yg lain mandi.. Eh, aneh. Maybe diorg awal2 lagi dah mandi kot. So, aku wat donno je lah. Lepas mandi aku lap badan, lepas lap badan aku kuar tandas, lepas kuar tandas aku balik ke bilik. motif nak cerita itu ini.

Then, bila aku nak siap tue aku pegi lah tengok jadual exam. Oh, paper law. Ceh, confident ja walaupun aku study pon xhabis. Takpe2, bukak laptop online lah kejap. Something that make me wonder is, asal kalender kat laptop aku kata hari ni WEDNESDAY. Bukan ker hari ni dah THURSDAY? Dengan xpuas hati nye, aku tgk kt jam serba canggih lukman. What the fish! Ari nie xde paper. Paper law tue esok. Penat je aku siap awal2. Patut lah roommate2 aku yg lain tidor mati macam sleeping beaty dah aku tgk, lebih2 lagi Lukman.haha. So, memandangkan ari ni takde paper, aku sambung lah skt nak study bab discharge, minor, criminal offence, intoxication, provocation, unsoundness of mind yang belum aku tengok lagi pon. Sempat ker? Bak kata lukman, ade 24 jam lagi nak study. 1 jam 1 topik.


cara study nie dah memang macam nak dapat 4flat dah. Iklan: Meja study Malinja mmg buruk cam nie.

Aku pon bukak je lah note contract, baca bab discharge. Discharge ni ade 4 types. Discharge by breach, performance, agreement and impossibility. Bosan, bosan, bosan!! Aku xpaham pon ape aku baca. Kenapelah susah sangat aku nak study. Ok, redha dan tawakal.

Aku terpikir gak, minggu nie xmakan secret recipe, pizza hut and KFC lagi. Adakah ini faktor2 yg menyebabkan aku tetiba jadi susah nak paham seketika? Bodoh punya reason. Illogical factor. Ok, klu macam tue maybe aku belum sarapan. Emm, kali nie alasan diterima.


nie je sarapan aku pagi nie. Sedap kan?


then...

..........



...................




................................


xsampai 10 minit study terus aku online. Yeah!hahahaha

Resipi Kek Cawan

Aku memang suka makan kek. Kalau pagi-pagi macam nie makan kek, sumpah best sampai takde mase nak balik ke katil teruskan bermimpi main kejar-kejar dengan bidadari kayangan yg muka macam siti nurhaliza. Ok, stop berangan.

Kalau korang nak tahu antara banyak2 makanan kat dunia ni, aku hanya pandai buat kek jer (dengan bantuan buku resipi la jugak). Makanan macam mee goreng ker, laksa ker, ayam masak merah ke, unta masak kari ker..memang aku xpandai buat. Even nak masak mee segera pon aku xpandai sangat. Setakat masak ala2 rendam dan makan tue pandai ler. Tapi kalau kek, kau bagi jer resipi kat aku.. nanti terhidang lah kek yg sedapmacammakkaumasak pon aku leyh buat. Hah, jangan ingat lelaki nie tak pandai buat kek even chef hotel2 terkenal kebanyakkan nye lelaki.

So, untuk memperkukuhkan lagi ilmu bakeri aku nie, aku pon google la resipi2 kek cawan yang dah memang jadi fenomena nie. Pegi mana2 pon mesti ada jual cupcakes yang memang comel dengan macam2 corak pon ada. Mencari punya mencari, akhirnya jumpa jugak resipi cupcakes nie. Disebabkan aku bukan seorang yang kedekut ilmu, aku nak share lah dengan korang semua resipi yang aku jumpa nie. credit to BLOG RESIPI PALING VOGUE


KEK CAWAN COMEL MACAM NAZRUL (memang aku reka nama kek nie. Suka hati aku lah kan, ade aku kesah?)


Bahan-bahan (utk 35 biji )


150 g mentega
185 g tepung naik sendiri
150 gram gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh vanilla
Untuk ising:

100 g mentega
200 g gula ising
2 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla
chocolate rice utk tabur

Cara-cara


Pukul butter dan gula hingga kembang
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati
Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C
Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim
Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh tabut manik atau choc rice


nak buat kek macam nie korang pegi masuk kelas blajar dulu


yang nie nak makan pon xsanggup, comel sangat

Note: How to diff between cupcakes and muffin? Anyone tell me please!

Tuesday, March 16, 2010

Birthday Party for Qayum and Dee jugak!

kek birthday tajaan ~M Nazrul Ar~


Birthday boy bersama Pipe & Fairul

Kalau korang nak tahu, Qayum awal2 lagi dah menghilangkan diri sbb tradisi kat sini sape yg celebrate birthday akan mendapat hadiah yg sangat istimewa..haha.. Telur, tepung dan air paip. Membazir kan?

Then, aku ngan Fai
rul + Ari pergilah mencari Qayum segenap ruang pelusuk Kolej Malinja dan sampai ke Library UiTM tp tak jumpa. (Dah malam, mane nak nampak Qayum..haha)

Tepat pukul 12, berjaya jugak akhirnya Fairul mencari Qayum dan membawak mamat tue ke bilik aku untuk suprise parti nie. Meronta2 jugak Qayum dibuatnya. Ye la, sape je yg nak kena salut satu badan dengan tepung, telur dll.
Tapi last, dapat gak kitorg celebrate patry ni. Walau pun ringkas tp tetap best sbb berkumpul geng2 yg memang rapat since part 1 lagi.

So, Selamat hari Lahir kepada Qayum as well as Happy belated Birthday tuk Dee.


Destiny

No one can predict the future or whether the sky will always blue or not. Sometimes we see a light in the blue sky, but sometimes it's not. When the dark comes, people will ready to move themselves to the safe place.

Ok, that's just an introduction.

How many times u have fallen in love? Can you predict when the love will come to you and say;

"Hey, you will fall in love with this person".


love will come along with your dream

Well, no one seems can predict what will happen to them. Love is just like a miracle that will come beyond our imagination.

Another case, even though u have tried your very best with the great enthusiasm and a lot of sacrifices to achieve your dream, but it doesn't means that you are very sure to succeed. It's depend to your destiny. God will never gives something that you are unable to carry it. Even though it seems good for you, but the fact tells you that it is not as good as you think about it.


So, the only thing you can do is just accept whatever happen in the future because that is your destiny!



Monday, March 15, 2010

Selamat Tinggal UiTM Kedah

It was so long aku tak tak update ape2 kat blog nie. Sejak dah sign up Facebook nie, asyik2 online kat situ jer. Nak lepas geram ker, nak mintak perhatian ker.. semua kat situ. Kiranya tiap masa tukar2 status. Mesti bosan kan?haha

Selepas hampir 3 semester kat UiTM Kedah nie, finally I almost reach at the end of the destination. Lagi seminggu dah nak habis belajar dan bakal bergelar BEKAS PELAJAR ASASI UNDANG-UNDANG UITM. Lepas nie taktau lah bile pulak nak datang Merbok nie eventhough aku orang Kedah je. Aku nie bukan nye jenis yang suka kuar jalan2 tak tentu pasal. Nak datang UiTM? Entah lah.. Mungkin ya, mungkin tidak.

Actually, today I got my first paper. Rasa cam dah ready..tp kadang2 cam tak ready pon ade gak. Ape2 pon, tawakal je lah. Biar ada sedikit usaha dari takde langsung. Hari nie paper Econs. Aku nie bukan minat sangat pon dengan subjek2 yg memerlukan pengiraan. Tapi ape boleh buat, xminat bukan bermakna kita takperlu study. Usaha tetap kena buat tak kira lah sikit ke banyak. Fokus dalam kelas pon penting walaupun kadang2 aku ponteng kelas jugak.hehe.

Habis asasi nie aku xtau nak wt ape. Maybe cuti2 yang ada aku nak keja kot. Ye lah, 3 bulan dok umah tak buat ape, mau jadi bosan nya aku nanti. Takkesah lah keje ape2 pon asalkan halal dan ape pendapatan. Nanti boleh buat prepare nak masuk degree.
Hah, bercakap sal degree, sape2 yang belum buat penerapan ke degree baik isi sekarang sebab tarikh akhir adalah pada 19/03/2010. Jangan tak isi,nanti xdapat buat degree pulak. Apu awal2 lagi dah apply sebab kalau lambat2 nanti clash ngan budak2 fast track. Alamatnya nak bukak sistem pon xbleh. Aku amik Language, BLS, Health management n BAS. Harap2 dapat lah ape yang aku apply. Buat kawan, kalau dah cukup requirement nak buat BLS, mesti automatik dapat BLS (janji apply BLS lah).

Ok lah, aku banyak lagi benda nak buat. Lepas nie maybe aku akan lebih rajin update blog kot sbb dah takde mende nak buat. My followers yang baca post nie, doakan kejayaan aku sem ni k. Bye!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails