Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Thursday, March 18, 2010

Berniaga

Time2 orang len sibuk menelaah buku, aku lak sibuk menelaah internet orang lain. Takpe, orang2 tua kata sambil menyelam kita minum air. Kalau air tue sedap ok lah, tp kalau air tue masin + pahit + tawar, kita yg akan tanggung akibatnya nanti. Korang paham ke tak maksud dia? Tak paham sudah. Aku cepat bosan kalau asyik pandang2 lecture note je. Dah la colour hitam putih, klu ade karton2 ke, warna-warni ke, baru lah bernafsu skit aku nak tengok note2 tue. Nie tak, ish2..

Hah, tadi aku terpikir nak berniaga. Ye la, dan ade hadith yg mengatakan 9/10 rezeki tue datang dari perniagaan tp nak berniaga ape? Ada idea?

Aku try ler tgk2 blog2 orang lain, ade yg berniaga cupcakes, selendang, baju, kasut dan macam2 lagi r tp aku nak try yang something new. Agak2 klu aku jual sayur, ikan, ayam kat blog nie, ade mak senah, mak leha, mak timah nak beli tak?hahaha. Lawak bodoh, jangan gelak.

Aku ingat nak jual buku2 terpakai, sebab kat umah tue banyak sangat majalah, buku, novel terpakai yang dah taktau nak letak mana. Baju2 terpakai pon banyak tp baju2 aku semua bukan branded pon. Beli kat pasar malam je.

Tengok lah cam ner, biar aku pikir dulu, nanti bila aku dah decide, aku post kat blog aku ape aku nak jual. Tunggu..!
cam ade je yg nak tunggu..haha


1 comment:

fana said...

ada jual tayar basikal?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails