Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Tuesday, March 30, 2010

Cuti-Cuti Malaysia ; Langkawi

Plan nak pegi holiday ke Langkawi akhirnya termakbul jugak. Walaupun kitorang pergi berempat (plus gita yg dah tunggu kat sana), tp rasa best cam ramai yang pergi. Maklumlah yang pegi semuanya bagai mulut2 mak temah, mak senah dan mak leha.haha. Mula2 yang buat masterplan nak pegi Langkawi sebenarnya si Amera anak perempuan Razali tue. Tapi last2 dia lak yang takleyh pagi. So, aku yg dah excited nak pegi ni ajak r Pipe, Dee ngan Ari. Kesah ape korg free ke tak, mesti ikut aku gak..haha

Lepas je final, masing2 dah prepare nak pgi Langkawi. Budget nak stay kat hotel 3 stars la, 4 starts la tp alih2 motel jugak yg kitorg duduk. Yang klakar nya mase tgh final lagi sibuk dok cari2 hotel2 yg best2 macam Grand Continental, Bayview and so on lah. Ya ampun, kau tau satu malam je dah RM140.00 ++.. Kau ingat mak aku Duta Malaysia kat England?

So, tak mau cakap banyak meh aku share segala benda aktiviti kitorg selama 4 hari 3 malam di Langkawi.

Hari Pertama

Mula2 kitorg plan nak gerak dr UiTM kol 8.00 pg tp gara2 aku lom buat clearance bilik, so kitorg extend pukul 9.00. Naik teksi pak cik mane entah kena lah RM50 dari merbok ke Kuala Kedah. tak kesah lah, bahagi sama rata. Atas teksi masing2 excited badget dah macam sampai ke Langkawi. Sampai je kat Kuala Kedah, terus pg beli tekit feri. Harga tiket feri dari Kuala Kedah - Langkawi RM23.00 sorg. Ok lah, takde mahal sangat. Kalau dari Kuala Perlis - Langkawi harga tiket RM18.00. Alah, beza RM5 je pon. Dalam feri tue memang bosan lah tp nasib baik diorg pasang cite Jin Notti, ade gak benda nak tgk. Dah la budak kecik kat belakang tue asyik nak merengek ja. Bising betoi. Pulak tue asyik2 tendang sit kitorg. Klu diikutkan hati, memang aku nak campak je budak ke dalam laut tp sabar je nazrul.

Finally, after 1 jam lebih dalam feri, kitorg sampai jugak ke Langkawi. Weh, first time weh. Sape je tak excited. Rasa cam nak buat rumah banglo tengah2 laut mengadap dataran helang tue je. Biar semua org nampak rumah aku then masing2 teruja dan kagum "Wah, best nye rumah tue.."haha. Sampai2 je agenda pertama kitorg adalah MAKAN. So, kitorg gerak ke KFC yg ade kt Jetty point tue. Bile lagi nak makan kat KFC yang takde tax. Selalunya tgk kat menu harga nampak murah tp sekali byar, hambik kau..segala mak nenek tax nak ade. Memang manipulative tol. Ok, aku xnak cite sal makan kt KFC. Menyakitkan hati je.huhu. Lepas makan, kitorg gerak ke motel tempat kitorg nak tidor. Actually, motel tue milik bapak kawan kepada kawan aku, Gita. Dapat la discount sikit. Name motel tue D'sa motel. Satu malam kitorg dapat harga rm60 dan harga asalnye rm90.
Lepas check in hotel, kitorg lepak kejap dalam bilik. Ade yang on9 internet dan ade gak yg tgk tv. Lepas tue..semua terus tiidor..haha. Penat sangat tue senah oii.

Lepas masing2 terbongkang tidor, kitorg g jalan ke pekan kuah. Jalan kaki je weh. Pekan kuah dengan motel tempat kita tidor tue xdelah jauh sangat cume jalan
lame2 skit mmg letih la jugak.

ni mase kitorg jalan kaki ke kuah.

Kitorg pusing2 pekan kuah sampai ke malam. Solat pon buat jamak lah. Kitorg pusing2 pegi Haji Ismail Group, Langkawi Parade sampai ke Hotel Grand Continental. Bajet2 nk
tanye quotation bilik. Pipe yang paling excited sbb hotel tue ade kolam mandi. Nak berenang2 la konon2nye. Nak mandi kolam, baik pg umah gita..umah dia pon ade kolam.haha

Hari kedua

Hari ni kitorg plan nak pg naik kereta kabel ngan Gita. So, kitorg gtau la nak greak dalam pukul 9 alih2 gita dah sampai kat motel tue pukul 8 lebih ag. Awal gile budak nie. Sembang2 kejap, mak cik yang bg sewa kete tue pon call. Kete dah sampai. Kitorg amik kete persona untuk satu hari setengah. Kena r bayar rm100. Driver? sape lagi, pipe lah sbb dia sorg je yg ade lesen. Eh, ari ade gak tp dia xpandai sangat. Aku nak bawak bolh tp lesen tak dapat ag. So, kitorg pon mula kan perjalanan ronda2 satu Langkawi starts ngan pegi kereta kebal. sampai je kat sana masing2 kecewa sebab kereta kebal takleh naik ,under maintainance. Eh, aku xkecewa sbb mmg aku xnak naik.hahaha. lepas tue, Gita bawak kitorg tgk kapal2 kat telaga habour. Posing2 amik gambar dulu then kitorg nek ke petrosains. Best la jugak.

ni la kat telaga harbour.

Then, Gita bawak kitorg pg mandi-manda kat Lubuk semilang tp aku xmandi pon, just pipe, ari ngan dee je yang mandi. Aku malas nak salin2 baju sbb ptg nie pon nak mandi laut ag.


Bile dah pukul 2.30 ptg, kitorg gerak nak ke umah cik Gita. Besar dowh umah dia. Mmg istana tuan puteri lah.haha. Mak dia jamu kitorg makan laksa penang. Not bad. Aku pon cuba lah skit. Dee ngan Ari memang makan sampai tak ingat dunia lah.hahaha. Ayah Gita mmg peramah. Fuuh, bab politik semua on his finger tip. Aku pon xtau nak sampuk ape. Diam je lah.

Lepas solat dan rehat2 kt umah gita, kitorg terus ke Pantai Pasir Hitam. Nak tgk macam mane lah pasir tue leyh hitam. Pipe sempat amik pasir sikit tuk bawak balik umah. Seterusnya kitorg gerak ke Kompleks Kraf Langkawi. Tgk cam ne diorg bikik kristal. pastu tgk hasil2 kraf2 warisan melayu. Wah, Malaysia nie ade banyak jugak erk hasil2 kraf tangan. Bangga aku jadi rakyat Malaysia.

ni kat Pantai Pasir Hitam

After visiting Kompleks Kraf Tangan tue, Gita pon bawak kitorg ke Tanjung Rhu tuk mandi manda lah. Ape lagi.hahaha. Lame gak kitorg kat situ. Almost sampai pukul 7 kot. Gita pon nak solat, so kitorg cepat2 habiskan mandi-manda then gerak ke nearest masjid. Lepas gita solat, kitorg pun g makan kt kedai ape entah. Aku order chicken grill. Sedap gak cam rasa kat Hotmas pon ada gak tp gerai tue tepi jalan je. Lepas makan2 kitorg g hantar Gita balik sbb bapak dia pon dah dok risau anak dara dia keluar ngan budak laki sampai maghrib. Ampun ye pak cik. Then kitorg terus balik motel. Pipe ngan dee kuar kejap g hantar baju kat dobi sementara aku ngan ari nak mandi n tgk tv kejap.

ni kat Tanjung Rhu. Pipe tgk je.

Dalam pukul 10 lebih cam tue kitorg kuar jalan2 g dataran helang. konon2 nak amik gambar tp sampai je sane dah tutup. nk lepak pon xleh. So, pak cik sorg tue suggest kan kitorg suh g pekan rabu tue.. dia kate situ pon best tp kiotrg pg xde pape pon. baik balik bilik then tdor..

Hari ketiga

hari ketiga bermua dengan kitorg pegi sarapan kat umah gita. makan nasi lemak mak dia buat mmg sedap. aku yg xmakan pagi2 pon terasa nak makan. lepas tue kitorg pegi tgk cara memproses ikan bilik kt mane ntah. Then, kitorg pg eagle feeding. nak pg tgk helang makan pon kena sorg rm20.00 tp ok lah setakat rm20 tue berbaloi la jugak. Then, kitorg g Galeri Perdana (nak tgk hadiah tun dr mahathir pon kena rm5.00) dan jalan2 kat depan makam mahsuri. Bile masing2 dah lapar kitorg gerak ke pantai cenang. makan2 kt pantai tue. ramai gak mat saleh kat sana tp xminat nak tgk2 sangat. bukan taste aku pon..haha. lepas tue kitorg g shopping2 coklat n baju2. Then, hantar gita balik dan kete pon dah kena pulangkan. Pukul 9 mlm kitorg pon gerak ke pasar malam berdekatan.





gambar2 nie mase kitorg pegi eagle feeding, gua kelawar dan sangkar ikan.


Hari keempat

nie la sarapan aku. sedap kan?haha

Pagi2 kitorg g dataran helang then pukul 12 kitorg pon check out balik Merbok. (aku ringkaskan je lah sbb dah tak larat nak taip ag..hehe)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails