Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Thursday, April 29, 2010

Lempeng USA

Bila kata jom makan lempeng mesti semua org buat muka kedut2 konon xbrapa lalu nak makan sebab kampung sangat makan lempeng nie tp bila sebut jom makan Pancake..wah, mak datin2 mesti suka. Maklumlah, makanan2 international nie semua orang suka padahal bahan2 nak buat pancake kau tue same je ngan bahan2 nak buat lempeng. Cumanya orang Malaysia nie pandai menggunakan bahan semula jadi mcm santan mengantikan susu Dutch Lady yang memang xde rasa apa2 pon. So, bila kau masukkan santan jadi Lempeng, tp bila kau masukkan susu jadi Pancake. Xde beza sangat pon.

Seminggu nie mak aku pergi kursus, so xde sape lah yang nak buat breakfast untuk aku dan adik2 (wahh, macam hari2 mak aku wt breakfast lak..haha). Jadi aku pun try lah nak buat breakfast untuk aku dan adik2. Bila pikir2, nak masak ape pon xtau sbb aku bukan pandai masak. Asyik2 nak makan, beli kat kedai jer sampai mak cik yang masak kat kedai pon tau aku nak makan ape.

Aku lak bila time breakfast bukan suka makan nasi pon. Perut nie xleyh nak trima makan makanan berat2. Makan je skit terus ke tandas. Rugi jer makanan tue.huhu. So, aku pon search lah ape2 makanan yang boleh dimasak time breakfast then terjumpa resipi Pancake/Kek Kuali/lempeng USA. Tanpa tunggu panjang, aku pon salin resipi dan try lah buat. Aku nak kasi lempeng USA yang aku buat tue kat korg xleyh lak sbb jauh..aku kasi resipi je lah. Pandai2 jer lah korg nak buat kat umah yer =)

Bahan2 yang diperlukan adalah (Feeling2 jadi chef cite masakan lak..)

6 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu dutch lady
1 sudu kecil baking powder (xde pon xpe..)
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu besar butter (nak guna minyak masak pon boleh)

Cara2nya;

Bila korang dah sediakan bahan2 nie, apa yang korg perlu buat seterusnya adalah campurkan semua bahan2 dalam satu mangkuk. Kemudian pukul semua bahan tue sampai jadi cair. Kalau xde pemukul (hammer xnak erk) ker pemutar telur ker, boleh digantikan dengan blander. Korang blander je semua sampai sebati dan cair. Bila korg tengok semua bahan2 tue dah bergaul sebati, boleh lah tuang sikit2 ke dalam kuali dan bakar sampai kuning2 then, bila rasa dah masak, boleh la angkat. Nanti bila semua dah siap, korang boleh serve Lempeng USA nie dengan madu ker, chocolate ker, jem ker, whipped cream ker.. suka hati bapak-tiri-laki-makcik-jiran korang lah nak makan dengan ape pon.. janji korg suka, Selamat Mencuba!

mesti bangga mak aku bila ada anak laki yang pandai masak cam aku (kononnya..haha)

Sunday, April 25, 2010

Cuba tengok mata anda colour ape?

Sekarang korang pegi kat mana2 cermin yang ada xkesah lah cermin almari ker, cermin kereta ker, asalkan cermin tue akan memantulkan wajah korang kembali. Then tengok anak mata korg color ape.

Dah tengok belum?
Dah?

Ok, sebenarnya aku bukan buat silap mata atau2 apa2 yang silap tp just aku nak suruh korg tengok ape color mata korg je. Is't black, grey, brown or blue? and natural or not?

Sebenarnya ape yang aku nak share dengan korang adalah hukum2 memakai kanta lekap berwarna especially for perempuan (boys pon ade yg pakai..hehe)

Memetik sebuah artikel dari iluvislam.com

Di sini kami suka untuk memetik fatwa dari Syeikh 'Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar:

"Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh, mereka akan menggunakannya untuk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata. Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki (mengenai hukum kanta sentuh) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita.

Walau bagaimanapun, apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang.

Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau untuk menarik perhatian dan penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan. Dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang."

Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto, berkata:
"Syariah meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian, dharuriyat (tidak dapat hidup tanpanya), hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyat (untuk memperelokkan). Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan kehidupan manusia berdasarkan masalih ini.

Mengenai hal memakai kanta sentuh berwarna bagi wanita, saya suka untuk mengajukan soalan ini: Adakah ia termasuk salah satu daripada 3 bahagian masalih itu tadi? Saya tidak dapat katakan ia dharuriyat, hajiyyat atau tahsiniyat. Maka saya tertanya-tanya mengapakah mereka perlu melakukan sedemikian rupa?

Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah.

Saya tidak kata memakai kanta sentuh berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. Tetapi saya dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa.

Syeikh Saleh Munajjid, seorang pensyarah dari Saudi, pula berkata:

"Terdapat 2 jenis kanta sentuh:

1) Kanta sentuh ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan. Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini dengan mendapat nasihat dari pakar.

2) Kanta sentuh berwarna : Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias). Jika dia memakainya untuk suami, maka tidak mengapa. Jika dia memakai untuk orang lain melihatnya, maka tidak boleh berlaku sebarang fitnah atau menarik perhatian orang. Ia juga tidak boleh membahayakan si pemakai dan tiada unsur-unsur penipuan. Contohnya, seorang perempuan memakai kanta sentuh untuk berjumpa dengan bakal suaminya.

So, pada sape2 yang teringin nak pakai kanta lekap berwarna tue, kembali kepada niat anda. Kenapa dan mengapa anda semua nak pakai kanta lekap berwarna. Jauhi yang haram, amalkan yang halal.

Saturday, April 24, 2010

Lelaki hensem gay?

"Senah, aku tengok mamat tue hensem lah, berkenan aku..hehe"
"Oii Leha, toksah bok berangan. Mamat2 yang hensem nie banyak nye yang xsuka kita.."
"Eh, awat pulak. Hang ingat aku xcantik ka? Mata aku nie orang lain kata macam CT, pipi aku macam Erra Fazira, bibir aku pon macam Angelina Jolie. Kecantikan aku nie dah macam Miss World gituu"
"Eee, geli lah aku dengan hang nie. Muka pesyen hat tak sedaq diri. Nie, nak habaq mai.. bukan aku kata depa taksuka kita sebab kita nie cantik ka, hodoh ka, belemoih ka.."
"Habis tue...?"
"Maksud aku, mamat2 yang hensem nie banyak nya hat suka sama jenis, orang putih kata homosexsual, gay"
"ishh, xbaik kata lagu tue. Laki kak Maria tue hensem apa. Takkan dia pon gay gak..?"
"La, bila masa aku kata laki dia gay. Aku kata mamat2 hensem nie banyak nya yang jadi gay, bukan semua.."
"Habis la lagu tue, nie fatwa mana yang hang dengaq nie?"
"Bukan fatwa mana2 pon, aku tau pon sebab aku pon dok baca gak majalah2 nie.. Budaya membaca, budaya kita.. gituu kan leha oii"
"Ishh, kalau macam tue. Tak palah Senah oii.. Kita pi ngorat laki2 hat yang sedap2 mata memandang dah la. Lagi pon nie satu Malaysia..xdak melayu..cina ngan India pon xpa lah.."
"Tapi lah kan, kalau mamat2 hensem nie banyaknya yang gay, macam mana pulak perempuan yang cantik2 macam kita nie, lesbian pulak ka?

HAHH????

Friday, April 23, 2010

SEMILIR by Liza Hanim

SEMILIR
Singer: Liza Hanim
Composer: Sharon Paul
Lyric: Fedtri Yahya

Semilir senja berteman bulan gerhana
Melukis mega di wajah asmara
Tak mampu mata menatap bingkisan duka
Biar hilang di telan malam gelita

Berkurun aku menjadi pujangga cinta
Melarik bicara tanpa suara
Kerana itu lebih membahagiakan
Rajuklah rinduku

Chorus:
Bi...ar diri dibakar terik silau mentari
Rela taufan terbangkan ke lautan dalam
Moga nanti dapat ku lupakan
Sejarah yang luka kenangan berduri

Berkurun aku menjadi pujangga cinta
Melarik bicara tanpa suara
Kerana itu lebih membahagiakan
Rajuklah rinduku

Bridge:
Ingin saja ku rentas jalur bintang malam
Berlari kelingkaran angkasa
Cari damai yang jauh di balik mimpi
Apakah ada cinta

NOTE: Aku tengah mencari MP3 lagu nie, sape ade angkat tangan? Emailkan untuk aku.

Wednesday, April 21, 2010

Oh mak, saya nak pegi obersea. Eh2, oversea =)


Sape je yang xnak pergi oversea kan? Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tak termasuk okeyh. Hang tok sah dok buat lawak. Ni, nak habaq mai. Sebenarnya bukan susah pon nak pi oversea nie. Yang susah nya ni bab nak apply scholarship. Bukan semua scholarship ade untuk ke oversea. So, meh nak share dengan semua cam ne nak sambung blajar kat oversea. Aku fokuskan untuk lepasan STPM, Asasi, STAM, Matrikulasi dan Diploma sebab kalau SPM nie, senang je. Apply JPA or MARA pon dah boleyh.

FAKTA PENTING!
Sesi kemasukan universiti2 kat oversea nie bermula september, bukan Julai macam kat Malaysia nie.


BAGAIMANA NAK MOHON PG OVERSEA?


1. Universities & Colleges Admissions Service (UCAS)
Okeyh, ade banyak kaedah yang korang boleh gunakan kalau nak sambung belajar kat oversea. Kemasukan ke Universiti2 di UK adalah secara berpusat cam kat Malaysia gak. Kalau kat Malaysia kita apply IPTA through UPU, kt UK pulak kena apply under Universities & Colleges Admissions Service (UCAS). Rasanya semua universiti kat UK nie berpusat under UCAS. Eventhrough korg international applicant, korg still kena apply under UCAS. Setiap permohonan tue kena bayar wang proses tp dah lupe brape pound. Rasanya kalau 1 pilihan kena 9 pound kot.


2. Permohonan terus ke Universiti.

Universiti2 seperti di negara Indonesia, Australia, Brunei dan Amerika Syarikat menerima permohonan terus ke pihak universiti. Pelajar2 antarabangsa boleh mendapatkan borang2 permohonan secara online dr lawan web universiti. Yang nie pon kena bayar wang proses jugak. Bayaran nye terpulang pada universiti2 tue.


3. Agensi-agensi pengajur pendidikan.

Ada jugak berapa agensi2 yang ada untuk membantu pelajar untuk menyambung pengajian ke luar negara sebagai contoh Medic Mesir, Study Group dan beberapa lagi. Korg boleh refer yang nie kat iklan2 surat khabar terutama akhbar hari ahad. Banyak kot. Antara negara2 yang biasanya ditawarkan adalah ke Mesir, US, Rusia, India dan Indonesia. Rasanya bidang perubatan, pergigian dan farmasi yang paling banyak kot.

4. Twinning program antara IPT M'sia dan luar negara.
Melalui twinning program nie korang akan belajar kat IPT Malaysia untuk beberapa tahun dan menghabiskan tahun2 berikutnya di luarnegara. Biasanya diorg akan buat 2 +1 atau 3 +1. Maksudnya korg akan belajar di Malaysia 2 tahun dan satu tahun berikutnya adalah di negara2 yang terlibatlah. Program nie pon ok gak sebab korg akan apply kat IPT dalam M'sia dan segala benda urusan ke luar negara, IPT tue yang akan uruskan. Banyak IPT kat M'sia yang tawarkan program nie dan mostly adalah IPTS antaranya seperti Kolej PTPL, Kolej KDU, Kolej ATC, MSU, IMU, Penang Medical College, Penang Dental College dan banyak lagi lah. Nanti kat Ijazah korang, takde lah name2 kolej kat Malaysia yang korg mula2 belajar selama 2 tahun tu tp yang tertulis ade lah universiti2 yang korg masuk tahun terakhir kat luar negara. Untungkan? Belajar setahun je dah dapat Ijazah macam org belajar 3-4 tahun kat oversea.

5. Belajar je lah kat Malaysia
Ade jugak IPT2 kat Malaysia yang buat MoU dengan universiti2 kt oversea untuk menawarkan program pengajian daripada universiti2 tue. Macam program Bachelor of Law (University of London), Bachelor of Law (Reading University) yang ade kat beberapa kolej swasra. Korang xyah pon sambung belajar kat oversea tp still leyh dapatkan ijazah universiti luar negara. Pastu bile nak apply kerja nanti, boleh angkat bontot kat pengarah. Korang ade degree oversea, bukan main2 nieyh walaupun padahal belajar kat Malaysia je. Sape tau kan =) hahahaha

SEBELUM TUE!

Sebelum ke oversea, korang kena ada satu sijil or bukti yang menunjukkan tahap kebolehan korg berbahasa Inggeris seperti korg ade TOEFL ker, IELTS ke. MUET xdilayan ok. Korang dapat band 6 MUET pon, xde universiti kat luar negara tue nak pandang kecuali Singapore jer.


BIASISWA/PINJAMAN PELAJARAN

Biasiswa dan pinjaman pelajaran ada disediakan bagi sesiapa yang layak macam Yayasan Khazanah, Sime Darby, PNB, Security Commission, Bank Negara, JPA dan MARA.

Okeyh lah, kalau korg nak tau ape2 lagi jangan malu2 nk drop ur comment k.

Monday, April 19, 2010

Jiwang pun Jiwang lah =)

Bosan..bosan...bosan..!!

Klu mase ngah belajar dulu aku nak sangat cuti. Kalau xcuti pon mesti wat cuti sendiri. Ye lah, malas nak dengar lecture terutama kat kuliah global.muahahhaha.. Sanggup nie dengan gigih nye call parent suh jemput kat kolej hari Rabu. Bile mak tanye Khamis xde kelas ke, buat2 tak dengar. Ye lah, kalau menipu nanti tak pasal2 masuk neraka (bajet xpenah menipu..haha). Tp selalunye nak ponteng pon biar lah ade ape majlis lah. Macam ade tahlil ker, doa selamat ker..at least nanti lecturer tanye naper xdatang tutor, xdelah nak garu2 kepala yg entah ade ke takde kutu tue.. pastu wat2 muke innocent macam lah lecturer tue nak kesian kan kau. Kalau ade sikit2 reason naper kau ponteng tue, boleh lah jawab dengan konfident kalau lecturer tanye, kan?

Tapi bile tgh cuti yang panjangggggggggggg.. (dengung 6 harkat okeyh) ni, dah rasa bosan la pulak. Ye lah, nanti ilmu aku habis hilang macam tue je. Kalau belajar tue, dapat gak Ilmu yang bermanfaat untuk agama, nusa dan bangsa. Eh, macam takcaye je kan aku cakap cam nie.hahah
Kesah pulak aku.

Bile dah selalu sangat ngadap depan laptop, ape lagi keje yang ade selain online kan. kan. kan? Selain tue, kebelakangan ni aku asyik layan2 lagu2 jiwang. Entah, aku rasa cam best jer. Lagu Siti ke, Liza hanim ker, Exist ker, INTEAM ke, UNIC ker, semua aku layan. Janji jiwang2 cinta gitu. Lantak lah orang nak kate ape, telinga aku yang nak dengar.

Sekarang nie aku tgh layan lagu siti nurhaliza. Tajuk dia Sekian lame. Lagu nie dah lame. Layak masuk muzium sejarah dah tp baru akhir2 nie aku dengar. Actually, kat laptop pon dah lame ade tp aku xpernah nak mainkan. Tapi once aku dengar cam best. So, aku kasi lirik ni, korg pandai2 lah cari mp3 lagu nie kalau nak dengar. Strongly recommended walau aku bukan lah peminat siti pon!

Dialah pujaan dalam mimpi
Yang senantiasa membuai hati
tiap kali bersua
ku hanya mampu senyum padanya
ku terdiam...

(Chorus *)
Sekian Lama... Ku mencuba
Tak ku lafazkan... perasaan..
Berkubur saja... Namun dia...
Ku cinta...

(Chorus **)
Apa yang harus aku lakukan
Agar dia pun mengerti
Adanya cinta menanti...

(Chorus ***)
Oh, Sekian lama
aku mencintai... dia

Sukarnya membutir kata-kata
Menilai apa yang aku rasa...
Tiap kali ku cuba...
Lidah kelu dari bersuara..
Ku berserah...

Ulang(Chorus *)
Ulang(Chorus **)
Ulang(Chorus ***)

Haaaaa.... Uhhh...

Ulang(Chorus *)
Ulang(Chorus **)
Ulang(Chorus ***)

Haaaa......hahahahahhahaha

Sunday, April 18, 2010

I wanna create my own fairytale

Who wanna live happily ever after? I'm pretty sure not even one of you love to live in place without freedom and happily ever after. Yes, me too. If I need to choose between live happily or live in luxury, I choose to live happily. No doubt!

Back to the earth, to live happily ever after just like build castle in the air. It never be happened in this reality. How could you live without a little bit turbulence? It might be yes in some fairytales as it be read by your mother before you fall asleep.

Nothing more to be said, just have fun with your life.


Saturday, April 17, 2010

Jangan ingat lelaki tak pandai masak!

Bila dok sorang2 kat umah mesti bosan. Dah la cuti nie panjang bebenor tambah dengan takde keje nak buat. Memang boleh meroyan sorang2 lah dalam rumah. Lagi2 sekarang nie musim panas yang dah rasa kritikal sangat kot. Kalau kat Kedah nie ade iceberg, confirm dah lame cair. Kadang2 kalau aku termenung kat tingkap tue (bajet2 dalam drama lah nie..haha) aku harap ade lah salji turun kat Malaysia nie. At least sejuk lah skit. Kalau lapar, boleh amik ais tue wat ais kacang, takpayah lagi mak cik2 kat stall tue pulun kisar ais sampai hancur.hahahha.

Panas2 nie kalau makan makanan yang manis2 mesti sedap kan. Tetiba aku teringat yang kelmarin mak aku ade beli cha-cha. Korang tau cha-cha tue ape? Ia nya bukan lah sejenis tarian cha-cha yang ditarikan oleh penari yang seksi-seksi dan ia jugak bukan lah satu penyakit berjangkit. Eh? Actually, cha-cha tue makanan yang orang wt bubur tue. Very colourful macam colour pelangi. Macam2 warna ade. Tp rasanye sama je lah.hahaha. So, aku pon teringin lah nak makan bubur cha-cha. Mula2 aku xingat sangat cara nak buat bubur cha-cha nie. Hanya berbekal kan pengalaman menyibuk time mak aku buat mane lah cukup kan. Then, aku pon call lah mak aku tanye cam ne nak buat bubur cha-cha nie. Meh, aku kongsi ngan korang, cmner nak buat bubur cha-cha.

Bahan-bahan yang diperlukan

cha-cha yang kaler warna-warna. (ikut lah banyak mane korg nak.)
air kosong satu jug (kalau korg pandai inovasi, cube guna air coke..agak, sedap tak..haha)
santan (korg mintak yang se'ringgit' punye, kalau se'dollar' takut lain sukatan..)
sagu (rendamkan selama 10 minit)
gula (sebanyak yang anda mahu, tapi kalau tau xleyh makan manis, kurang lah sikit gula) garam secubit.
sehelai daun pandan (untuk aroma yang menyelerakan)

Cara-cara

Mula2 korang rebus cha-cha tue dengan air. Make sure lah air tue xbanyak sangat. At least cukup2 nk rebuskan cha-cha tue sampai lembut je. Nanti kalau air tu banyak, xsedap plak. Lepas tue, bile korg tengok cha-cha tue dah lembut, korang masukkanlah sagu yang korang rendam tue. Kacau slow2 dengan api yang sederhana je. Then, masukkan santan. Kalau korang rasa agak kuah tue agak pekat, korang tambah la sikit air. Kemudian, masukkan daun pandan, gula dan secubit garam (untuk melemak kan lagu bubur tue). Bila korang rasa bubur tue dah cam nak siap + dah sedap, boleh lah tutup api dan hidangkan bersama air sirap.Terangkat punyelah. Selamat Mencuba!


Tuesday, April 13, 2010

NST Scholarship

*klik kat gambar untuk besarkan.

Biasiswa NST ni dah lama bukak tapi aku baru ade inisiatif nak letak sini, takpe mase ade lagi 3 hari. Tarikh tutup biasiswa nie 15hb April. Jangan risau, takperlu hantar ape2 borang sebab korg atas isi online form jer. Hah, lupa nk kasi tau, biasiswa nie just eligable for those yg baru habis spm/stpm/asasi/matric atau first year students yang dapat CGPA 3.00 dan ke atas. Nanti masa korang nak isi form nie, dia akan mintak korang buat essei minimum 500 words bertajuk,
"What is your career aspirations and why we should consider your application".



Monday, April 12, 2010

Result weyh!

Bila aku bukak blog2 yang aku follow, masing2 buat entry sal result. Ade yang cemerlang, ade yang s0-s0 tp xde lagi yang hancur. Bagus lah macam tue kan.

Sebenarnya aku xtau pon result kuar sbb hari Jumaat tue aku xonline pon. Then, masa aku tengah tengok TV lepas balik dari solat Jumaat tue Ila call aku. Dia tanya sal result aku. Gila weyh, cuak habis aku. Tetiba parkinson kejap. Habis menggigil satu badan. Ye lah, nie dah last sem punye result weyh. Pulak tue paper econs ngan law memang aku xleyh jawab. Kalau kene repeat memang mati r ngan makbapak aku. Apelah aku nak jawab. Malu weyh, malu..!!

Dengan serta-merta aku pon terus bukak laptop. Internet yang sebelum nie laju je bile aku bukak tibe2 aku rasa sumpah slow SANGAT, SANGAT, SANGAT!! Kalau boleh nak bukak terus macam flash tue. Time tue jugak kakak aku dah siap depan laptop nak tengok result aku. Agak2 boleh beat result final dia ke tak.

TAP, TAP, aku klik link yang ada, Hah, kuar gak result aku tue. Sem nie diorg wat pelik skit, sekali tekan je dah kuar result siap dalam format PDF ag xmacam sem2 yang lepas. Kena masukkan student id lah, ic lah, leceh betul. Ya Allah, sumpah aku xcaye result tue. Sampai terpeluk kakak aku bile aku tengok result tue. Ye ar, expectation aku terhadap result tue memang rendah giler. Dah la aku study last minit, xsempat habis lak tue. Aku sangka mesti result aku teruk dari sem2 yang lepas. Paling tak pun maintain je dengan sem lepas. Tapi Allah tue hebat, result aku ade peningkatan.

Subjek econs yang aku xleyh jawab LANGSUNG tue pon lulus jugak. Cuma xdapat A je lah. Tapi tak terkilan sangat pon, sebab sem nie satu je subjek yang dapat B+, lain2 ade yang A+, A dan A-. Satu lagi yang aku paling tak sangka aku boleh dapat A untuk subjek Law. Dah la aku silap jawab banyak. Soalan tanye lain, aku jawab lain. Kiranye aku dapat maintain kat subjek Law aku dapat A sejak part 1 sampai part 3. Alhamdulillah.

Ape2 pon aku nak ucapkan thanks for my lecturers yang dah banyak ajar aku sejak part 1 until part 3. Aku xkan lupakan jasa diorang sampai bile2 even kat Shah Alam nanti pon.

Nanti bile kat Shah Alam nanti, semua orang akan kembali pada result 0. So, time nie masih ada peluang nak usaha betul2. Kalau belajar nie macam berlari atas trek 200 meter, orang lain dah lepas 100 meter tp aku baru nak gerak slow2 sbb aku selalu study last minute. Kekadang sampai final pon aku takstudy. Aku banyak depends ape yang aku dapat time class. Tp dalam kelas pon banyak main2, cam ner tue? Jangan tiru perbuatan nie di rumah ye adik2.hahaha

Harap2 lepas nie aku dapatlah ubah sikit perangai aku yang suka main2, boros, spend a lot of money kat Pizza Hut, Secret Recipe, KFC. Aku rasa bisnes diorang maju sebab aku je kot. Nampak sangat aku nie pelabur yang cemerlang dan berjaya.hahahaha. Lepas nie kita semua makan kat gerai2 tengah jalan je lah, nak?

Ape2 pon this is the best besday present i ever had tambah2 result kuar bape ari je lepas besday aku. So, smile je lah.. :)

NOTE: Gita, thanks for ur besday present. Mira, Fana dan Bella, bila nak dapat hadiah dari korg lak?

Friday, April 9, 2010

Jutawan beb!


Kat my previous post aku ade post sal nak berniaga kan, so aku ade la usaha skit2 nak cari bisnes yg sesuai. Then, pak cik aku ade la rekemen aku satu buku tajuk dia MENJEJAKI JUTAWAN SENYAP (buku yang kat atas tue).

Dengan semangat membaranya, aku pon baca lah buku tue sampai tak minum, tak makan. Semata2 tue..haha. Buku tue ok lah since dia cerita kan bagaimana seseorang tue yang takdak apa2 boleh jadi jutawan senyap berkat usaha dan susah senang yang dia tempuh sebelum berjaya.

Yang paling tak tahan tue, masa tgh baca buku nie..membara nieh semangat nak berniaga. Macam rasa nak berenti blajar pastu concentrate meniaga kecil-kecilan pon ada..tp lame2 semangat kemana, meniaga ke mana..haha.

Nak meniaga nie bukan senang. Kena ada modal, berani tanggung risiko dan ada plan strategi yang betul. Kau nak berniaga nie bukan boleh senang2 je nak berniaga. Kalau silap pilih product, memang tak kena lah. Ade ke patut kau jual acid citric ker, ape2 je lah acid kat nenek2? Karang acid2 tue jugak dia buat minyak goreng ikan. Marketing tue penting.

K lah, kalau korang teringin sangat nek berniaga cam aku nie better korang dapatkan buku MENJEJAKI JUTAWAN SENYAP tue. Ade gak lah panduan yang korang boleh refer sebelum korg betul2 nekad nak menceburkan diri dalam bisnes nie. Nanti kalau dah untung, pandai2 lah bagi share kat aku skit sbb aku lah yg syorkan korg bace buku tue..hahaha

Monday, April 5, 2010

Aku dah tua?

Dulu-dulu masa I kat England..erk?? Tipu2, kau xpernah pergi England pon.haha

Dulu-mula masa aku kecik2, aku selalu ingat tarikh2 yang penting. Tak kira lah tarikh bile aku khatan ker, tarikh aku ponteng sekolah pegi main kat bawah sungai tepi sekolah tue ke, tarikh besday kawan2 aku ke, semuanya aku ingat. Pernah satu hari tue, aku sanggup pegi awal ke sekolah semata2 nak pegi wish besday cikgu aku. Awal2 pagi dah mencangak kat tempat yang dia selalu parking dan lepas tu bila cikgu aku keluar dari kete dia aku pon wish la kuat2 "Happy Besday tecer!". Agak2 cikgu aku tue touching tak?

Masa hari guru pon same. Kalau boleh macam nak naik ke atas stage sekolah tue pastu wish kat semua cikgu Selamat Hari Guru tp malangnya aku xbrani nak naik stage sebab nanti ada makhluk2 asing kutuk2 aku kat belakang. Eww.. annoying! Matilah kau. Pernah dulu masa hari guru, aku sanggup beli tisu kotak tue berkotak, then balut dengan kertas bunga cantik2 pastu kasi kat semua cikgu yang ngajar aku. Ape motif bagi tisu kotak pon aku xtau sbb yang aku tau kotak tisu tue besar. Bila aku bawak pegi sekolah, mesti budak2 lain kate "Fuyyoo, besar nye hadiah dia.. Mesti mahal2 nie.." sape tak bangga kan?

Semalam (4 April) adalah hari ulangtahun keputeraan..eh2, kelahiran aku yang ke 20 tahun. Sejak akhir2 ni besday aku pon dah jarang ingat apetah lagi aku nak ingat besday Siti Nurhaliza ker, Raja Azura ker..penting ke kau?haha. Kalau ingat pon mesti bila hari besday aku sendiri. Tue pon ade lah 2-3 org kawan2 baik aku yg wish.

nasib ade facebook, so, ramai la yang wish kat aku

Tapi kali nie memang besday aku paling best setakat nie. Sebelum besday aku pon dah ade yg ingatkan. Sweet tol kau Izdihar sanggup buat countdown bagai nak sambut besday aku.

And the best part here, besday kali ni aku dapat ucapan yang paling banyak yang pernah aku trima even mak aku yang selalu wish kat aku bile aku yang ingatkan dia pon ttibe call aku then wish selamat hari jadi, moga panjang umor dan menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan diakhirat. Then, peratus keterharuan ttibe naik sampai 500%. I'm soo happy ;) Walaupon xde ape2 Besday party or cake but I still enjoy myself sbb aku taksangka still ade org yang pedulikan diri aku.


Nazrul, Happy Birthday yang ke 20! And a lot of people is loving u.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails