Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Saturday, April 17, 2010

Jangan ingat lelaki tak pandai masak!

Bila dok sorang2 kat umah mesti bosan. Dah la cuti nie panjang bebenor tambah dengan takde keje nak buat. Memang boleh meroyan sorang2 lah dalam rumah. Lagi2 sekarang nie musim panas yang dah rasa kritikal sangat kot. Kalau kat Kedah nie ade iceberg, confirm dah lame cair. Kadang2 kalau aku termenung kat tingkap tue (bajet2 dalam drama lah nie..haha) aku harap ade lah salji turun kat Malaysia nie. At least sejuk lah skit. Kalau lapar, boleh amik ais tue wat ais kacang, takpayah lagi mak cik2 kat stall tue pulun kisar ais sampai hancur.hahahha.

Panas2 nie kalau makan makanan yang manis2 mesti sedap kan. Tetiba aku teringat yang kelmarin mak aku ade beli cha-cha. Korang tau cha-cha tue ape? Ia nya bukan lah sejenis tarian cha-cha yang ditarikan oleh penari yang seksi-seksi dan ia jugak bukan lah satu penyakit berjangkit. Eh? Actually, cha-cha tue makanan yang orang wt bubur tue. Very colourful macam colour pelangi. Macam2 warna ade. Tp rasanye sama je lah.hahaha. So, aku pon teringin lah nak makan bubur cha-cha. Mula2 aku xingat sangat cara nak buat bubur cha-cha nie. Hanya berbekal kan pengalaman menyibuk time mak aku buat mane lah cukup kan. Then, aku pon call lah mak aku tanye cam ne nak buat bubur cha-cha nie. Meh, aku kongsi ngan korang, cmner nak buat bubur cha-cha.

Bahan-bahan yang diperlukan

cha-cha yang kaler warna-warna. (ikut lah banyak mane korg nak.)
air kosong satu jug (kalau korg pandai inovasi, cube guna air coke..agak, sedap tak..haha)
santan (korg mintak yang se'ringgit' punye, kalau se'dollar' takut lain sukatan..)
sagu (rendamkan selama 10 minit)
gula (sebanyak yang anda mahu, tapi kalau tau xleyh makan manis, kurang lah sikit gula) garam secubit.
sehelai daun pandan (untuk aroma yang menyelerakan)

Cara-cara

Mula2 korang rebus cha-cha tue dengan air. Make sure lah air tue xbanyak sangat. At least cukup2 nk rebuskan cha-cha tue sampai lembut je. Nanti kalau air tu banyak, xsedap plak. Lepas tue, bile korg tengok cha-cha tue dah lembut, korang masukkanlah sagu yang korang rendam tue. Kacau slow2 dengan api yang sederhana je. Then, masukkan santan. Kalau korang rasa agak kuah tue agak pekat, korang tambah la sikit air. Kemudian, masukkan daun pandan, gula dan secubit garam (untuk melemak kan lagu bubur tue). Bila korang rasa bubur tue dah cam nak siap + dah sedap, boleh lah tutup api dan hidangkan bersama air sirap.Terangkat punyelah. Selamat Mencuba!


2 comments:

Jiwe selerak said...

Bagos! Percubaan yg t'baek..! evn xdpt rse,tgok pon cm sedap jek.. Try yg laen pulak ehh

ikhwan said...

hahhahahaha..btl2...laki pn pndai msak ...stuju3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails