Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Thursday, April 29, 2010

Lempeng USA

Bila kata jom makan lempeng mesti semua org buat muka kedut2 konon xbrapa lalu nak makan sebab kampung sangat makan lempeng nie tp bila sebut jom makan Pancake..wah, mak datin2 mesti suka. Maklumlah, makanan2 international nie semua orang suka padahal bahan2 nak buat pancake kau tue same je ngan bahan2 nak buat lempeng. Cumanya orang Malaysia nie pandai menggunakan bahan semula jadi mcm santan mengantikan susu Dutch Lady yang memang xde rasa apa2 pon. So, bila kau masukkan santan jadi Lempeng, tp bila kau masukkan susu jadi Pancake. Xde beza sangat pon.

Seminggu nie mak aku pergi kursus, so xde sape lah yang nak buat breakfast untuk aku dan adik2 (wahh, macam hari2 mak aku wt breakfast lak..haha). Jadi aku pun try lah nak buat breakfast untuk aku dan adik2. Bila pikir2, nak masak ape pon xtau sbb aku bukan pandai masak. Asyik2 nak makan, beli kat kedai jer sampai mak cik yang masak kat kedai pon tau aku nak makan ape.

Aku lak bila time breakfast bukan suka makan nasi pon. Perut nie xleyh nak trima makan makanan berat2. Makan je skit terus ke tandas. Rugi jer makanan tue.huhu. So, aku pon search lah ape2 makanan yang boleh dimasak time breakfast then terjumpa resipi Pancake/Kek Kuali/lempeng USA. Tanpa tunggu panjang, aku pon salin resipi dan try lah buat. Aku nak kasi lempeng USA yang aku buat tue kat korg xleyh lak sbb jauh..aku kasi resipi je lah. Pandai2 jer lah korg nak buat kat umah yer =)

Bahan2 yang diperlukan adalah (Feeling2 jadi chef cite masakan lak..)

6 sudu besar tepung gandum
1 cawan susu dutch lady
1 sudu kecil baking powder (xde pon xpe..)
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu besar butter (nak guna minyak masak pon boleh)

Cara2nya;

Bila korang dah sediakan bahan2 nie, apa yang korg perlu buat seterusnya adalah campurkan semua bahan2 dalam satu mangkuk. Kemudian pukul semua bahan tue sampai jadi cair. Kalau xde pemukul (hammer xnak erk) ker pemutar telur ker, boleh digantikan dengan blander. Korang blander je semua sampai sebati dan cair. Bila korg tengok semua bahan2 tue dah bergaul sebati, boleh lah tuang sikit2 ke dalam kuali dan bakar sampai kuning2 then, bila rasa dah masak, boleh la angkat. Nanti bila semua dah siap, korang boleh serve Lempeng USA nie dengan madu ker, chocolate ker, jem ker, whipped cream ker.. suka hati bapak-tiri-laki-makcik-jiran korang lah nak makan dengan ape pon.. janji korg suka, Selamat Mencuba!

mesti bangga mak aku bila ada anak laki yang pandai masak cam aku (kononnya..haha)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails