Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Sunday, May 30, 2010

Anda telah di TAG!

Terangkan personaliti anda melalui 3 perkataan

Saya memang comel [enough with three words]

Sekarang ni tengah belajar atau kerja? belajar ape atau kerja ape?

Tengah menganggur.PERIOD!

Apakah yang anda akan lalukan setelah bangun dari tidur?

Awik wudhuk, solat subuh.

Antara KFC dan MCD, yang mana satu pilihan kalbu?

Mana boleh compare KFC dan MCD sebab diorg berbeza kepakaran. Kalau KFC ngan RFC baru betul.

Makan, tidor atau main?

Study? hehehe

Adakah handphone penting bagi anda?

Ade handphone pon kadang2 takde kredit/bateri. So, same jelah dengan takde HP pon.

Suka lelaki/perempuan yang bagaimana?

Suka perempuan yang cantik pada akhlak dan indah pada rupa.

Andaikan esok berlakunya banjir yang sangat dasyat dan anda berpeluang menyelamatkan 3 orang, siapakan mereka yang akan anda selamatkan itu?

Seorang lelaki, seorang wanita dan seorang kanank-kanak.

Apakah barangan yang selalu anda bawa bersama semasa keluar rumah?

Handphone, dompet.

Siapakah lelaki/wanita idaman anda?

Watak Aisya (Ayat-Ayat Cinta)/ Asiah Yusra (Tautan Hati)/ Anna Althafunnisa (Ketika Cinta Bertasbih)

Kalau tiada duit, apakah yang akan anda lakukan?

Mintak kat mak atau kakak. Ngee~

Siapakah yang TAG anda dan apakah yang anda fikirkan mengenai beliau?

Seseorang yang bijak dan kacak! hahahaha

Kenapa jawab soalan TAG ini?

Nak support kawan-kawan dan saya tengah bosan.

Pilih rakan-rakan yang anda ingin TAG

1. Semua yang ada dalam my follower list wajib jawab soalan ini! [nanti aku g semak kat blog korg..hehe]
2. Pemilik blog mimpi-puteri.blogspot.com
3. Silent reader blog ini.


Saturday, May 29, 2010

Formspring

Dulu ni bila Facebook tengah hot macam aku goreng pisang, masing-masing nak sign up buat akaun. Konon nye sape yang takde Facebook nie macam kuno lah sangat. Macam orang yang tinggal dalam gua. Eh, org gua pon entah2 dah ade Facebook. Sampai lah mak cik2 kampung, mak cik2 flat semua dah ade Facebook.
Facebook ni lah tempat nak bergosip, mengumpat sampailah nak jual itu ini. Tapi tue kalau nama nye Facebook lah, tapi kalau nama nya Mukabuku, ade ke kau nak sign up? Tak global lah kan kalau join katanya. Baget nak name international jer.

Sekarang nie ade plak satu lagi page yang ramai nak sign up. Formspring nama nya. Benda ni lain dr mane2 social network website yang lain sbb kat sini tempat orang tanye soklan kat kau. Baru lah boleh baget diva skit sbb semua orang nak tau itu ini dari kau. Padahal soklan yg ditanye banyak nye yang mengarut dari yang betul. Tapi sebab nk tunjukkan diri tue ibarat artis contoh yang sentiasa melayan karenah peminat, jawab lah jugak walaupon soalan tu very the hazab dan nan ado je.

Bila dah tgk orang lain sign up, aku pon xnak terkecuali gak. Tak urban lah kalau xjoin Formspring nie..hahaha. So, kalau korang nak tanye ape2 soalan dari aku,

Friday, May 28, 2010

Letters to Juliet


Aku ni bukan lah peminat cerita-cerita inggeris ni apatah lagi cerita yang entah apa-apa. Tapi bila aku tgk promo movie ni kat TV, aku rasa cam minat plak nak tengok. Maybe sebab aku suka lagu Love Story Taylor Swift tu kot. hahaha

note: Aku suka tagline cerita nie.

"What if you had a second chance to find true love?"

Tuesday, May 25, 2010

Perancangan 10 tahun

Masa aku tgh dengar leteran mak aku tadi, tiba-tiba aku terfikir pasal perancangan aku untuk 10 tahun akan datang. Sounds too ambitious kan tp ape aku kesah, ni perancangan aku dan kalau korg nak rancangan ape2 pon, pegi buat kat blog korang k. Hidup ni kena ada perancangan, kalau tak, memang akan ade problem di tengah jalan. Macam nak pegi holiday jugak, buat perancangan awal sbb nanti takut ade termiss ape2. Eh, bosan lah bagi anologi nie.

Sekarang nie umur aku dah 20 tahun, lagi 10 tahun aku akan masuk umur 30. Dah macam tua kan. So, kena lah rancang betul2 hidup agar umur 30 aku nanti aku akan jadi someone yang agak lah berguna. Kadang2 tengok orang yang umor baru 25-27 tahun pon dah cam susah sikit. Kesian pulak aku tengok. Takde keje tetap, pelajaran pun takat SPM je. Kalau boleh aku xnak lah alami semua tue, sbb tu aku dah buat perancangan awal2 agar hidup aku sedikit sebanyak akan lebih teratur.

So, for my first plan, aku nak habiskan degree aku mungkin secepat yang mungkin. Maybe around 24 kot. Tapi dalam tempoh tue, aku nak pergi kursus bakeri dan programming sbb aku ada pasang niat nak bukak bisnes bakeri dan bridal shop. Kalau boleh aku nk bukak cyber cafe gak sbb aku nie minat giler PC2 nie. haha. At least, sambil aku habiskan degree tue ade gak ilmu lain yang aku dapat. Sekurang-kurang nye ade skill tambahan sbg backup untuk masa depan.

Bila dah habis LLB (at the same time aku nak buat Diploma Amalan Syariah) yg mungkin akan tamat pada bulan 4 atau 5, then aku nak terus buat chambering dekat mane2 firm yg berdekatan umah. Aku ingat nk buat kat Firma Ustaz Shahril atau Syarihah Thahirah kot. Actually, tujuan aku nk buat chambering kat firma yg juat around my place sbb at the same time aku nk jimatkan sikit cos hidup. Kalau jauh2 nanti kena sewa rumah lah, ape lah. Buat chambering nie bukan dapat duit pon. Kalau ade pon rezeki jer tuh. Then bile dah habis 9 bulan chambering dan ditauliahkan sebagai peguam sivil, aku nak stop sebagai peguam dan teruskan pengajian aku dalam LLM (Master of Law). Mungkin aku nak amik specialist dalam bidang Medic Law and Islamic Family Law. At the sametimes, aku nk apply untuk usahawan muda MARA to get loan nak bukak bisnes. So, sambil aku buat master 2 tahun, aku jugak nak mula urusan bakeri shop aku.

So, lepas master aku nak mula tulis buku sebab aku minat sangat nak menulis. Maybe pasal undang-undang atau pun pasal family psycology. Sebenarnya mmg aku dah pasang niat taknak keja ape2 and just focus dalam bisnes dan penulisan je. Kalau nak keje pon aku maybe apply tuk jadi pensyarah sambilan kat Kolej Universiti INSANIAH. Lagi pon kalau stay kat kampung nie, baget sara hidup tak tinggi sangat.

Aku mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam usia 27 tahun kot. Kiranya dah betul2 matang dan dah ready nak pikul tanggungjawab. InsyaAllah, aku idamkan wanita yg bakal jadi isteri aku nanti adalah seorang yang sabar, taat pada agama, bertanggungjawab, gadis desa dan bekerjaya. Aku nak cari wanita yang ada kerjaya bukan sebab nk amik kesempatan terhadap pendapatan dia cuma aku nak isteri aku nanti ada duit nya sendiri. Kita tak tahu ajal kita akan tiba bila. Kalaulah aku pulang menghadap Allah dapat usia yang muda, sekurang2nya isteri aku takdelah terbeban sangat sebab dia jugak bekerja dan ada duit sendiri.

Then, dalam umur aku 28 atau 29, aku nak sambung belajar peringkat LLD, Doctorate of Law. Maybe time ni aku akan buat secara sepenuh masa di luar negara. So, aku akan cuba apply for scholarship. Kalau tak dapat, aku akan gunakan pendapatan aku hasil dari bisnes dan royalti buku-buku yang aku tulis. Bisnes aku di Malaysia nanti aku akan bagi kakak aku yang uruskan sebab kakak aku pon minat bisnes bakeri jugak dan dia kerja pon cikgu, pagi pergi sekolah, petang jaga kedai. Mudah la sikit.

So, dalam umur 31 aku akan balik sebagai Dr. Muhammad Nazrul dan lepas tue baru aku akan bekerja sebagai pensyarah sepenuh masa di Kolej Universiti INSANIAH dam di samping menulis buku serta menguruskan bisnes. InsyaAllah aku harap segala perancangan aku nie akan memudahkan lagi perjalanan hidup aku dan moga-moga aku dapat kecapi apa yang aku idamkan.

Monday, May 24, 2010

When It comes from my heart

Huh, dah lama aku tak tulis ape2 kat blog nie. Kalau yg the recent pon aku just kasi info pada readers blog je. Nak tulis pasal diri pon dah malas. bukan ape, rasa cam takde crita ape2 pon nak dikongsikan. Ye lah, aku bukanlah orang terkenal yang hari2 ade aktiviti2 berbeza yg dilakukan. Cuti2 sem nie pon just stay kat rumah menantikan surat tawaran dikuarkan. See, bosan kan cuti-cuti nie. Kalau ade duit dah lama aku pergi bercuti. Bukan je dalam negara, satu dunia mungkin aku pusing. Ye lah, cuti 3 bulan, 1 negara 1 minggu tp nak buat cam ner bapak aku bukan jutawan atau hartawan, cume tok wan jer. hahaha

Almost 3 months cuti nie aku spend for nothing tp ade lah sikit2 perkara yg aku buat cam interview2 semua tue. Aku cume pegi jer tanpa berharap ape2 pon. Kalau ade rezeki, ade lah. Pastu sms dengan kawan2. Ngumpat ke ape ke, semua aku buat. Aktiviti masa senggang. Sekurang2nya dapat jugak gerakkan tulang2 jari menaip sms2.

But then, dah nk habis cuti nie baru aku terfikir. Betul ker decision aku nak teruskan dengan ijazah pengajian undang-undang nie. Aku takut aku xboleh follow. Time pre-degree pon dah cam xleh nak bawak nie kan pulak degree. Ye, I admit yg aku banyak main waktu pre-law dulu. Even esok nak exam, malam nie boleh lagi layan movie, lagu2 daripada nak ulang kaji pelajaran. Bila hari nak exam baru sibuk nak bukak notes, tu pon just bace front page n beberapa helaian pertama jer. Bila masuk dewan exam mula nak cuak. Semua doa nak dibaca sampai dah taktau nak baca doa apa lagi.

Undang-undang ni bukan impian dan cita-cita aku. I takpernah terpikir to be a lawyer. Aku sendiri pon tak sangka yang akhirnya aku akan terjebak gak dalam bidang undang-undang nie. Walaupun orang kata kalau blajar law kat universiti nie tandanya dia tue bijak lah, cerdik and ade gak yg agak skeptical dengan budak law. Biar lah, pemikiran masing-masing, malas nak layan dan asalkan masing-masing hidup bahagia. Sebenarnya cita-cita aku masa kecik nak jadi doktor. Everytime kalau cikgu ke sape2 jelah tanya, Nazrul besar nanti besar nak jadi ape? Selalu aku jawab nak jadi doktor. Sampai lah aku kat matrik, aku still pendam impian nak jadi doktor. Maybe sebab dah jatuh cinta sangat2 dengan Bio kot.

Bila aku baca blog2 senior yg dah beberapa sem kat degree, rasa cam perghh,giler r susah law nie. Tapi on my second thought, rasa cam ishh, belum belajar lagi dah bagi negative thinking. Maybe aku perlu masuk degree dulu, then baru buat kesimpulan weither susah sgt ke law nie atau just biasa2 jer. Ye lah, macam time pre-law dulu gak. Most senior kata Library nie susah nak dapat A lah, Global nie susah lah. Aku pon takut macam rasa kena repeat paper untuk sem 2 dan 3. But then boleh jugak dapat A+ (eh, bukan nak menunjuk tp just nk berkongsi jer).Maybe kita kena change mind set and jangan bagi first impression yg negatif sebelum kita blajar. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.

Entahlah, aku pon dah taktau nak buat apa. Rasa nak tukar course tp cam xboleh jer. Yes, i just attended an interview for TESL but rasanya cam takde harapan je to be selected. Entah lah, aku sendiri pon xyakin dengan apa yg aku jawab masa interview.

Takpelah, semua nie dah tertulis di sana. Mungkin ni takdir yg Allah tetapkan untuk aku, sape tau kan?

Monday, May 10, 2010

Hati yang kau sakiti (Rossa, 2010)

Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya

Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu

Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah disakiti

Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah kau sakiti

Ku menangis...
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah....
Kau sakiti...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails