Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Tuesday, May 25, 2010

Perancangan 10 tahun

Masa aku tgh dengar leteran mak aku tadi, tiba-tiba aku terfikir pasal perancangan aku untuk 10 tahun akan datang. Sounds too ambitious kan tp ape aku kesah, ni perancangan aku dan kalau korg nak rancangan ape2 pon, pegi buat kat blog korang k. Hidup ni kena ada perancangan, kalau tak, memang akan ade problem di tengah jalan. Macam nak pegi holiday jugak, buat perancangan awal sbb nanti takut ade termiss ape2. Eh, bosan lah bagi anologi nie.

Sekarang nie umur aku dah 20 tahun, lagi 10 tahun aku akan masuk umur 30. Dah macam tua kan. So, kena lah rancang betul2 hidup agar umur 30 aku nanti aku akan jadi someone yang agak lah berguna. Kadang2 tengok orang yang umor baru 25-27 tahun pon dah cam susah sikit. Kesian pulak aku tengok. Takde keje tetap, pelajaran pun takat SPM je. Kalau boleh aku xnak lah alami semua tue, sbb tu aku dah buat perancangan awal2 agar hidup aku sedikit sebanyak akan lebih teratur.

So, for my first plan, aku nak habiskan degree aku mungkin secepat yang mungkin. Maybe around 24 kot. Tapi dalam tempoh tue, aku nak pergi kursus bakeri dan programming sbb aku ada pasang niat nak bukak bisnes bakeri dan bridal shop. Kalau boleh aku nk bukak cyber cafe gak sbb aku nie minat giler PC2 nie. haha. At least, sambil aku habiskan degree tue ade gak ilmu lain yang aku dapat. Sekurang-kurang nye ade skill tambahan sbg backup untuk masa depan.

Bila dah habis LLB (at the same time aku nak buat Diploma Amalan Syariah) yg mungkin akan tamat pada bulan 4 atau 5, then aku nak terus buat chambering dekat mane2 firm yg berdekatan umah. Aku ingat nk buat kat Firma Ustaz Shahril atau Syarihah Thahirah kot. Actually, tujuan aku nk buat chambering kat firma yg juat around my place sbb at the same time aku nk jimatkan sikit cos hidup. Kalau jauh2 nanti kena sewa rumah lah, ape lah. Buat chambering nie bukan dapat duit pon. Kalau ade pon rezeki jer tuh. Then bile dah habis 9 bulan chambering dan ditauliahkan sebagai peguam sivil, aku nak stop sebagai peguam dan teruskan pengajian aku dalam LLM (Master of Law). Mungkin aku nak amik specialist dalam bidang Medic Law and Islamic Family Law. At the sametimes, aku nk apply untuk usahawan muda MARA to get loan nak bukak bisnes. So, sambil aku buat master 2 tahun, aku jugak nak mula urusan bakeri shop aku.

So, lepas master aku nak mula tulis buku sebab aku minat sangat nak menulis. Maybe pasal undang-undang atau pun pasal family psycology. Sebenarnya mmg aku dah pasang niat taknak keja ape2 and just focus dalam bisnes dan penulisan je. Kalau nak keje pon aku maybe apply tuk jadi pensyarah sambilan kat Kolej Universiti INSANIAH. Lagi pon kalau stay kat kampung nie, baget sara hidup tak tinggi sangat.

Aku mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam usia 27 tahun kot. Kiranya dah betul2 matang dan dah ready nak pikul tanggungjawab. InsyaAllah, aku idamkan wanita yg bakal jadi isteri aku nanti adalah seorang yang sabar, taat pada agama, bertanggungjawab, gadis desa dan bekerjaya. Aku nak cari wanita yang ada kerjaya bukan sebab nk amik kesempatan terhadap pendapatan dia cuma aku nak isteri aku nanti ada duit nya sendiri. Kita tak tahu ajal kita akan tiba bila. Kalaulah aku pulang menghadap Allah dapat usia yang muda, sekurang2nya isteri aku takdelah terbeban sangat sebab dia jugak bekerja dan ada duit sendiri.

Then, dalam umur aku 28 atau 29, aku nak sambung belajar peringkat LLD, Doctorate of Law. Maybe time ni aku akan buat secara sepenuh masa di luar negara. So, aku akan cuba apply for scholarship. Kalau tak dapat, aku akan gunakan pendapatan aku hasil dari bisnes dan royalti buku-buku yang aku tulis. Bisnes aku di Malaysia nanti aku akan bagi kakak aku yang uruskan sebab kakak aku pon minat bisnes bakeri jugak dan dia kerja pon cikgu, pagi pergi sekolah, petang jaga kedai. Mudah la sikit.

So, dalam umur 31 aku akan balik sebagai Dr. Muhammad Nazrul dan lepas tue baru aku akan bekerja sebagai pensyarah sepenuh masa di Kolej Universiti INSANIAH dam di samping menulis buku serta menguruskan bisnes. InsyaAllah aku harap segala perancangan aku nie akan memudahkan lagi perjalanan hidup aku dan moga-moga aku dapat kecapi apa yang aku idamkan.

1 comment:

Jiwe selerak said...

wahh perancangan yg rapi kawan..!
m0ge semuanye akn bjln sprti yg d rancang.. Inayaallah.. B'bekal kan usahe,tawakal n kerdhaan dri ibu bpe insyaallah akn dpt dnie mhupun akhrat..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails