Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Monday, June 28, 2010

It should be your name infront of mine

"Love will comes in many ways and you could not stop it
once it close to your heart.
"

Whoot!! whoot!!

It just a nice introduction *i guess hahaha. I don't know if I had a western breakfast this morning. A pancake with a cup of coffee. So, it suddenly makes me feel like orang putih.

Ok, cakap melayu lagi best.

Aku ditinggalkan keseorangan di rumah dan hanya bertemankan selesema dan batok, oh damn. Bosan doe. Time nak masuk blajar balik lah, baru selesema dan batuk nie nak datang. Hey, please get away from me now!

Tapi bila aku mengeluh bodohnya selesema dan batuk nie, mak aku sound. "Sakit nie tuhan bagi sebagai penghapus dosa. Apalah bodoh sangat anak aku nie". Eh tak, mak aku xkata bodoh pon. Aku saja reka2 kasi thrill sikit. hahahaha

Mesti korg tertanya2, ape kaitannya tajuk post ngan cite bodoh2 nie kan, kan kan?? Eh, suka hati lah aku nak cerita ape pon. Blog lu atau blog gua? Erkk...

Ok lah, mak aku panggil lipat baju. Choww!

Tuesday, June 22, 2010

Barakallah - Maher Zain

We're here on this Special Day
Our hearts are full Of pleasure
A day that brings the two of you
Close Together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(2X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jama'a bainakuma fii khaiiir

(chorus)

From now you'll share all your joys
Through hardships,support each other
Together worshiping Allah
Seeking His Pleasure
We pray that He will feed your life
With Happiness and Blessings
And grant your Kids
who make your home filled with laughter
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(2X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir

(Chorus)

(4X)
Barakallah

(2X)
Barakallahu lakuumwalanaa

Allah bariklawhuma
Allah Hadhum hubbahuma
Allah Solli wasallim a'la rasulillah
Allah tub'alaina
Allah irdha anna
Allah ihdhi khuthoona a'la sunnat nabiina
Let's raise our hands and make du'a
Like the prophet taught us
And with one voice let's all
Say...say...say

(4X)
Barakallahu lakuma wa baraka
Alaikumaa wa jaama'a bainakuma fii khaiiir

Lagu ni dah banyak kali aku try download tapi akhirnya berjaya jugak. Gigih sangat kan aku. haha. Nak buat macam mana, dah suka tu suka la jugak.

Checklist

Lagi 10 hari nak daftar kat UiTM Shah Alam. Semalam aku call Bahagian Pengambilan Pelajar, tanye diorang sama ada former pre law students still kena buat MC ker and then dia kata xasasian yang masuk degree will be treated as a new student. So, everything should be new lah. Cumenye we are exempted from joining the orientation week.

Ok, buat medical check up dah satu hal. Kalau kat government hospitals memang murah tapi kena buat temu janji dulu la pulak. Nak buat kat private clinics memang lah cepat tapi mahal bebenor + UiTM cakap macam nie "Buat je lah medical check up tue. Kalau nanti diorg nak, dah ade, kalau diorg tak nak, simpan je lah..." Simpan je lah kan. Senang je cakap. Habis tue, kira burn je lah duit yg buat medical check up tue. Kikis duit mak bapak kau baru tahu.

Other stuffs memang tak well prepared lagi. Nak tunggu last minute baru nak kemas kan semua. Nak beli baru macam xpayah je sebab barang2 masa asasi dulu still can be used dan kalau polish2 balik, nampak cam baru jugak. Tapi kalau ade yang nak kasi baru2, cantik2, bau kedai punye boleh jugak..

Bab nak hantar-menghantar nie pon satu hal. Mak aku kata pegi naik bas je la sebab kereta in service lagi. Aku no hal tapi nanti kena cari cab yang murah2 lah sbb nak kena hantar g UIC lagi, kolej lagi, shopping lagi [hahahaha]. Abang aku offer nak hantar ngan keta dia, ok tapi mesti kena singgah Bangi dulu. Tak kesah lah, nanti leyh calling2 Dafi pegi skali sbb abang aku xarif sangat jalan Bangi - Shah Alam.

Emm, tue je lah checklist aku. Medical check up, barang2. Jumpa korang nanti kat Shah Alam ye kawan2. Daa~

Saturday, June 19, 2010

Finally, keluar jugak tawaran degree.

MUHAMMAD NAZRUL BIN ABD RANI
F-193 KAMPUNG BATU 34
JALAN BUKIT SELAMBAU
08700, JENIANG
KEDAH
No Pelajar: 2010******
No Kad Pengenalan: 9***********
Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM:

Program: (LW213) Sepenuh Masa
SARJANA MUDA PENGAJIAN UNDANG-UNDANG (KEPUJIAN)
FAKULTI UNDANG-UNDANG
Kampus: B - UiTM Shah Alam Semester: JULAI 2010

Sila datang mendaftar di tempat yang ditetapkan.

Tempat: BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR, BANGUNAN UiTM INTERNATIONAL CENTRE (UIC),
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, 40450 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Tarikh: 2/7/2010 Masa: 8:30AM - 4:00PM


Alhamdulillah, dah lame sangat tunggu tawaran ni last2 kuar jugak. Syukur lah.

Tapi aku belum lagi lah decide nak accept atau reject the offer sebab aku belum ready nak belajar undang-undang dan masih berharap nak amik TESL [serius weyh!]

Haishh, buat apa sakit kepala nak pikir2. Baik kawen je lah. Senang cerita.

Friday, June 18, 2010

Perempuan Sekarang Semakin Cantik

Ye, memang perempuan sekarang semakin cantik.

Kalau kita pergi ke mana-mana shopping complex, kenduri kahwin atau pon ke kelas (Institusi Pengajian Tinggi), memang dapat lihat perempuan yang cantik-cantik ini.

Kalau dahulu, anak-anak perempuan sangat takut untuk tunjukkan wajah sampaikan nak jalan pun tunduk je. Tapi sekarang, bukan main berani lagi mendabik dada time berjalan konon2nya nak tunjukkan wajah yang cantik. Itu pon lepas repair mane yang patut lah..hehee. Kalau pegi dekat2 dan cube scan wajah diorg, berlapis2 make up dipakai. Tak cukup lipstik, bedak alas, maskara, eye shadow, bedak2 yg kasi pipi jadi kaler merah macam badut pon diorg pakai. Mananye tak cantik kan?

Itu bab make up, belum lagi bab berpakaian. Bagi yang freehair tue, no comment lah. Jawab sendiri bila malaikat tanye kat kubur ye. Trend skrang ni dah jadi fesyen Yuna. Semua nya Oh bulan. Eh, korang pernah dengar tak kisah org puja bulan nak cantik, mesti diorg amik ilham dari lagu Yuna nie kan?hahah. OFF TOPIC!!!

Sekarang nie, banyak nye perempuan kalau kuar pakai selendang je. Gamak takde duit kot nak beli tudung bawal atau tudung yg besar sikit. Pastu pakai selendang, sanggul2 tinggi kat belakang lak. Macam bonggol unta pon ade. Eh, diorg tak tahu ker yang sanggul tinggi macam bonggol unta tue xboleh dalam Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w: Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini –hadith riwayat Muslim.

Kalau dah nak cantik2 ni, haram halal letak je ketepi. Agak2 nanti kalau dalam kubur pun, masih cantik macam tu kah?

Tapi tak semua perempuan-perempuan yang cantik-cantik macam aku katakan tu. Masih lagi yang jaga batas-batas dalam berhias. Ye, berhias takdelah salah tapi kalau sampai over tue. Takyah lah ye.

Wednesday, June 16, 2010

Apa salah Mat Jenin?

Kisah Mat Jenin memang dah sebati dengan masyarakat Melayu. Kisah Mat Jenin ni sangat sinonim dengan budaya masyarakat Melayu yang konon-kononnya suka berangan. Penulis cerita penglipur lara ni pon tuliskan satu cerita tentang seorang lelaki yang panjat pokok kelapa [kalau tak silap aku la] sambil berangan-angan nak kawen dengan anak raja. At the end of the story, penulis pun matikan cerita ni dengan menjatuhkan Mat Jenin ni dari pokok kelapa.

See, penulis matikan jalan cerita ni macam tu je kan. Ape salahnya kalau penulis merialisasikan angan-angan Mat Jenin sehingga dia kawen dengan anak raja dan hidup senang sampai akhir hayat. Penulis rasa sangatlah impossible bagi Mat Jenin, budak kampung yang bodoh nak kawen dengan anak raja. That's why lah Melayu susah nak maju kalau ada lagi yang berfikiran sempit macam tue.

Dalam dunia sekarang nie, dah takde lah yang mustahil-mustahil. Aku rasa Hang Tuah pun tak terfikir yang suatu hari nanti akan ada anak Melayu yang akan naik ke angkasa dan sekarang ni benda tu dah jadi kenyataan. Not a kind of dreams anymore. Cuba kalau pada zaman dulu kau kasi tau yang kau bercita2 untuk naik ke angkara, mesti habis kena gelak atau dikatakan gila. Ok, itu zaman Tok Kaduk. Kalau aku ada kat zaman tue pon aku gelakkan kau =.="

Aku rasa nowadays, dalam era yang dah serba moden dan urban ni, kita tukar sikit cerita Mat Jenin. Make it more possible and bring something different to the society. Misalnya, Mat Jenin jatuh dari pokok but suddenly he saw a poster about the princess who lost in the jungle or she felt sick because she has been cursed by a cruel and evil witch. Then, Mat Jenin managed to save the princess and at the end of that story, Mat Jenin pon kawen lah dengan puteri raja tue.

So, people can be motivated by this story and it might trigger their spirit to succeed in their life.

Monday, June 14, 2010

Kisah Jenab dan Abu

Pada suatu hari, Jenab dan Abu yang merupakan pasangan yang sweet sangat [konon2nye lah] telah berjanji bermandi-manda di air terjun yang berdekatan dengan tempat mereka.

Seperti yang dijanjikan, Abu yang baget hensem kan kaya itu pon bawaklah si Jenab yang baget cantik dan menawan nie ker air terjun tersebut. Semasa Abu mengambil Jenab di rumah tadi, Jenab sangatlah ayu dengan bertudung seperti hendak ke shopping complex dan bukan ke air terjun.

Abu : Cantik nye ayang makeup, sejak bila kat air terjun tue ade shopping complex? hehehe
Jenab : Alah abang nie, xsalah kan ayang nak cantik-cantik. Ni hah, ayang bawak baju spare. Nanti kat sana ayang tukar lah k.
Abu : Abang gurau je lah. Jom lah, nanti lambat pulak.

Sampai je mereka berdua di air terjun tu, Jenab terus ke bilik air untuk menyalin baju. Usai menyalin baju, Jenab terus menghampiri Abu yang sudah bersedia di gigi air.

Abu : Eh, naper ayang bukak tudung nie? Tadi kan datang sini pakai tudung?
Jenab : Takkan nak pakai tudung mandi air terjun ni. Nanti asyik terbukak pulak. Baik tanggalkan terus. Takpelah, tak ramai orang pon kat sini.
Abu : Abang pon orang jugak. Biarlah, jom lah mandi [dalam hati: sejak bile plak ade rukhsah aurat nie? Boleh tanggalkan suka ati plak. Takpelah, cantik jugak awek aku freehair nie]

Semasa diorang berdua ni leka bermandi-manda dengan penuh gembira sambil berkejar-kejaran, tibe-tibe datang pegawai pencegah maksiat datang. Jenab dan Abu pon terkejut lah sebentar dan terdiam kaku.

Pegawai 1: Kamu berdua naik atas sini.
Jenab : Erk kenapa pak cik?
Pegawai 2 : Kamu tahu tak ape yang kamu dah buat kat sini?
Abu : Kami bukan buat maksiat pon tuan. Kami mandi je sini. Lagi pun cuaca panas.
Pegawai 1 : Bukan maksiat awak kate? Berdua2an dengan pasangan yang bukan mahram, di tempat awam yang tak ramai orang, awak kate bukan maksiat? Kamu berdua tolong salin pakaian sekarang. Kali ini saya bagi peluang untuk kamu berdua, jangan ulangi lagi kesalahan ini.

Jenab dan Abu pon segera menyalin pakaian mereka dan terus pulang dengan perasaan yang malu dan serba salah.

Sekian, tamat.

World Cup vs SUKMA

Sekarang nie memang musim World Cup. Seriously, aku xamik port pon sal world cup nie tapi kalau adik atau abang aku bukak TV, aku layan je. Memang semua orang tahu, aku kipas susah mati a.k.a die hard fan Badminton. Kalau badminton nie, mudah je aku nak gitau sape pemain2nye tp kalau bola, berapa kerat je lah yang aku kenal.

Aku rasa takramai yang sedar dalam2 musim world cup nie, Sukan Malaysia [SUKMA] pon sedang berlangsung. Aku pon pada mulanya tak tahu jugak tapi bila bukak TV hari tue, ada opening ceremony untuk sukma. SUKMA kali nie diadakan di Melaka. So, kalau orang Melaka taktahu ade sukma kat sana, memang patut terjun dari Menara Taming Sari tue lah. Sangat tak concern isu semasa.hahahaha

Sejak dulu lagi, memang aku follow jugak sukan2 cam gini. Dulu masa Sukan Olimpik kat Sydney, sanggup nieyh skip tuisyen petang semata-mata nak tengak liputan harian pukul 3.00 petang kat TV1. Semangat nak sokong Malaysia lah konon2nya [padahal nak cuci mata, hahahahah].

So sapa yang cam patriotik sikit tue, sokong lah SUKMA yang ke berapa entah, dan kepada peminat2 bola sepak tue, selamat menonton FIFA 2010 Africa. Waka Waka!

Thursday, June 10, 2010

An Offer from Offeror to Offeree

Kalau korang still ingat contract law, mesti korg ingat ag sape offeror dan sape offerer kan? tapi kat sini aku xnak cite pasal contract ke, tort ke, criminal ke. Masuk degree nanti baru kita blajar semula k?hehehe.

Dulu aku pernah terima panggilan temuduga untuk jadi Penolong Pegawai Perubatan Pelatih and at the same time, aku jugak kena g interview untuk oversea scholarship. Then, aku pilih g interview scholarship tue instead of pen pgwai perubatan pelatih tue.

Tapi dua hari lalu, tup2 aku dpt info yang aku ditawarkan latihan pen pegawai perubatan pelatih tu. Mula2 aku xcaya, tp bila aku check sendiri ngan mata kepala aku sendiri, mmg sah aku terpilih. Sumpah benda nie kacau plan sebenar aku. Ye lah, bila dah dapat tawaran nie semua ahli keluarga aku nk aku g sbb yang nie peluang kerjaya dah berada di depan mata. Pulak tue, every month dapat biasiswa. Masyuk gak jumlah dia.


Aku memang nak tolak tawaran nie. Bukan aku nk perlekehkan kerjaya pen pegawai perubatan, tapi kalau boleh nak dapatkan something yg better. Aku sekarang nie pon tgh fight ngan adik aku nk jadi yang terbaik. Adik aku dah nampak cahaya bakal jadi seorang Jurutera dan aku, xkan nak jadi pen pegawai je? Sekali lagi, bukan aku nak perlekehkan jawatan sebagai penolong pegawai perubatan pelatih.

Orang selalu kata, buatlah keputusan yang terbaik sebab nie melibatkan masa depan aku. Tapi aku rasa aku selalu salah buat keputusan. Kadang2 rasa nyesal dan nak berpatah balik tp takboleh. Cube ketuk pintu masa doremon pon belum tentu dapat balik ke waktu dulu. Dulu aku bekeras nak masuk matrik dan xnak amik form 6 sebab form 6 susah lah ape lah. Then, masa kat matrik aku buat keputusan nk kuar g asasi law lak. Hah, sekarang baru aku nyesal kuar matrik atau xmasuk form 6.

Entah lah, kita merancang dan Allah juga merancang tp perancangan Allah yang terbaik. Alangkah seronoknya aku dapat lihat segala perancangan Allah. Namun, semua tue adalah rahsia milik Allah dan aku xberhak tahu, hanya ikuti perancangan yg ditetapkan dengan redha.

note: aku sekadar nak berkongsi cerita dan bukan nak berlagak.

Wednesday, June 9, 2010

Are U Ready, Kids?

Lagi 3 minggu dah nak masuk degree dah. Rasa macam cepat tapi bila excited sangat ni, esok masuk degree pon xpe. Dah lama sangat dok umah ni, otak pon dah tepu. Macam enjin jugak lah, kalau lama tak guna mesti susah nak hidupkan semula. Ambik masa jugak lah.

Aku pon tak decide lagi nak further kat mana. Kalau diikutkan hati, nak je aku terima offer fly g UK sambung LLB kat sana. Tapi aku xdapat full scholarship la plak. Mak bapak aku pon bukan jutawan nak cover lagi separuh perbelanjaan kat sana. UiTM ni pon satu, cepat2lah sikit bukak semakan ke Ijazah. Surat tawaran tu sangat2 lah penting buat masa ni. Dah banyak scholarship bukak tp syaratnye dah ade surat tawaran. Apalah yg UiTM tue nak tunggu lagi. Ishhh..

Bila pikir-pikir balik, dah ready ke aku nak sambung degree nie. Weyh, Undang-undang weyh. Bukan senang course nie. Lebih kurang medic je lah. Bila dengar ramai senior yang excel time asasi but nyawa2 ikan kat degree, aku cuak giler r. So, ade mase terluang nie aku baget nak tengok balik silibus2 law masa part 3 hari tue. At least, contact, tort, criminal yang basic tue aku dah faham sikit. Nanti time degree xdelah jakun sangat. Istilah2 law nie macam DIVA sangat. Dah la panjang, pelik-pelik pulak tue.

Start je degree, nak kena cari senior2 yg boleh kasi pinjam buku. Tapi kakak aku kata, buku2 law ni susah nk pinjam kat senior sebab diorg akan guna dr sem1 sampai habis belajar. Even time praktis nanti pon, buku2 law ni xleh dipisahkan. Haruslah kena beli sendiri nanti. Harga plak bukan murah. Harap2 dapat scholarship. Ameen~

Kawan2, korang dah ready ke nak masuk 1st year nanti?

Thursday, June 3, 2010

Best Formspring question ever!

klik pada foto untuk besarkannya

Tadi masa aku check email inbox ttibe mata aku terfokus pada satu email dari formspring. Katanye ade soalan untuk aku. Wah, best lak bila ade soklan baru2 nak ditanya. Bila je aku bukak, ade lah killer question yg cam kat atas tue. Aku senyum sorang2 macam kena sampuk bila baca soklan tue. Ye lah, dah lama aku tunggu orang tanye aku soklan yg macam tue. So, senang cite aku teruja giler nak jawab soalan nie.

Kah! Kah! Kah!
Kelakar lak bila nak respond. Cuba korang tengok style ayat, bajet mat rempit lah padahal aku tau je sape nak tanya. Gua respect same lu r. hahahaha. Ok lah, kau nak tahu sangat jawapannye kan? Meh aku jawabkan.

Sebenarnya memang aku sombong, bongkak, angkuh dsbg. Eh, kau tau ker dsbg tue ape? *****nye kau kalau tak tahu. hahaha. Mak cik2 Flat pon tau dsbg tue ape. Harus lah semua benda aku nak cite, kau tak nak tahu xyah bace atau dengar pon sebab aku pon xhingin nak cite kat kau. Macam lah kau tu chantek sangat. Kau pon satu, biarlah aku nk berlagak, ade aku tumpang badan kau ke nak belagak2 nie. Takde kan? atau ade aku kacau mak cik kau jahit? takde jugak kan? So, jangan nk busybody oke?

mesti sakit hati kan jawapan macam nie? Jawapan nie aku main2 jer. takde kene mengena dengan sape2 pon.

Actually meh aku nak explain. Semua nie berlaku atas khilaf aku sbb aku nie mmg macam berlagak sikit tp aku mmg xde maksud nk berlagak pon. Mungkin ade yang trase hati ngan aku, aku mintak maaf banyak2 sangat sbb it happend secara tak sengaja atau sedar.. I'll try to change my attitude agar lebih tawaduk. Ape2 pon, thanks sebab tegur.

Tuesday, June 1, 2010

Layar Keinsafan

"Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga.."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails