Welcome my visitor!

"This blog is created as a medium of communication between me and other people around the world. It's totally free from any political or sensitivity issues. I would like share with u some of my stories, inspirations, heart and love. Have a nice day and thanks for visiting!"

Monday, June 14, 2010

Kisah Jenab dan Abu

Pada suatu hari, Jenab dan Abu yang merupakan pasangan yang sweet sangat [konon2nye lah] telah berjanji bermandi-manda di air terjun yang berdekatan dengan tempat mereka.

Seperti yang dijanjikan, Abu yang baget hensem kan kaya itu pon bawaklah si Jenab yang baget cantik dan menawan nie ker air terjun tersebut. Semasa Abu mengambil Jenab di rumah tadi, Jenab sangatlah ayu dengan bertudung seperti hendak ke shopping complex dan bukan ke air terjun.

Abu : Cantik nye ayang makeup, sejak bila kat air terjun tue ade shopping complex? hehehe
Jenab : Alah abang nie, xsalah kan ayang nak cantik-cantik. Ni hah, ayang bawak baju spare. Nanti kat sana ayang tukar lah k.
Abu : Abang gurau je lah. Jom lah, nanti lambat pulak.

Sampai je mereka berdua di air terjun tu, Jenab terus ke bilik air untuk menyalin baju. Usai menyalin baju, Jenab terus menghampiri Abu yang sudah bersedia di gigi air.

Abu : Eh, naper ayang bukak tudung nie? Tadi kan datang sini pakai tudung?
Jenab : Takkan nak pakai tudung mandi air terjun ni. Nanti asyik terbukak pulak. Baik tanggalkan terus. Takpelah, tak ramai orang pon kat sini.
Abu : Abang pon orang jugak. Biarlah, jom lah mandi [dalam hati: sejak bile plak ade rukhsah aurat nie? Boleh tanggalkan suka ati plak. Takpelah, cantik jugak awek aku freehair nie]

Semasa diorang berdua ni leka bermandi-manda dengan penuh gembira sambil berkejar-kejaran, tibe-tibe datang pegawai pencegah maksiat datang. Jenab dan Abu pon terkejut lah sebentar dan terdiam kaku.

Pegawai 1: Kamu berdua naik atas sini.
Jenab : Erk kenapa pak cik?
Pegawai 2 : Kamu tahu tak ape yang kamu dah buat kat sini?
Abu : Kami bukan buat maksiat pon tuan. Kami mandi je sini. Lagi pun cuaca panas.
Pegawai 1 : Bukan maksiat awak kate? Berdua2an dengan pasangan yang bukan mahram, di tempat awam yang tak ramai orang, awak kate bukan maksiat? Kamu berdua tolong salin pakaian sekarang. Kali ini saya bagi peluang untuk kamu berdua, jangan ulangi lagi kesalahan ini.

Jenab dan Abu pon segera menyalin pakaian mereka dan terus pulang dengan perasaan yang malu dan serba salah.

Sekian, tamat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails